“Cehh air mata buaya!” Kalau ikut peribahasa Melayu, air mata buaya maksudnya pura-pura minta simpati. Tapi, buaya memang betul menangis tau. Reptilia tu keluarkan air mata disebabkan tindak balas biologi.
Buaya darat macam Casanova macam mana pulak? Dalam berpuluh-puluh skandal, ada tak yang betul-betul mencuri hatinya? Perkenalkan: Henriette yang ditemui di Cesena, Itali. Gadis yang membuat Casanova patah hati bila pergi tanpa berita. So, buaya darat pun menangis tau!
Walaupun bukan cinta pertama, Henriette ternyata cinta yang kekal selama-lamanya di hati Casanova. Sebelum itu, lelaki hidung belang ini terpaut dengan Teresa Lanti, aka Bellino yang berpakaian maskulin. Perempuan-perempuan yang dipikatnya sebelum ini cepat sekali terpesona. Bagi pick-up line je cair. Mungkin pasal mangsanya banyak dari latarbelakang orang biasa.
“Henriette ni lain..” (ayat jantan taguna). Gadis ni berdarah bangsawan. Cerdik pulak tu. Dah tu nak mengurat Hanrietta bukannya mudah. Dagingnya liat. Dia agak free-thinker dan liberal dalam pemikiran. Open-minded yang amat. Sama macam Casanova, dia pun pelarian jugak. Kalau Casanova lari dari penjara, Hanrietta lari dari suaminya yang abusive. Lagipun, perempuan macam ni bukan boleh duduk diam kat satu tempat. Henriette ni juga kuat berjalan dan berpindah dari satu kota ke kota seorang diri.
Ian Kelly cerita, Henriette main tarik tali. Casanova merasakan Henriette inilah jodohnya. Saat mata bertentang mata, perempuan ni buatkan Casanova rasa dia lah gadis idaman yang dicari-cari selama ini. Sempurna serba serbi. Tapi, bila jantan ni confess, Henriette reject. Siap gelak lagi! Penolakan dari gadis ni tak buat Casanova galau dan menjadi anak senja, atau menangis bawah jambatan. Kerana egonya tercabar, dia menyahutnya sebagai sebuah cabaran.
“Henriette was one of the few women Casanova allowed to laugh at him, to know his essential neediness, and to enter into a liaison with him as an equal…he handed her the power in their relationship, to begin it and therefore to end it…” (Ian Kelly, ‘Casanova: Actor, Spy, Lover, Priest’)
Buku bertemu ruas, akhirnya pencinta wanita bertemu lawannya.
Sehari selepas pertemuan pertama, Casanova, Henriette dan seorang Kapten Hungarian dijemput makan malam oleh Jeneral Spada. Perbualan santai di meja makan itu menambah kagum Casanova pada kebijaksanaan Hanrietta yang pandai beramah mesra dengan kluster kayangan.
Henriette dengan Kapten Hungarian sebenarnya projek sekali, tapi peliknya diorang berdua tak boleh berkomunikasi pakai bahasa. Henriette cakap Perancis dan Kapten cakap Latin. Bahasa lain-lain. Point ni jadi bahan bersembang masa makan malam.
“Peliknya, macam mana korang duduk sekali tanpa bercakap-cakap?” tanya Madame Querini.
“Kenapa madam, kami senang je faham satu sama lain. Apa yang kami buat tak payah banyak cakap pun,” jawab Henriette.
Semua orang ketwa berdekah-dekah kecuali Madame Querini.
“Saya tak tau pun ada benda yang boleh dibuat tanpa bercakap atau menulis,” Madame Queri mempersoal.
“Excuse me, madam. Adalah, contohnya main kad. Benda macam ni lah,” balas Hanrietta santai.
Keesokannya, masing-masing plan nak membawa diri.
Bila mereka sampai di Bologna, Hanrietta bagitau Kapten Hungarian, “kita kena berpisah”. Lagipun Kapten ada trip jauh yang ambil masa 6 bulan kat Itali. Masa inilah Casananova ambil peluang cakap dengan Kapten Hungarian, nak jaga Henriette. Lepas dapat restu Kapten, dia pun beranikan diri try awek Perancis ni.
“Apa keputusan awak? Saya dah bagitau Kapten tentang perasaan saya pada awak.”
“Apa dia cakap?”
“Kapten gembira kalau saya yang jaga awak. Tapi sebelum tu, apa maksud senyuman di bibir awak?”
“Aku nak tergelak. Aku tak pernah peduli pasal confess perasaan yang macam nak gila ni. Kau tahu tak apa jadi kalau luahkan cinta kepada perempuan yang nampak macam ghairah, walhal berjiwa halus dan lemah lembut?”
“Cik, buat keputusan cepat. Nak saya ke taknak?”
Selepas beberapa kali memujuk rayu, akhirnya Henriette setuju menjadi kekasih gelap Casanova. Amaran yang dibagi perempuan lincah ini tak dipeduli. Meskipun sudah dilarang jangan memberi seluruh tangkai hati, cinta sudah membutakan mata Casanova. Semuanya indah sampailah satu hari, dia terpaksa berdepan dengan apa yang ditakutkan selama ini. Perpisahan.
Selepas 3 bulan bersama, Henriette meninggalkan Casanova sekeping nota:
“Awak akan lupakan Henriette.”
Malangnya, Casanova tak pernah mampu lupakan Henriette. Dalam memoir yang ditulis masa akhir hayatnya, Casanova sebut tentang sakitnya perpisahan ini: “Aku patah hati dengan kesedihan yang teramat sangat”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih