Tiada harga yang dapat diletakkan pada maruah seseorang manusia. Ia amat berharga. Untuk melindunginya, ramai yang sanggup bergulat dan berkor.ban apa sahaja. Nyawa adalah salah satu daripadanya.

Dalam sejarah India misalnya, kaum wanita mereka lebih rela ma.ti dalam api berbanding hidup sebagai ta.ha.nan pe.ra.ng dan diperlakukan semahunya oleh mu.suh. Tradisi tersebut dikenali sebagai jaw.har.

Dunia bagaimanapun mungkin lebih mengenali seppuku – terima kasih pada keampuhan kuasa lunak negara matahari terbit.

Seppuku terawal yang berlaku dalam sejarah melibatkan Minamoto Tametomo (1139-1170) dan Minamoto Yorimasa (1106-1180) pada Zaman Heian (794-1185), kira-kira dua dekad sebelum tertubuhnya Keshogunan Kamakura (1192-1333), keshogunan pertama Jepun.

Seppuku adakalanya disebut dengan nama hara-kiri. Secara umum, kedua-duanya adalah sama iaitu perbuatan me.mbe.lah perut oleh samurai bagi memelihara maruah.

Cuma, istilah hara-kiri kebiasaannya lebih merujuk kepada perbuatan me.mbe.lah perut di tengah-tengah medan pe.rtempu.ran. Manakala seppuku pula adalah perbuatan sama yang lebih formal, dirancang awal, dan kemudian dikembangkan menjadi satu ritual rasmi pada Zaman Edo (1600-1868).

Samurai yang melakukan seppuku akan duduk membelakangi kaishakunin, yang bertanggungjawab meman.cung kepalanya

Dalam ritual seppuku, samurai yang terlibat akan mandi dan dipakaikan dengan kimono putih. Mereka juga akan diberikan hidangan kegemaran sebagai santapan terakhir. Kemudian, samurai tersebut akan didudukkan membelakangi seorang kaishakunin.

Tugas kaishakunin dalam ritual seppuku adalah untuk me.man.cu.ng kep.ala samurai sejurus selepas upacara membe.lah perut dari kiri ke kanan selesai. Tujuannya tidak lain adalah supaya samurai tadi tidak menanggung derita terlalu lama.

P.embe.lahan perut yang berjaya disebut sebagai jumonji (bukan Jumanji). Tidak semua samurai yang terlibat dalam seppuku berhasil mencapai jumonji.

Malah dalam buku Hagakure dan naskhah-naskhah Zaman Edo yang lain, ada diceritakan tentang samurai yang tidak mampu mencapai ketahanan mental yang diperlukan bagi melaksanakan seppuku. Justeru, kaishakunin terpaksa meman.cung kepalanya tanpa upacara pembe.lahan perut dilakukan.

Bagaimanapun, tugas kaishakunin juga mempunyai tatatertib tersendiri. Kepala yang d.ipan.cung tidak boleh terpisah dari badan. Secebis daging perlu disisakan. Ia bertujuan sebagai penghormatan buat samurai. Dalam erti kata lain, kaishakunin bukanlah satu tugas sembarangan. Ia hanya digalas oleh samurai  yang mahir mengendalikan pedang dengan tepat.

Sebelum upacara pembe.lahan perut dimulakan, ritual seppuku didahului oleh beberapa atur cara lain. Seusai duduk membelakangi kaishakunin, sebuah meja yang tersedia dengan cawan sake, lembaran washi dan alatan menulis akan diletakkan di hadapan samurai.

Begitu juga dengan sebilah kozuka, tanto, atau sen.jata-sen.jata pendek yang lain. Sebilangan samurai menggunakan pedang panjang seperti tochi atau wakizashi.

Samurai kemudian akan dihidangkan sake dengan setiap tegukan mempunyai simbolik tertentu. Sebelum melepaskan kimono dan memulakan upacara membe.lah perut, samurai akan menulis dan membaca puisi kematian sebagai kata-kata terakhir.

Asahi Gidayu menitipkan puisi kema.tian sebelum melakukan hara-kiri

Sejarah ada merakamkan puisi kema.tian yang dibacakan oleh beberapa orang samurai. Minamoto Yorimasa misalnya, menumpahkan kekesalan beliau kerana tidak sempat mempunyai anak di dalam puisi kematian. Keluhnya dalam puisi tersebut:

Umpama sebatang pohon
yang tidak dapat dipetik walau sekuntum bunga,
hidupku dimaknai duka
karna ditakdirkan tidak berpusaka.

Asano Naganori (1667-1701) yang kisahnya diadaptasikan ke dalam filem 47 Ronin pula menjadikan bait-bait berikut sebagai kata-kata terakhirnya:

Lebih daripada pepohonan sakura
yang menjemput angin untuk menggugurkan bebunganya,
aku termangu bagaimana mahu dihabiskan
musim bunga yang masih tersisa.

Walaupun hara-kiri dan seppuku secara khusus melibatkan perbuatan membe.lah perut, ada situasi-situasi tertentu yang tidak memungkinkannya berlaku. Justeru, adakala mereka membu.nuh diri dengan cara menge.lar leher, menghumban diri ke dalam gaung, menjatuhkan diri dari kuda sambil pedang diacukan pada mulut, terjun ke dalam sungai, dan lain-lain.

Antara corak be.lahan perut dalam seppuku

Terdapat beberapa keadaan dan tujuan yang menyebabkan seseorang samurai melakukan hara-kiri atau seppuku. Antaranya:

Junshi, iaitu membu.nuh diri bagi menyusuli kema.tian ketua atau raja. Salah satu contoh utama melibatkan Taira Tomomori (1152-1185) dan samurai-samurai bawahannya.

Dek kehilangan segala harapan untuk memenangi Perang Genpei (1180-1185) yang berpihak kepada klan Minamoto, kesemua 20 orang samurai Taira terjun ke dalam sungai dalam keadaan lengkap berpakaian pe.rang, menyusuli Tomomori sebagai yang pertama terjun.

Funshi, iaitu membu.nuh diri bagi mengungkapkan protes terhadap sesuatu. Salah satu contoh utama melibatkan Mishima Yukio (1925-1970) yang melakukan seppuku kerana membantah dasar-dasar westernasi yang melunturkan nilai-nilai tradisi.

Kanshi, iaitu membu.nuh diri sebagai satu bentuk teguran terhadap orang atasan, di mana seseorang samurai akan membe.lah perutnya sendiri lalu membalut luka tersebut sebelum menghadap tuannya lalu menyatakan teguran atau ketidakpuasan hatinya.

Ada juga yang melakukan seppuku lalu meninggalkan surat di sisinya, seperti yang dilakukan oleh Nakatsukasa Kiyohide (1493-1553) terhadap Oda Nobunaga (1534-1582).

Sokotsu-shi, iaitu membu.nuh diri sebagai satu bentuk kekesalan dan penebusan diri di atas kesalahan atau kegagalan melaksanakan sesuatu tugas. Antaranya ia dilakukan oleh samurai yang melanggar kod etika seorang samurai dan juga samurai yang gagal melindungi tuannya di medan pe.rang atau pembu.nuh hendap.

Suasana sewaktu ritual seppuku dilakukan

Selain itu, seppuku dan hara-kiri juga adakalanya dilakukan bagi mengelakkan diri dari disek.sa hidup-hidup oleh musuh yang mahu mendapatkan maklumat sulit.

Ia bagaimanapun merupakan tradisi yang dikhususkan untuk kasta samurai sahaja. Orang awam tidak dibenarkan melakukan seppuku. Bagi kaum perempuan yang mempunyai hubungan da.rah dengan samurai, ada sejenis ritual serupa buat mereka iaitu jigai.

Jigai melibatkan tindakan menge.lar leher dengan cara yang sama seperti seppuku. Cuma, wanita yang melakukan jigai akan mengikat kedua-dua kaki mereka rapat-rapat supaya ma.ti dalam keadaan terhormat dan sopan.

Motif pelaksanaan jigai saling tidak tumpah seperti ritual jawhar bagi wanita-wanita India – berkongsi nasib dengan suami, menghindarkan diri dari dita.wan mu.suh, dan rasa bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan oleh suami.

Ilustrasi wanita yang melakukan jigai, dengan kakinya diikat rapat-rapat

RUJUKAN

Fisher, Martini. (2 Julai 2020). The Honorable (ditapiskan): Samurai and Seppuku in Feudal Japan. Ancient Origins.

Espadakatana. (13 Julai 2020). Samurai (ditapiskan) Poems. Katana for Sale.

Anciano, Erwin. (2 Mac 2016). What is the difference between Harakiri and Seppuku? Quora.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.