Hah lain macam kan tajuk kali ni. Ok sebelum tu, kau orang tahu tak maksud metrosexual ni? Metrosexual ni merujuk kepada lelaki yang amat amat menitikberatkan penampilan luaran mereka. Hinggakan mereka sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit demi untuk kelihatan kemas dan menarik tapi agak berlebihanlah sikit dia punya takrifan kemas dan menarik tu.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka, ada seorang lelaki yang menepati ciri metrosexual moden. Itulah dia Seri Dewa Raja. Dalam Sejarah Melayu disebutkan Seri Dewa Raja ni bukan sahaja kuat berlengah, malah kalau nak bersiap tu, amboi mengalahkan orang perempuan.

“Maka dibangatkan (disegerakan) pula oleh hamba raja itu, barulah Seri Dewa Raja berkain, dua tiga belas kali rombak; belum baik, dibaiki. Sudah itu maka berbaju dan berdestar(kain kepala) itu pun demikian juga; dua tiga belas kali diikat dirombak, belum baik, dibaiki; bersebai (berselendang)pun demikian juga.

Sampaikan bila dah lengkap Seri Dewa Raja punya pakaian ni, dia turun sampai ke pintu rumah. Lepas tu dia patah balik, dia tanya pada isteri dia “Ayang, cuba cakap kat Abang, apa yang tak kena dengan pakaian abang hari ni?” Kalau isteri dia tegur. apa lagi, rombak lagi destar, baju dan sebai dia tu.

Mujurlah pada suatu hari, ada seorang pegawai Sultan Mahmud yang bijaksana ni, Tun Isap Berakah namanya. Apabila Seri Dewa Raja dipanggil oleh Tun Isap untuk menghadap Sultan Mahmud. Macam biasalah Seri Dewa Raja dengan dia punya baju, destar dan sebai kan. Ada aje yang tak kena.

Tun Isap ni dia pandai. Dia tahu dah perangai Seri Dewa macam mana. Jadi bila Seri Dewa duk betul-betulkan pakaian dia. Tun Isap sergah,  “Seri Dewa! Mintak bantal sebijik”. Seri Dewa pun bagi bantal. Belum sempat dia nak betul-betulkan baju dia, Tun Isap sergah lagi “Seri Dewa! Aku laparlah, nasi ada?” Seri Dewa pun bagi nasi. Belum sempat nak betulkan destar, Tun Isap sergah lagi “Seri Dewa ! Bak mai ayaq sikit. Haus ni. Panas baq hang”.

Seri Dewa pun fed up. Dia pun mula lah menyumpah: “Lamun Tun Isap juga datang dititahkan Yang Dipertuan, banyaklah kehendak hatinya; marilah kain bajuku, aku hendak pergi segera menghadap.”

Walaupun Seri Dewa ni metrosexual, kau orang jangan pandang rendah. Dia ni kesayangan Sultan Mahmud dan merupakan seorang yang handal dalam selok belok mengendali gajah dan kuda.

RUJUKAN:

  1. W.G. Shellabear , Sejarah Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Artikel dikirimkan oleh Hang Nudin untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.