Kisah betapa rapat hubungan Selatan Thai dengan Semenanjung Tanah Melayu selalu orang terlepas pandang. Malah, bukan wilayah Pattani je yang sejarahnya berkait dengan kita.
Muang Satun atau ‘Kerajaan Setul Mambang Segara’ sendiri mungkin kita tak biasa dengar. Muang Satun asalnya merupakan sebuah mukim Negeri Kedah Darul Aman di kawasan Semenanjung Tanah Melayu, dan dikenali sebagai Mukim Setul/Satol/Setoi sehingga 1813.
Setul berasal daripada nama buah Setul, manakala ‘Mambang Segara’ merujuk kepada Dewa Laut (dewa Pra Samut Thewaa) daripada kepercayaan Melayu silam berkenaan penjaga laut dan matahari (bersama 14 buah pulau) di Laut Andaman.
Kerajaan Setul Mambang Segara diasaskan pada 1808 apabila berlaku pemisahan antara pemerintah di Kesultanan Kedah. Ada catatan menyatakan ia menjadi naungan Kedah sejak sebelum tahun 1136 lagi.
Pemerintahan secara rasmi di Setul bermula pada 1804 apabila Tunku Bisnu (putera Sultan Abdullah Mukarram Shah) diamanahkan tanggungjawab sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II. Pada 1821, berlaku perebutan kuasa antara Tunku Bisnu dan adiknya, Tunku Yaakub.
Selepas beberapa siri pertempuran melibatkan campur tangan Siam dan Ligor, Setul diisytiharkan sebagai bukan lagi jajahan Kedah, namun masih diperintah oleh Tunku Bisnu. Kemudian, pemerintah bertukar tangan kepada Tunku Muhammad Akib (1843-1876); Tunku Ismail (1876 – 1888) dan Tunku Abdul Rahman (1888 – 1897).
Pada 17 Mei 1897, Setul, Kedah dan Perlis digabungkan di bawah nama ‘Monthon Saiburi’, bermaksud wilayah kecil kerajaan yang dilindungi awan oleh Raja Chulalongkorn.
Perlis dan Setul peroleh kedaulatan daripada kerajaan Siam dan terpisah daripada Kedah. Siam takluk pula Kedah pada 1821-1830, menjadikan Setul sebagai wilayah sendiri, meskipun sebenarnya masih lagi sebahagian dari Kedah.
Sultan Abdul Hamid melantik Tunku Baharuddin (Ku Din Ku Meh) untuk mentadbir Setul. Ku Din yang pro kepada Siam kemudiannya dilantik oleh Raja Chulalongkon sebagai Raja Setul sehingga 1915.
Apabila perjanjian British-Siam termeterai pada 1909, British serahkan Setul kepada Siam.
Kedaulatan Kerajaan Setul berakhir secara rasmi pada 1915, apabila Kerajaan Siam membubarkannya.
Raja terakhir Setul, Tunku Baharuddin dilucutkan kuasanya oleh Kerajaan Siam pada tahun 1915, dan jawatannya digantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi berbangsa Siam yang dilantik dari Bangkok.
Satun pada mulanya ditadbir bersama Phuket dan pada 1925 dan diletakkan di dalam wilayah Nakhon Si Thammarat. Kemudian, Satun mula ditadbir secara sendirian pada 1933.
Oleh: Azizul Farhan
___
Ingatlah kata-kata Hamka wahai umat Melayu yang membaca ini. “Melayu itu ialah mereka yang berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa Melayu. Kenali identiti jati diri Melayu bersama KITAB TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply