Bila dengar serigala purba dari Zaman Ais berjaya dibangkitkan, mesti ramai terus teringat cerita mitos atau filem sains fiksyen. Tapi kali ni bukan khayalan, memang betul-betul terjadi. Saintis dari syarikat bioteknologi Colossal Biosciences baru je umumkan kelahiran tiga anak serigala yang dinamakan Romulus, Remus, dan Khaleesi. Katanya, anak serigala ni bukan serigala biasa — tapi versi moden serigala dire, haiwan purba yang pupus lebih 10,000 tahun lalu.
Jadi, sebelum ada yang tanya sama ada kita boleh bangkitkan Firaun pula lepas ni, kita kena faham dulu yang sebenarnya saintis bukan betul-betul “hidupkan” semula serigala dire ni. Apa yang mereka buat ialah menghasilkan serigala moden yang ada ciri-ciri serigala dire dengan guna teknik suntingan genetik.
Prosesnya macam ni: Para saintis mula-mula buat kajian pada DNA serigala dire yang mereka dapat dari fosil berusia 13,000 hingga 72,000 tahun. Mereka kaji secara mendalam dan kenal pasti 14 gen utama yang buat serigala dire ni berbeza daripada serigala kelabu moden (grey wolf). Lepas tu, mereka gunakan teknik CRISPR untuk sunting DNA serigala kelabu supaya dapatkan ciri-ciri serigala dire seperti saiz badan lebih besar, struktur tengkorak yang lebih kuat, dan mungkin juga sifat sosialnya yang lebih dominan.
Jadi, walaupun hasilnya nampak macam serigala dire, secara teknikalnya anak-anak serigala ni tetap serigala kelabu yang disunting genetiknya. Bukan 100% serigala dire asli. Istilah lebih tepat ialah “pemulangan sifat” atau “recreation of traits” daripada menghidupkan semula spesies yang dah pupus. Senang cakap, bukan bangkitkan terus dari kubur.
Lebih menarik lagi, saintis guna anjing sebagai ibu tumpang untuk kandungkan embrio serigala yang dah disunting tu. Jadi, anak serigala ni lahir dari rahim anjing. Memang pelik, tapi itulah sains zaman sekarang — bila bioteknologi bertemu dengan naluri ingin tahu manusia.
Saintis pilih serigala dire ni sebab binatang ni sangat terkenal dalam sejarah. Kalau korang biasa tengok Game of Thrones, mesti kenal betul dengan serigala dire — besar, ganas, dan setia kepada tuannya. Dalam dunia nyata, serigala dire pernah hidup sekitar 125,000 hingga 10,000 tahun lalu sebelum pupus. Punca kepupusannya masih menjadi tanda tanya, tapi kebanyakannya berkait dengan perubahan iklim dan hilangnya mangsa buruan.
Ada yang tanya, kenapa saintis sibuk sangat nak bawa balik haiwan purba? Jawapannya mudah: menyelamatkan biodiversiti. Dengan memahami genetik haiwan purba, kita mungkin dapat cari jalan untuk menyelamatkan spesies terancam sekarang. Lagipun, projek serigala dire ni bukan yang pertama — saintis dah lama rancang nak kembalikan mamot berbulu dengan guna teknik yang sama.
Tapi, ada juga yang skeptikal. Ada yang risau pasal isu etika, ada yang takut nanti haiwan-haiwan purba ni mungkin jadi ancaman baru pula. Macam dalam filem Jurassic Park — kalau tak terkawal, habislah kita. Tapi saintis kata, projek ni lebih kepada memahami genetik dan evolusi, bukan untuk buat kebun binatang prasejarah.
Dalam dunia sains, kebangkitan semula spesies macam ni disebut sebagai “de-extinction”. Maksudnya, bukan bangkitkan semula spesies asal secara literal, tapi lebih kepada menghidupkan kembali sifat dan ciri yang pernah ada. Teknik ni juga boleh bantu kita faham lebih mendalam tentang bagaimana evolusi bekerja dan mungkin sekali bantu melindungi haiwan yang hampir pupus.
MasyaAllah, memang tak terjangka betapa luar biasa akal manusia yang dikurniakan Allah ni. Kalau dulu, kita hanya mampu berimaginasi pasal kehidupan zaman purba, sekarang kita dah ada teknologi untuk kaji dan mungkin kembalikan sebahagian daripada sejarah tu. Tapi dalam keghairahan nak cuba sesuatu yang baru, jangan sampai kita lupa pada tanggungjawab kita terhadap alam sekitar dan keseimbangan ekosistem. Apa pun, penemuan ni memang membuka mata kita tentang potensi dan risiko sains moden.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.