Shin Saimdang adalah antara wanita yang terkenal dalam era dinasti Joseon (1392-1910). Dilahirkan di kota Gangneung, Gangwon pada tahun 1504. Beliau adalah antara pelukis wanita tersohor pada era itu. Dalam era yang menidakkan hak-hak sebagai seorang wanita, Saimdang membina dunianya sendiri di dalam bidang lukisan dan puisi serta kaligrafi. Berkahwin dengan lelaki yang bernama Yi Wonsu. Shin Saimdang dikurniakan 7 orang anak 4 lelaki dan 3 perempuan dan diantara adalah Yulgok yang lebih dikenali sebagai Yi I adalah antara sarjana yang gemilang pada era dinasti Joseon.
Yulgok atau Yi I adalah antara 4 cendekiawan terbaik dalam sejarah Korea. Shin Saimdang memberi sepenuh usaha yang luar biasa dalam mendidik anak-anaknya dalam latar belakang yang tidak mempunyai adik-beradik, dia menerima pendidikan yang hanya akan diberikan kepada anak lelaki, dan latar belakang ini sangat mempengaruhi cara dia mendidik anak-anaknya. Dalam dunia mendiskriminasikan wanita, Shin Saimdang berusaha menaikkan imej wanita selaku sebagai seorang ibu dan isteri yang menjaga hal ehwal rumah tangga dan juga seiring dengan minatnya dalam kaligrafi, lukisan dan puisi yang mengangkatnya menjadi antara wanita yang amat dihormati di zaman itu.
Pada ketika itu, dimana ajaran Konfucian sedang berkembang, lukisan-lukisan Saimdang terdiri dalam beberapa eleman yang berkait rapat dengan ajaran Konfucian seperti antaranya bunga anggerik,kekwa,buah plum,tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Penggunaan warna dan teknik lukisan yang sangat halus seakan – akan hidup serta mengambarkan kehidupan seharian dalam lukisannya sehingga ada menganggap lukisan Shin Saimdang sebenarnya sangat sukar dihasilkan.tapi hasil kebijaksaanan wanita ini dan minatnya menjadikan lukisan-lukisannya antara yang terkenal ketika itu kerana setiap lukisannya membawa maksud yang tersendiri
Meninggal dunia dalam usia yang masih muda seawal 48 tahun pada tahun 1551, beliau meninggalkan karya-karya agungnya dan anak-anak yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Setelah Shin Saimdang meninggal dunia, beliau menjadi lebih terkenal dan dipuji oleh generasi berikutnya sebagai simbol penampilan wanita yang bijaksana dan setia.Tetapi bagi sebilangan ibu-ibu di Korea, Shin Saimdang sebenarnya hanya menjadi “isteri yang baik dan ibu yang bijak.” Beliau hanya melakukan semua perkara yang mengagumkan yang kebanyakan wanita hanya boleh bermimpi melakukannya pada ketika itu. Tetapi bagi tokoh-tokoh bijak pandai dan sejarawan di Korea mereka beranggapan Shin Saimdang menjadi teladan yang sangat baik bagi wanita Korea.
Pada bulan November 2007, Bank Sentral Korea telah mengumumkan tokoh terbaru iaitu Shin Saimdang yang akan terpampang di mata wang kertas nilai 50 ribu won yang akan diterbitkan. Secara khususnya, Shin Saimdang mendapat banyak perhatian kerana sekaligus menjadi wanita bersejarah pertama yang muncul di dalam mata wang kertas Korea tersebut.
Kisahnya juga diangkat semula dalam drama bersiri korea terbitan SBS production bertajuk Saimdang Light’s Diary pada tahun 2017.
Rujukan:
http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Shin_Saimdang
http://world.kbs.co.kr/indonesian/archive/program/program_koreanstory.htm?no=27117
https://marsashabrina.wordpress.com/2011/04/23/koreas-own-renaissance-woman-shin-saimdang/
http://chosonkorea.org/index.php/people/women/shin-saimdang-and-her-paintings
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih