Serangan siber terbesar di dunia WannaCry, kini telah melanda sekurang-kurangnya 150 buah negara dan hingga kini telah menjangkiti lebih daripada 300,000 sistem pengkomputeran di seluruh dunia sejak ia mula merebak pada jumaat lepas.

Senarai mangsa yang dijangkiti/terkesan temasuklah hospital, universiti, pengilang dan agensi-agensi kerajaan di negara-negara seperti Britain, Perancis, China, Rusia, Jerman dan Sepanyol.

Lebih menakutkan, senarai institusi yang terkesan makin bertambah dari hari ke hari.

Rusia ‘Paling Teruk’

Rusia adalah negara yang paling terjejas teruk kerana menurut analisis oleh Kaspersky Lab, syarikat antivirus Rusia – Dikala ini, kebanyakkan komputer yang dijangkiti oleh WannaCry kebanyakkan berada di Rusia berbanding dengan negara-negara lain.

Berikut adalah senarai agensi dan institusi yang terjejas akibat dari WannaCry di Rusia:

Bank Pusat Rusia: Bank pusat telah menemui e-mel pukal malware yang dihantar kepada bank-bank diseluruh Rusia, namun tidak lagi dapat mengesan sebarang serangan yang berlaku. Bank pusat itu dilaporkan berkata mereka masih lagi  memantau jika ada serangan siber keatas institusi perbankan dinegara itu.

Keretapi Rusia: Media kerajaan mengesahkan bahawa berlaku serangan pada sistem keretapi negara tersebut namun menegaskan bahawa ianya tidak menggangu operasi mereka atas tindak balas yang pantas dari pihak agensi keretapi.

*Controller Room di Russia.

Agensi tersebut juga menjelaskan bahawa serangan itu adalah serangan terpencil dan kerja kerja teknikal sedang dijalankan untuk membaik pulih kesan dari serangan tersebut. *Update antivirus la tuu~*

Kementerian dalam Negeri Rusia:

Lebih dari 1000 sistem komputer (PC) kementerian teresebut telah diserang WannaCry. Kementerian juga telah mengakui serangan ransomware pada komputer, namun mereka menegaskan bahawa kurang daripada 1% daripada komputer telah terjejas.

Kementerian juga telah menemberi jaminan bahawa, pelayan-pelayan (servers) penting tidak terjejas kerana kebanyakkannya menggunakan perisian domestik Rusia seperti sistem operasi Elbrus bukannya Microsoft Windows.

Megafon: Jurucakap syarikat telekomunikasi Federation Megafon memberitahu CNN bahawa serangan teresebut telah menjejaskan pusat panggilan (call center) tetapi tidak rangkaian syarikat. Keadaan masih terkawal.

*Kelihatan syarikat Megafon di Rusia

Sepanyol:

Telefónica: Operator telefon Sepanyol Telefonica berkata ia telah diserang namun menegaskan bahawa keadaan masih terkawal.

Iberdrola dan pembekal utiliti Gas Asli Sepanyol: Kakitangan telah melaporkan bahawa mereka telah diberitahu oleh para majikan masing-masing untuk mematikan komputer mereka kerana rangkaian syarikat telah dijangkiti oleh WannaCry secara total.

United Kingdom

NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan): Sekurang-kurangnya 16 organisasi dan lebih dari 48 hospital NHS telah terjejas, menurut NHS Digital, Hospital NHS terpaksa menolak pendaftaran/kemasukan pesakit luar (outpatient) kerana tiada maklumat data untuk disemakselia sepanjang serangan berlaku,

* Kenyataan dari NHS Digital
* Gambar-gambar di media sosial juga menunjukkan skrin komputer NHS dengan mesej mengatakan: “Ooops, fail anda telah disulitkan!”

Kerajaan UK telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa krisis yang dikenali sebagai Cobra, untuk membincangkan bagaimana untuk menangani keadaan tersebut. Walaubagaimanapun Setiausaha kementerian dalam negeri mengesahkan sistem telah kembali pulih sejak Sabtu lepas.

Jepun: Hitachi: Firma elektronik Jepun tersebut telah mengesahkan pada hari ini bahawa sistem komputernya telah mengalami masalah sejak hujung minggu lalu,ini termasuk tidak dapat menghantar dan menerima e-mel atau membuka fail yang dilampirkan. Hitachi (HTHIY) berkata ia percaya ianya mungkin berkait dengan serangan WannaCry tetapi setakat ini masih belum menjejaskan operasi mereka. Selain itu JCERTC (Japan Computer Emergency Response Team Co-ordination Centre) berkata 2,000 komputer di 600 syarikat di Jepun telah terjejas sejak hujung minggu lalu.

China:

Universiti dan Kolej: Firma keselamatan Internet Qihoo360 telah mengeluarkan “amaran merah” pada hujung minggu lalu, mereka berkata sebilangan besar pelajar kolej dan Universiti di China telah terkena serangan ransomware WannaCry.

Ramai pelajar melaporkan melihat permintaan untuk ransoms muncul pada komputer riba mereka selepas menyambung laptop mereka kepada rangkaian di universiti-universiti mereka. Hingga kini, kebanyakkan rangkaian di kolej dan universiti di seluruh negara tersebut dilaporkan menghadapi gangguan yang teruk.

Ada juga dikalangan pelajar kini terpaksa membayar $ 300 untuk meneruskan kerja projek tahun akhir kerana mengejar dateline yang telah ditetapkan.

*habisla projek final semester budak budak ni..

Lebih menyedihkannya, ramai pelajar menyalahkan pihak universiti kerana masih lagi  menggunakan perisian komputer yang sudah ketinggalan zaman dan lebih teruk lagi ada juga universiti yang menggunkan perisian cetak rompak, mengakibatkan pelajar terdedah kepada serangan tersebut.

Mesin ATM: Puluhan ATM dijangkiti WannaCry diseluruh China.

*ATM dijangkiti WannaCry
*zoom skit
*lagi mesin ATM yang ‘ditawan’

Agensi kerajaan China:Polis Trafik, Imigresen dan juga PSB (Public Security Bureaus):

Serangan WannaCry juga telah menyebabkan kegagalan operasi dikebanyakkan agensi kerajaan di China.

*Polis trafik tepuk dahi
*Balai trafik pun tutup. Mungkin ni Kaunter bayar saman.

Jerman

Deutsche Bahn: Syarikat keretapi Jerman tersebut mengesahkan bahawa akibat daripada serangan tersebut mesin yang memaparkan maklumat penumpang dan juga mesin penjualan tiket di beberapa buah stesen tidak dapat lagi beroperasi.

*gone case..

Korea Selatan Rangkaian pawagam CJ CGV: Rangkaian terbesar di korea terjejas apabila beberapa pelayan iklan yang dihubungkan dengan 50 pawagam terjejas, kata agensi berita Yonhap.

*Agensi Keselamatan Internet Korea (KISA) sedang memantau ancaman WannaCry.

Walaubagaimanpun filem masih ditayangkan seperti yang dijadualkan dan syarikat itu sedang menyiasat.Isu ini secara terperinci *Hidup KPOP 

PerancisRenault: Pengeluar kereta terkemuka ini terpaksa menghentikan pengeluaran di banyak kebanyakkan kilang operasinya termasuklah di, Slovenia,Romania dan juga Perancis. Hal ini dilakukan sebagai  langkah untuk menghentikan penyebaran serangan WannaCry ke atas syarikat tersebut.

Pada Isnin, firma itu juga telah mengesahkan bahawa 90% daripada kilang-kilangnya telah beroperasi semula.  Manakala kilang mereka di Douai di utara Perancis hanya akan dibuka semula pada hari Selasa,. Renault juga turut menegaskan bahawa mereka masih akan ontime untuk penghasilan kereta mereka, jadi para pelanggan tidak sepatutnya berasa risau.

Malaysia: SKMM mengesahkan sebuah institusi pengajian tinggi telah diserang oleh WannaCry semalam.  SKMM menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah panik dan patch sistem masing-masing.   Sekian.

p/s:

Rujukan:

http://www.bbc.com/news/world-39919249

http://money.cnn.com/2017/05/15/technology/ransomware-whos-been-hit/index.html

http://money.cnn.com/2017/05/14/technology/ransomware-attack-threat-escalating/

http://www.aljazeera.com/news/2017/05/ransomware-attack-hit-200000-150-countries-170514104555370.html

http://www.foxnews.com/tech/2017/05/15/wannacry-ransomware-hits-limited-number-u-s-companies-dhs-official-says.html

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Leave A Reply