BILA kita berbicara tentang senjata tradisional, parang ilang dan mandau mungkin adalah antara jenis senjata yang sudah biasa kita dengar di dalam masyarakat Dayak di Sarawak.  Sebenarnya ada banyak lagi jenis senjata tradisional mengikut kaum yang kurang diwar-warkan buat pengetahuan umum. Jika parang ilang kebanggaan masyarakat Iban tidak kurang juga untuk masyarakat Lun Bawang iaitu antara etnik yang dihimpunkan dibawah Kaum Orang Ulu Sarawak.

Felepet (Lun Bawang/Lun Dayeh) atau Pakayun (Murut/Tagal) adalah satu senjata berbentuk pedang mungkin tidak begitu popular masakini tetapi suatu waktu dahulu, senjata inilah antara yang wajib ada ketika hendak mengayau atau perang wilayah.  Mungkin ada sebilangan kecil masyarakat Lun Bawang yang masih memilikinya sebagai harta pusaka namun hakikatnya sejajar dengan waktu, inilah antara senjata tradisional masyarakat Lun Bawang yang langsung tidak diketahui oleh generasi sekarang baik dari segi rupa mahupun pembuatannya.

Menariknya senjata yang digelar Felepet adalah dari segi rupabentuknya iaitu ia seakan-akan pedang samurai Jepun yang umum mengetahui sentiasa dihiasi dengan cerita-ceriti hukuman pancung Jepun suatu waktu dahulu.  Dan tidak kurang juga dengan Felepet kerana dikatakan ia turut mempunyai cara untuk memegang yang sama iaitu menggunakan kedua-dua tangan pada kedudukan tertentu.  Jadi tidaklah menghairankan mengapa felepet menjadi senjata mengkhusus sewaktu mengayau kerana akan memudahkan lagi proses memenggal kepala musuh.

Turut dinyatakan bahawa bukanlah sewenang-wenangnya Felepet itu ditempah.  Ini kerana salah satu karekteristiknya adalah panjang dan melengkung serta kepanjangannya harus bersesuaian dengan ketinggian si empunya Felepet agar ianya tidak akan menyukarkan pergerakannya sewaktu di medan perang.  Senjata ini agak ringan sama seperti pedang samurai dan ianya sangat baik untuk serangan balas namun dek kerana agak nipis maka ianya tidak begitu baik untuk menangkis serangan pihak lawan.

Setiap parang ilang yang digunakan bujang berani suatu waktu dahulu akan diletakkan beberapa helai rambut mangsa yang dipenggal kepala bagi memberikan semangat ke atas parang tersebut maka begitulah juga Felepet. Di bahagian gagangnya iaitu digelar sebagai “mutem” diperbuat daripada kayu yang tahan lasak.  Bentuk mutem pula seakan-akan garpu dengan dua hujungnya menyerupai tanduk. Pada mutem felepet inilah juga akan disimpul rapi beberapa helai rambut mangsa kayau yang pernah bercerai kepala dari badan yang mana dipercayai akan boleh menyebabkan si empunya felepet akan lebih berani dan tangkas sewaktu di medan perang.

“Atun Karit” adalah gelaran untuk bahagian pelindung tangan felepet yang mana kebiasaannya akan diukir dengan bentuk-bentuk ukiran masyarakat Lun Bawang dahulukala.  Bentuk-bentuk ukiran ini boleh pelbagai kerana masyarakat Lun Bawang mempercayai bahawa ia juga adalah satu azimat yang “ditanam” pada senjata bagi melindungi si empunya felepet.  Dan turut dipercayai bahawa ukiran-ukiran ini hanya boleh disemat pada atun karit tatkala si pembuat felepet didatangi mimpi mistik.

Setiap senjata tradisional mempunyai sarungnya dan begitulah juga felepet dan untuk sarung felepet digelar ‘Binan Felepet’.  Kebiasaannya binan felepet diperbuat dari kayu yang terbaik tetapi ringan.  Setiap binan pula akan diukir dengan ukiran kuno lun bawang seperti “arid pawad” dan “arid linawa”.  Kedua-dua ukiran pada binan bukanlah sembarangan kerana ianya adalah antara legasi ukiran kuno yang diperturunkan oleh Upai Semaring iaitu antara tokoh legenda masyarakat Lun Bawang dahulukala.

Tidak kenal maka tidak cinta.

-HB-

#KameksayangSarawakbah!

Rujukan:

  1. Felepet Senjata Khas Dayak Lun Dayeh / Lun Bawang

https://folksofdayak.wordpress.com/2015/09/04/felepet-senjata-khas-dayak-lun-dayeh-lun-bawang/

  1. Senjata Suku Dayak

https://www.kaskus.co.id/show_post/571cbfc3d89b09cc1d8b456b/52/senjata-suku-dayak

  1. Kegiatan Mengayau Pada Suku Dayak Lundayeh Lun Bawang

https://folksofdayak.wordpress.com/2015/12/11/kegiatan-mengayau-pada-suku-dayak-lun-dayeh-lun-bawang/

  1. Etnik Lun Bawang, Sarawak, Borneo – Borneo Oracle

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

Comments are closed.