Neanderthal dikelaskan oleh lingkungan paleontologi sebagai spesis Homo neanderthalensis. Namun, ada juga ilmuwan yang menganggapnya sebagai sub-spesis Homo sapiens (Homo sapiens neanderthalensis). Neanderthal dipercayai melata di benua Eropah seawal 600,000 – 350,000 tahun dahulu dan pu.pus sekitar 30,000 tahun lampau.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Umumnya, Neanderthal disifatkan dengan banyak kekurangan – tidak mempunyai kecerdasan untuk berinovasi, berbahasa, berbudaya, dan sebagainya. Namun, kajian-kajian pada tahun kebelakangan berhasil menemukan dapatan yang mampu merun.tuhkan kebanyakan mitos yang membelenggu Neanderthal. Di sini, kami kongsikan 10 mitos berkaitan Neanderthal dan penemuan yang menyangkalnya..

MITOS 1 – PERALATAN NEANDERTHAL TIDAK SEBAGUS PERALATAN CIPTAAN HOMO SAPIEN

Sejak sekian lama, lingkungan arkeologi meyakini yang Neanderthal hanya menggunakan peralatan serba ringkas, seperti batu yang dibentuk dan dipertajam. Namun, penyelidikan yang dilakukan pada dekad kebelakangan berhasil mengubah sudut pandangan tersebut.

Penyelidikan yang dijalankan di Perancis misalnya, melibatkan penganalisaan ke atas artifak-artifak yang dijumpai di sebuah tapak arkeologi bernama Abri du Maras, Lembah Rhone Tengah. Artifak yang dimaksudkan ialah serpihan-serpihan levallois (dikaitkan dengan teknologi alatan batu Neanderthal), sisa-sisa tali (mengisyaratkan mereka mampu menghasilkan tali), dan enam batu penanda – kesemua ini biasanya dikaitkan dengan homo sapien.

Penyelidikan lain pula mendapati Neanderthal mempunyai keupayaan untuk mewariskan kemahiran membuat peralatan. Saintis dari Belanda menjumpai peralatan berusia 50,000 tahun yang diperbuat daripada tulang rusuk rusa di barat daya Perancis. Peralatan ini serupa dengan peralatan tulang lissoir yang digunakan oleh homo sapien sekitar 10,000 tahun dahulu.

Homo sapien memasuki Eropah dengan membawa kemahiran membuat peralatan tulang. Namun, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan peralatan lissoir sekali gus mewujudkan kemungkinan bahawa pengetahuan tersebut diwarisi daripada Neanderthal.

MITOS 2 – NEANDERTHAL MENDENGUS DAN BERBUNYI SEPERTI HAIWAN

Ilmuwan selama ini meyakini yang Neanderthal tidak memiliki kognitif dan keupayaan vokal yang diperlukan untuk bertutur dan berbahasa, justeru diandaikan mereka sekadar mendengus seperti haiwan. Namun, wujud kemungkinan bahawa mereka sebenarnya mempunyai bahasa dan pertuturan yang tidak jauh berbeza dengan homo sapien.

Pada tahun 1989, lingkungan arkeologi menjumpai tulang hyoid Neanderthal di Gua Kebara, Israel. Ia dipercayai berusia 60,000 tahun. Tulang hyoid merupakan tulang yang terletak di bawah tulang mandibular dan di atas tulang laring, dengan fungsinya berkait rapat dengan pertuturan dan suara.

Teknologi pengimejan X-Ray 3D yang dimiliki hari ini membolehkan penyelidikan lanjut dijalankan ke atas tulang berkenaan. Hasilnya, ia didapati tidak begitu berbeza dengan tulang hyoid homo sapien sekali gus memungkinkan yang Neanderthal juga bertutur dan berbahasa, tidak sekadar mendengus seperti yang didakwa.

MITOS 3 – NEANDERTHAL TIDAK MEMPUNYAI AMALAN PENGEBU.MIAN

Neanderthal selama ini dianggap sebagai spesis yang tidak cukup bertamadun untuk mengamalkan pengebu.mian. Namun, penemuan sejumlah pengebu.mian Neanderthal menafikan anggapan ini. Jumpaan tulang Neanderthal berusia 50,000 tahun di gua La Chapelle-aux Saints, Perancis mendapati yang ia ditanam secara teliti dan dipelihara secara rapi.

Pada tahun 1961, arkeologis menjumpai sebuah kawasan pengebu.mian kanak-kanak Neanderthal di Roc de Marsal, berusia kira-kira 70,000 tahun. Rangka tersebut adalah milik seorang kanak-kanak yang dipercayai mening.gal dunia sekitar umur tiga tahun. Ilmuwan berpendapat, kemampuan Neanderthal untuk mengebu.mikan ma.yat adalah seiring dengan keupayaan mereka membentuk amalan kebudayaan khusus.

MITOS 4 – NEANDERTHAL TIDAK BERUPAYA MENGATUR RUANGAN 

Neanderthal sebelum ini diandaikan tidak mampu menggunakan ruang secara teratur. Namun, lingkungan arkeologi di Itali menjumpai sebuah rumah gua yang mengisyaratkan betapa Neanderthal menetap secara tersusun – di mana ia mempunyai ruangan khusus untuk aktiviti makan, tidur, membuat peralatan, dan bersosial.

Tingkat atas digunakan untuk mela.pah haiwan memandangkan banyak rangka haiwan dijumpai di sana. Tingkah tengah pula mengandungi banyak kesan peninggalan manusia, justeru diandaikan sebagai tempat tidur. Tingkat bawah digunakan untuk penempatan singkat.

Sisa tulang haiwan dan peralatan batu banyak bertumpu pada bahagian hadapan berbanding belakang kediaman, sekali gus mengisyaratkan pembuatan alatan batu dilakukan di sana (terdedah kepada cahaya matahari).

MITOS 5 – NEANDERTHAL BERSIFAT KARNIVOR DAN HANYA MAKAN DAGING MENTAH

Pada tahun 2013, Catalan Institute for Research and Advanced Studies di Barcelona melakukan penelitian ke atas fosil gigi Neanderthal yang dijumpai di gua El Sidron, Sepanyol. Hasil mendapati ia mengandungi sisa sayuran, herba chamomile, dan yarrow. Dapatan ini melahirkan hipotesis bahawa Neanderthal tidak hanya mengambil daging mentah, tetapi turut makan sayur-sayuran.

Hipotesis tersebut bagaimanapun menerima bantahan daripada Laura Buck, penyelidik dari Muzium Sejarah Alam, London. Katanya, kehadiran sisa sayuran pada fosil gigi berkenaan tidak semestinya membuktikan yang Neanderthal mengambil sayur-sayuran sebagai sebahagian daripada diet pemakanan mereka.

Terdapat kemungkinan yang ia datang daripada isi perut haiwan yang mereka makan. Tambahnya lagi, Neanderthal tidak memiliki kecerdasan yang membolehkannya makan secara seimbang, atau setidak-tidaknya mengetahui kebaikan herba dan sayur-sayuran.

Apapun, bantahan Buck ini sama sekali tidak disertakan dengan bukti saintifik sementara penemuan terkini cenderung mengesahkan yang Neanderthal tidak hanya mengambil daging mentah, tetapi turut memasukkan sayur-sayuran ke dalam pemakanan mereka.

MITOS 6 – NEANDERTHAL TIDAK PRIHATIN TERHADAP ANAK-ANAK 

Kanak-kanak Neanderthal diandaikan mengalami tempoh penumbesaran yang sukar, sesuai dengan serba-serbi kekurangan yang dimiliki oleh Neanderthal. Namun, kajian mendapati keadaan berlaku sebaliknya.

Dalam kertas kajian yang diterbitkan pada tahun 2014, sepasukan arkeologis dari Pusat Paleoekologi dan Sejarah Evolusi Manusia di Universiti York mendedahkan bahawa kanak-kanak Neanderthal mempunyai pautan emosi yang akrab dengan lingkungan sosial terdekat. Neanderthal malah merawat dan menjaga kanak-kanak yang sa.kit, di samping beberapa keutamaan lain.

Antara lain, kajian mendapati yang ku.bur kanak-kanak Neanderthal bersifat jauh lebih terperinci berbanding ku.bur dewasa. Keadaan ini mencerminkan betapa Neanderthal dewasa menghargai kanak-kanak dalam kalangan mereka.

MITOS 7 – NEANDERTHAL TIDAK MEMPUNYAI EKSPRESI BUDAYA

Lingkungan akademik selama ini berpendapat ekspresi budaya hanya muncul sekitar 30,000 tahun dahulu dan hanya melibatkan Homo sapien. Bagaimanapun, bukti menunjukkan betapa ia sudah pun wujud jauh lebih awal ketika Neanderthal masih melata di muka bumi.

Hasil seni yang dijumpai di gua El Castillo, Sepanyol misalnya didapati berusia sekitar 40,800 tahun. Pentarikhan ini memungkinkan yang ianya dihasilkan oleh Neanderthal. Bukti arkeologi juga menuding betapa Neanderthal turut memiliki akses terhadap seni muzik. Alatan muzik tertua pernah dijumpai setakat ini ialah seruling Divje Babe, yang ditemui di sebuah gua di Slovenia pada tahun 1995.

Seruling yang berusia 60,000-43,000 tahun ini diperbuat daripada tulang femur milik seekor beruang gua dan ia dilubangi dengan teliti. Kumpulan saintis yang skeptik terhadap kecerdasan Neanderthal bagaimanapun menolak kemungkinan ini. Mereka mendakwa lubang-lubang itu terbentuk hasil daripada gigitan haiwan. Apapun, bantahan ini hanya mewakili pendapat minoriti dalam kalangan ilmuwan.

MITOS 8 – NEANDERTHAL TIDAK MAMPU MENUNJUKKAN KASIH SAYANG DAN EMPATI 

Neanderthal bukanlah spesis yang hidup mandiri tanpa mengambil peduli kepentingan anggota komuniti yang lain. Kajian mendapati yang mereka prihatin terhadap anggota yang uzur, sama ada yang lanjut usia mahupun yang sa.kit.

Hal ini dibuktikan menerusi penganalisaan yang dijalankan ke atas rangka Neanderthal yang dijumpai di gua batu berhampiran La Chapelle-aux-Saints, Perancis pada tahun 1908. Rangka ini dikenali sebagai Old Man of La Chapelle. Dipercayai, ia hidup sekitar 56,000 tahun dahulu dan merupakan rangka Neanderthal sempurna pernah dijumpai.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Saintis mendapati yang ia mening.gal dunia pada usia yang sangat lanjut. Old Man of La Chapelle juga didapati menghidap pen.yakit arthritis (sakit sendi) dan mengalami patang tulang sewaktu hidup. Keadaan ini tentunya menyulitkan pergerakan beliau, dan memerlukannya bergantung harap pada bantuan anggota komuniti lain.

Rangka-rangka Neanderthal yang lain malah menunjukkan betapa kece.deraan fa.tal yang dialami mereka sewaktu hidup sempat sembuh sekali gus mengisyaratkan yang Neanderthal mampu merawat sesama sendiri.

MITOS 9 – NEANDERTHAL DAN MANUSIA TIDAK BERGAUL

Pada mulanya, Neanderthal dipercayai pu.pus sebelum kemunculan Homo sapien. Namun, pendapat ini dikemaskini setelah bukti arkeologi mendedahkan bahawa belaku pertindihan zaman antara kedua-duanya. Neanderthal dan Homo sapien pernah hidup di bumi bersama-sama.

Dapatan ini seterusnya melahirkan satu lagi tanda tanya – apakah berlaku perkahwinan antara kedua-duanya? Mulanya, ia dianggap mustahil berlaku. Bagaimanapun, kajian  mendedahkan betapa Neanderthal dan Homo sapien saling bergaul, dengan sekitar 2% DNA Neanderthal ada dalam kalangan Homo sapien hari ini.

MITOS 10 – NEANDERTHAL ADALAH NENEK MOYANG LANGSUNG SAPIEN

Ada yang beranggapan bahawa Neanderthal merupakan nenek moyang kepada Homo sapien. Namun sebenarnya, mereka merupakan dua kumpulan yang berbeza. Kajian DNA mendapati Neanderthal datang daripada jalur yang berlainan, justeru dianggap sebagai sepupu jauh Homo sapien. Percampuran genetik antara kedua-duanya berlaku sebagai kesan perkahwinan dan bukan kerana Homo sapien menurun secara langsung daripada Neanderthal.

TERJEMAHAN
Joanna Gillan. (24 Jun 2020). Top Ten Myths about Neanderthals. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.