Sebut saja buah nenas, satu perkara yang muncul dalam kepala penulis ialah tat nenas – kuih raya yang terkenal. Tetapi pada satu masa dahulu, ia juga menjadi simbol kekayaan warga Eropah. Sehinggakan ada yang sanggup menyewa nenas selama sehari sebagai cara menayangkan kekayaan mereka!

Tetapi sebelum menyentuh tentang sewa nenas, kegilaan mereka terhadap nenas perlu disebut terlebih dahulu. Merupakan buah asli di benua Amerika Selatan, ia dikatakan sudah ada di Carribean termasuk Guadeloupe. Ia dilihat buat kali pertama oleh Christopher Columbus dan ahli-ahli rombongannya semasa berlayar ke Dunia Baru pada 1493.

Pelayaran ke Dunia Baru oleh Christopher Columbus membawa kepada penemuan buah nenas buat kali pertama.

Sebaik mereka merasa buah eksotik itu, Columbus tahu ia akan menjadi kegilaan bila dibawa ke Eropah. Telahannya menjadi kenyataan selepas mereka pulang ke Sepanyol setahun kemudian. Melihat ada permintaan untuk nenas, ada yang cuba mengusahakannya di situ. Tetapi tanaman yang diusahakan tidak menjadi kerana nenas lebih sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika seperti Carribean dan Amerika Selatan.

Justeru, satu-satunya pilihan warga Eropah mendapatkan nenas ialah mengimportnya dari Dunia Baru. Tetapi ia satu pilihan yang menyusahkan kerana pengimport perlu membawa buah eksotik itu menyeberangi Lautan Atlantik. Jika diterima sekalipun, ia sudah busuk untuk dimakan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Menjelang abad ke-17, beberapa rumah hijau di England dan Belanda mengusahakan tanaman nenas. Tanaman yang diusahakan mereka berjaya kerana iklim rumah hijau digunakan mirip dengan iklim tropika termasuk suhu dan kelembapan. Tetapi disebabkan bilangan buah yang dihasilkan sedikit, ia hanya boleh dibeli oleh golongan kaya dan berkuasa termasuk pemerintah dan bangsawan Eropah.

Antara individu yang menggemari nenas pada ketika itu ialah pemerintah Rusia, Catherine the Great, Raja Louis XV (Perancis) dan Raja Charles II (England). Di koloni-koloni Amerika pula, nenas yang diimport dari Carribean boleh mencecah sehingga AS$8,000 mengikut nilai wang hari ini. Ini disebabkan statusnya sebagai buah eksotik, mudah rosak dan bilangan buah yang dijual di pasaran.

Potret Raja Charles II bersama nenas yang dimilikinya.

Disebabkan hal inilah, nenas dijadikan sebagai bahan pameran untuk majlis-majlis keraian. Di sinilah, tuan rumah akan menggunakannya sebagai cara memperlihat status kekayaannya kepada para hadirin. Pada ketika itu, ia hanya berperanan sebagai hiasan keraian. Nenas hanya akan dimakan sebelum ia menjadi busuk.

Dan sekarang, barulah boleh fokus kepada kisah sewa nenas. Disebabkan statusnya buah eksotik dan menjadi pilihan golongan atasan, golongan rakyat biasa juga ingin merasa nikmat bergelar pemilik nenas.

Tetapi jika anda bernasib baik, anda masih boleh memiliki nenas tetapi untuk tempoh sehari saja. Sebelum dijual kepada pembeli, nenas ini akan disewa kepada individu untuk tempoh yang diperlukan si penyewa. Kebiasaannya, mereka akan membawa nenas yang disewa ke parti-parti sebagai bukti kemampuan mereka sebagai pemiliknya!

Disebabkan nenas melambangkan kekayaan dan kemewahan, ia dijadikan sebagai motif hiasan pelbagai objek dari set cawan minum teh hinggalah kertas dinding dan napkin. Jika mereka tidak mampu membeli atau menyewa buah nenas, sekurang-kurangnya mereka boleh memiliki mana-mana objek yang menampilkan motif nenas.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Namun begitu, perubahan masa terutama dari segi teknologi dan pengangkutan mengubah segala-galanya. Pengangkutan yang lebih pantas membolehkan lebih banyak nenas dibawa ke pasaran dan pada kadar yang lebih kerap. Sementara kemunculan rumah-rumah hijau ibarat cendawan tumbuh selepas hujan di Eropah membolehkan lebih banyak nenas dapat dituai, Dua faktor ini menyumbang kepada penurunan harga nenas dan membolehkan ia dinikmati oleh semua.

RUJUKAN

Gillan, J. (2022, 6 Mei). British Aristocrats Rented Pineapples by the Hour to Display Their Status. Ancient-Origins.

Raga, S. (2015, 25 Jun). The Super Luxe History of Pineapples—And Why They Used to Cost $8000. MentalFloss.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply