Kenalkan meme Doge yang popular ini? Doge adalah meme internet berupa anjing keemasan yang bermonolog menggunakan ayat berwarna bersama font jenis Comic Sans. Anjing ini ditangkap gambarnya pada tahun 2010 dan menjadi memepopular pada akhir 2013, sehinggalah Doge ini menjadi meme popular teratas dalam laman web Know Your Meme’s pada tahun yang sama.
Anjing Doge yang semakin popular sehingga kini adalah anjing pemburu Jepun bernama Shiba Inu (柴犬). Anjing ini adalah baka spitz (berbulu lebat dan putih sebagai asas warna bulu) yang hanya ditemui di Jepun dan antara terkecil berbanding baka anjing Jepun yang lain.
Shiba Inu mempunyai badan yang berotot dan berat bagi anjing jantan adalah 10.5 kg manakala anjing betina beratnya 8kg. Saiz Shiba Inu jantan adalah sekitar 35-43 cm manakala betina pula bersaiz sekitar 33-41 cm.
Shiba Inu mempuyai dua lapisan bulu. Lapisan pertama lurus dan kasar dan lapisan kedua yang terlindung lembut dan tebal. Belakang anjing ini mempunyai bulu pelindung (guard hairs) yang panjangnya sekitar 4-5 cm bertujuan untuk melindungi kulit anjing dari terdedah dengan hujan dan salji.
Ekor Shiba Inu pula adalah ciri terpenting bagi membezakan baka ini berbanding baka anjing Jepun lain dengan ketebalan bulu anjing ini dan bergulung. Warna bulu Shiba Inu biasanya putih krim, merah, jingga, kuning, hitam keperangan, dan merah kehitaman (dipanggil warna sesame).
Shiba Inu mempunyai bulu putih di bahagian bawah badan (kecuali Shiba Inu berbulu putih) yang dinamakan sebagai Urajiro (裏白). Biasanya Urajiro hadir di bahagian pipi, bawah rahang, bahagian dalam telinga, kaki, abdomen, dan bawah ekor. Jadi tidak hairan kalau Shiba Inu berbulu kuning atau hitam keperangan mempunyai bahagian badan yang putih.
Mengikut sejarah Shiba Inu, anjing Jepun ini adalah anjing pemburu yang biasa memburu burung dan arnab. Habitat anjing ini adalah kawasan pergunungan di kawasan Chūbu. Semasa Era Pemerintahan Meiji, Shiba Inu dipasangkan dengan baka anjing dari Barat bagi peroleh baka anjing pemburu yang terbaik. Dari 1912 hingga 1926, hampir tiada baka asli Shiba Inu ini.
Sekitar tahun 1928, pemburu dan ahli intelektual berusaha untuk memulihara baka asli Shiba Inu namun baka ini hampir pupus gara-gara berlaku Perang Dunia Kedua yang mengakibatkan berlaku kekurangan sumber makanan dan wabak pasca-perang. Kemudian, baki ekor Shiba Inu yang tinggal dibiakkan semula dan berpecah kepada tiga baka terkini: Shinshu Shiba, Mino Shiba, dan San’in Shiba.
Pada pertengahan abad ke-20 Masihi, ketika diperkenalkan kursus kajian anjing Jepun, ketiga-tiga baka ini digabungkan sebagai baka asal semula. Pada bulan Disember 1936, Shiba Inu diwartakan sebagai Natural Monument of Japan.
Tahun 1954, sebuah keluarga tentera membawa Shiba Inu di AS dan menjadikan baka asing pertama membiak di AS pada 1979. Shiba Inu kemudian didaftarkan secara sah dalam organisasi pendaftaran anjing AS bernama American Kennel Club. Menurut organisasi tersebut, Shiba Inu menjadi anjing peliharaan pertama di Jepun dan populasinya meningkat dengan mendadak di AS sehingga baka ini tersenarai dalam tangga ke-44 pada tahun 2016.
RUJUKAN:
Atkinson, Maureen (1998). The Complete Shiba Inu. Howell Book House. p. 11.
Haskett, Gretchen; Houser, Susan (1997). The Total Shiba. Loveland, CO: Alpine Publications.
Holden, Jacey. “Shiba Inus”. Retrieved July 24, 2020. https://www.k9web.com/breeds/shiba-inu/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih