Opfert eure Herzen! (terjemahan. Sacrifice Your Hearts!) atau lebih dikenali dalam bahasa Jepun sebagai,  心臓を捧げよ!(Shinzou wo Sasageyo!) adalah lagu tema pembukaan yang ketiga untuk siri animasi Jepun (anime) popular Attack on Titan (進撃の巨人 – Shingeki no Kyojin) yang mula ditayangkan bermula 7 April 2013 dan masih berlangsung sehingga kini.

Mengandungi 14 buah rangkap lirik (menjadi 12 jika pre-chorus), lagu ini menggantikan Die Flügel der Freiheit (terjemahan. The Wings of Freedom) (自由の翼 – Jiyuu no Tsubasa) bermula pada episod 26 (episod pertama musim kedua) sebelum digantikan dengan Red Swan pada episod 38.

LATAR BELAKANG ANIME DAN LAGU

Attack on Titan (AoT) adalah sebuah anime (animasi dari Jepun) bercorak ‘dark fantasy’ yang mempunyai latar belakang ketika zaman pasca-kehancuran umat manusia. Latar masa seakan Eropah pada abad pertengahan.

Plot cerita bermula apabila umat manusia diancam oleh Titan, makhluk yang menyerupai manusia (humanoid) tetapi bersaiz raksasa. Saki baki manusia yang terselamat membina tiga buah tembok gergasi yang dinamakan sebagai Maria, Rose dan Sina untuk melindungi mereka daripada ancaman Titan.

Plot tertumpu kepada watak utama yang bernama Eren Jaeger bersama Mikasa Ackerman dan Armin Arlelt yang mahu membalas dendam dan mengambil semula dunia mereka daripada Titan. Mereka bertiga kemudian menyertai Rejimen Peninjau (Scout Regiment) yang diketuai oleh Erwin Smith. Pengembangan watak utama berlaku selari dengan pengenalan watak sampingan baharu seperti Hange Zoë dan Levi Ackermann (yang lebih popular).

Banyak perubahan plot cerita berlaku secara tidak diduga (plot twist) dapat disaksikan dalam anime ini. Terdapat juga nilai murni seperti tidak mudah mengalah, bertahan untuk hidup dan tidak kurang juga patriotisme.

Anime ini diadaptasi daripada manga (komik/novel bergambar) yang memiliki judul yang sama dan ditulis oleh Isayama Hajime. Attack on Titan versi anime diarahkan secara bersama oleh Araki Tetsurou (ketua) dan Koizuka Masashi untuk musim pertama sehingga ketiga. Musim keempat pula diarahkan oleh Shishido Jun (ketua) dan Hayashi Yuuichirou.

Anime ini diterbitkan oleh WIT Studio (musim pertama sehingga ketiga), Production I.G (musim pertama) dan MAPPA (musim keempat). Lagu Shinzou wo Sasageyo! di bawah projek muzik Linked Horizon pula ditulis dan dinyanyikan oleh Revo, ketua kumpulan muzik rock Sound Horizon.

MENGAPA SHINZOU wo SASAGEYO! LEBIH MENONJOL?

Persoalan ini secara umumnya timbul terutamanya kepada sesiapa yang mula hendak meminati muzik dari Jepun (kebiasaannya pengaruh daripada anime yang ditonton). Tidak dapat dinafikan, cita rasa muzik itu bersifat subjektif dan berbeza untuk setiap orang. Dalam konteks Shinzou wo Sasageyo!, lagu ini dikaitkan dengan persamaan pendapat tentang lagu yang diminati khasnya dalam kalangan peminat AoT.

Pengaruh Shinzou wo Sasageyo! dapat dilihat menerusi jumlah tontonan lagu dalam laman perkongsian video Youtube yang mencecah 92 juta iaitu 6 kali lebih tinggi berbanding purata jumlah tontonan/carian lagu tema AoT yang lain seperti 紅蓮の弓矢 – Guren no Yumiya dan Red Swan (16 juta) serta 自由の翼 – Jiyuu no Tsubasa (12 juta). (Setakat Disember 2020)

Menurut seorang pengguna Quora @Jason Paulus, klimaks lagu yang dimainkan bersama fasa pembukaan episod sangat menarik perhatiannya. Unsur visual yang memaparkan hati yang bercahaya dalam setiap Titan, manusia dan haiwan ketika lirik Sasageyo, sasageyo, shinzou wo sasageyo! dimainkan sangat memberi makna kepada setiap watak dan plot cerita.

Lagu ini juga menepati gaya kumpulan rock Linked Horizon (Sound Horizon), bersama muzik yang disampaikan. Nyayian koir yang dapat disaksikan ketika persembahan secara langsung (live performance) juga berjaya digarap dengan sempurna.

MAKSUD DI SEBALIK LIRIK

Penulis tidak akan menghuraikan panjang lebar untuk setiap rangkap, memadai dengan ‘catchy lyrics’ dalam Romaji (bahasa Jepun dalam abjad Latin) yang penting.

1)

Kore ijou no jigoku wa nai darou to shinjitakatta
Saredo jinrui saiaku no hi wa itsumo toutotsu ni

We wanted to believe that this hell can’t get worse
But mankind’s worst day always comes out of the blue…

Rangkap pertama berkaitan dengan ‘Grim Reminder’ yang asal, di mana manusia hidup dalam ketakutan meskipun dilindungi tiga buah tembok yang tinggi. Kesedaran di mana keselamatan yang dinikmati di sebalik tembok bukanlah sebuah jaminan yang berkekalan.

2)

Tobira wo tataku oto wa taezu hidoku busahou de
Manekarerazu saiyaku no hi wa akumu no you ni

The ceaseless sound of knocking a rude awakening
Followed by a catastrophic light much like a nightmare

Menceritakan saat kejatuhan tembok, apabila ‘the colossal titan’ menjadi punca dan kemunculan Titan dari balik tembok (seperti Yakjuj dan Makjuj, namun hanya sekadar perumpamaan). Bunyi latar belakang dimainkan sangat bertepatan dengan lirik yang dimaksudkan.

3)

Sugishi hi wo itsuwaru mono yatsura wa zuou subeki teki da
Ano hi donna koe de kotoba de oretachi wo katatte ita
Nani wo manabeba akuma wo mo hofureru?

Gijutsu demo senjutsu demo subete muda ni nado shinai

The ones who turned their backs to our days past with lies
Are enemies that we ext3rminate
Just what kind of expressions did they wear
As they gazed upon us on that day?

Memberitahu bagaimana Colossal dan Armored Titan menjadi musuh kepada Eren dan sahabatnya. Dan menimbulkan persoalan, apa di sebalik wajah tanpa ekspresi milik sang Titan. Lirik ini memberi petunjuk, bahawa Titan itu bukan hanya sekadar raksasa.

4)

Sasageyo! sasageyo! shinzou wo sasageyo!
Utau beki shouri wo sono te de tsukamitore

Devote it! Dedicate it! Offer up your hearts!
Carve out with your own hands a path to the future

Akhirnya, sebuah eponim Sasageyo! Menunjukkan semangat tidak kenal erti mengalah dan berjuang demi kepentingan masa hadapan. Lirik ini disertai dengan koir yang epik selepasnya.

5)

Sasageyo! sasageyo! shinzou wo sasageyo!
Subete no kunan wa ima kono toki no tame ni

Sasageyo! sasageyo! shinzou wo sasageyo!
Hakanaki inochi wo moeru yumiya ni kaete

Sasageyo! sasageyo! shinzou wo sasageyo!
Hokoru beki kiseki wo sono mi de egakidase

Devote it! Dedicate it! Offer up your hearts!
All of our suffering led to this moment-

Devote it! Dedicate it! Offer up your hearts!
Turn your fragile lives into burning bows and arrows

Devote it! Dedicate it! Offer up your hearts!
Use your entire being to engrave an honorable trail

Rangkap terakhir ini menceritakan tentang kesengsaraan yang dialami sebagai pembakar semangat dalam perjuangan. Meskipun seseorang yang sedang melaksanakan sebuah TUJUAN itu mati, namun tujuan itu tetap hidup sehingga ia akhirnya direalisasikan. Saat lirik ini dinyanyikan, bagi peminat AoT adalah kemuncak semangat adrenalin (bukan hormon ya) dalam badan mereka.

Seorang pengguna Reddit @u/jtalnyx menceritakan secara terperinci, maksud di sebalik setiap rangkap lagu Shinzou wo Sasageyo! Maklumat boleh ditemui di bahagian RUJUKAN.

IMPAK TERHADAP MASYARAKAT

Dalam laman change.org, seorang pengguna @coco nj telah memulakan satu petisyen untuk menukar lagu kebangsaan kepada Shinzou wo Sasageyo! Petisyen itu semakin menghampiri sasaran 5000 tandatangan dengan 4726 tandatangan telah dikumpul setakat 5 Disember 2020.

Banyak video buatan peminat (remake) menggunakan Shinzou wo Sasageyo! sebagai lagu latar belakang. Bermula dengan video patriotik Indonesia Merdeka kepada Star Wars, The Lord of The Rings sehinggalah kepada Avengers: Endgame dan animasi seperti My Hero Academia, Spongebob Squarepants serta tema pembukaan permainan atas talian seperti Mobile Legend dan Among Us.

Dalam laman Youtube, @Quaker Oats (memang begitu namanya hahaha) meninggalkan komen yang cukup menarik perhatian;

‘The only song that makes me patriotic for a country that doesn’t exist’

ARTIKEL INI BERAKHIR DENGAN SATU SOALAN…

Kepada semua peminat Attack on Titan, adakah anda telah bersedia untuk hari ini? (7 Disember 2020)

RUJUKAN

  1. Troung, R. & University of San Diego, California, United States of America. (2018, May 22). Attack on Frost Giant : How Shingeki no Kyojin Examines the Nordic Cycle of Fate. Digital San Diego.
  2. FANDOM, ATTACK ON TITAN WIKI – Opfert eure Herzen!
  3. WIKIPEDIA – Attack on Titan
  4. reddit – [ANIME SPOILERS] Shinzou wo Sasageyo’s hidden meaning
  5. Quora – What are your views regarding the Attack on Titan season 2 opening
  6. change.org – Petition to change the national anthem to shinzo wo sasageyo

Artikel dikirimkan oleh Haziq Hashim untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.