Sejarah adalah saksi kepada naik dan jatuhnya setiap tamadun di dunia. Dari empayar gah hingga kota-kota yang menjadi pusat ilmu, semuanya pernah alami saat kegemilangan dan kehancuran. Dalam Islam, konsep ini diakui sebagai sunnatullah, hukum alam yang Allah tetapkan dalam perjalanan sesebuah peradaban.
Antara ayat al-Quran berkenaan sunnatullah naik dan turunnya tamadun:
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya” (al-Qurān; al-A rāf: 96)
Lihatlah Bani Umayyah, yang pernah menguasai dunia Islam dari Andalusia hingga ke Asia Tengah. Di bawah pemerintahan mereka, kota-kota seperti Damsyik dan Cordoba menjadi pusat ilmu dan kemajuan. Namun, kezaliman sebahagian pemimpin serta jurang antara golongan kaya dan miskin akhirnya membawa kepada kejatuhan mereka.
Bani Abbasiyah pula naik menggantikan mereka, llau menghidupkan kembali tradisi keilmuan dengan institusi seperti Baitul Hikmah. Tetapi mereka juga tidak terlepas daripada kelemahan dalaman dan serangan luar. Lalu merka juga dihancurkan oleh Mongol pada tahun 1258.
Begitu juga dengan Empayar Uthmaniyah, yang berdiri selama lebih 600 tahun. Dari menawan Constantinople hingga menjadi benteng dunia Islam menentang Eropah, mereka pernah berada di puncak kejayaan yang cukup membanggakan. Namun, kelemahan pentadbiran, pengaruh asing, dan kemerosotan ketenteraan membawa kepada kejatuhan mereka pada 1924.
Semua ini membuktikan satu hakikat: tiada tamadun yang kekal selamanya!
Kejatuhan tidak berlaku sekelip mata, tetapi hasil dari faktor dalaman dan luaran yang terkumpul. Kelemahan akhlak pemimpin, perpecahan dalam masyarakat, dan kehilangan semangat jihad ilmu sering menjadi pemangkin kepada keruntuhan sesebuah peradaban.
Namun, Islam mengajarkan kepada kita bahawa kejatuhan bukan pengakhiran. Setiap umat yang sedar dan kembali kepada nilai Islam yang sebenar mampu bangkit semula. Seperti yang pernah berlaku selepas kejatuhan Baghdad, muncul generasi baru yang membina kembali tamadun Islam melalui Dinasti Mamluk dan kerajaan Islam lain.
Sejarah bukan hanya untuk dikenang, tetapi untuk diambil pengajaran. Umat Islam harus sedar bahawa kejayaan bukanlah warisan yang dijamin kekal, tetapi sesuatu yang perlu diusahakan dengan ilmu, perpaduan, dan keadilan.
Jika kita ingin melihat kebangkitan semula, kita harus belajar dari sejarah dan tidak mengulangi kesilapan yang sama!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.