Amerika belum masuk gelanggang sepenuhnya. Tapi semua orang tahu, bila mereka masuk, mereka bawa bala. Bukan sekadar jet, tapi sistem yang dibina khas untuk lumpuhkan negara dari semua arah.
Kalau hari tu kita dah bincang berkenaan teknologi Yesbiol dan Iran (boleh rujuk artikel sebelum ni), hari ini kita cakap pasal apa pula yang Amerika akan bawa kalau mereka betul-betul masuk campur.
Bukan sekadar jet dan bom, tapi seluruh ekosistem peperangan iaitu dari udara sampai ke satelit, dari dron sampai ke serangan digital. Ini bakal jadi potensi penjajahan gaya moden.
Trump dah lulus beberapa pelan serangan. Antaranya termasuk penggunaan bom bunker buster, serangan udara skala besar, dan gangguan elektronik. Tapi arahan rasmi belum dilepaskan.
Kalau lampu hijau diberi, yang pertama sampai ialah F-22 Raptor. Jet ini tak boleh dikesan radar biasa. Kelajuan Mach 2, dengan keupayaan dogfight dan serangan darat dalam satu masa.
F-22 dicipta untuk bunuh sebelum disedari. Ia mampu lepaskan peluru berpandu AIM-120 dan JDAM dalam satu serangan. Setiap misi dia bawa potensi bunuh sistem radar dan sasaran strategik.
Selain F-22, mereka akan hantar F-35 Lightning II. Jet stealth paling moden yang boleh serang, ganggu komunikasi, dan bawa intel masa sebenar ke pusat kawalan.
F-35 beroperasi secara rangkaian. Semua jet dalam satu skuadron boleh kongsi data, sasaran dan isyarat. Ini beri kelebihan besar bila mereka mahu koordinasi serangan.
Kalau sasaran perlu dimusnahkan dari jauh, Amerika guna B-2 Spirit. Bomber stealth yang boleh terbang masuk jauh ke Iran tanpa dikesan radar. Ia bawa bom nuklear dan konvensional.
B-2 dicipta untuk tembus ruang udara lawan secara senyap. Ia boleh terbang 11,000 km tanpa perlu mengisi minyak. Kalau dihantar, itu tanda Washington dah hilang sabar.
Dalam laut, Amerika ada kapal selam kelas Ohio dan Virginia. Ini bukan kapal biasa. Ia bawa misil Tomahawk, torpedo dan peluru berpandu nuklear.
Tomahawk boleh dilancar dari jarak 1500 km. Ia boleh program ikut laluan topografi. Bila sampai, ia jatuh tepat atas bumbung sasaran. Ini senjata awal kalau nak lumpuhkan pusat kawalan.
Dalam udara pula, mereka ada Global Hawk dan Reaper drone. Ini bukan dron mainan. Ia boleh terbang 30 jam tanpa henti, bawa misil Hellfire dan lakukan intipan waktu siang malam.
Global Hawk boleh petakan seluruh kawasan dengan radar dan kamera. Bila tentera darat gerak, mereka tahu setiap sudut medan tempur. Tak ada ruang sembunyi.
Amerika juga ada satelit perang yang berfungsi pantau dan ganggu sistem komunikasi. Mereka boleh ‘pekak’kan pusat kawalan musuh sebelum serangan bermula.
Salah satu teknologi rahsia mereka ialah EMP (Electromagnetic Pulse). Bila dilepaskan, ia lumpuhkan semua elektronik dalam radius tertentu. Radar, komputer, dan sistem komunikasi boleh padam sekelip mata.
Kalau mereka gunakan EMP dari jet atau satelit, Iran akan jadi buta buat seketika. Dan waktu itu, semua sistem pertahanan akan senyap. Ini senjata senyap yang hanya digunakan bila keadaan jadi sangat tegang.
Amerika juga ada laser taktikal. Sistem ini sedang diuji pada kapal perang dan kenderaan darat. Laser ini boleh hancurkan dron dan peluru berpandu kecil dengan kos rendah.
Kalau mereka campur, kapal perang kelas Arleigh Burke akan masuk Teluk. Ia bawa sistem Aegis lengkap dengan radar tempur dan peluru berpandu SM-series yang direka untuk tangkis misil dari Iran.
USS Nimitz pula dah bergerak ke Timur Tengah. Ini kapal induk legenda yang bawa lebih 60 pesawat tempur. Bila Nimitz sampai, itu tanda permainan baru bermula.
Kapal induk Amerika sentiasa dikawal kapal pengiring dan kapal selam. Ia jadi pusat kawalan bergerak yang boleh lancar perang dari laut tanpa perlu masuk darat.
Mereka juga ada sistem peperangan elektronik EC-130H Compass Call. Ini kapal udara yang tugas dia satu: ganggu radar, lumpuhkan isyarat, dan ‘pekakkan’ telinga musuh.
EC-130H akan gerak bersama F-16 atau F-15 untuk beri ruang selamat kepada jet serangan. Iran pernah hadap situasi ini di Syria, bila pangkalan mereka ‘dibisukan’ sebelum peluru jatuh.
Amerika tak serang macam Humus atau Hottree. Mereka cipta gelombang serangan dari banyak arah serentak. Udara, laut, satelit, dron dan gangguan data semua datang sekali.
Mereka akan mulakan dengan pemetaan medan melalui satelit dan dron. Lepas tu serang pusat komunikasi. Bila kawalan hilang, barulah jet dan misil bergerak.
Bukan semua ini akan digunakan sekaligus. Tapi bila satu peluru Iran terkena rakyat AS, sistem ini akan dibuka satu demi satu. Setiap gelombang akan lumpuhkan satu bahagian negara sasaran.
Amerika juga ada sistem AI dalam perang. Mereka uji sistem ini dalam serangan ke atas Syria. AI bantu pilih sasaran, tentukan risiko collateral, dan ubah laluan misil secara automatik.
Iran bukan lemah. Tapi kalau Amerika masuk dengan semua aset ni, perang tak lagi sekadar misil dan dron. Ini jadi ujian sebenar kepada sistem pertahanan Iran.
Dan jangan ingat Iran ni sasaran tak bergerak. Mereka dah buktikan dalam serangan lepas bahawa mereka mampu lumpuhkan sistem pertahanan Yesbiol walau disokong teknologi AS.
Dari dron sampai ke peluru berpandu hypersonik, Iran bukan tunggu peluru jatuh atas kepala. Mereka siap balas, siap uji kekuatan.
Amerika mungkin nampak kuat atas kertas. Tapi dalam peperangan sebenar, semuanya boleh berubah. Jet canggih pun boleh gugur kalau diserang dengan strategi tepat.
Senjata mahal pun tak guna kalau lawan main saraf dan medan tempur dia sendiri. Dalam sejarah, ramai kuasa besar jatuh sebab anggap diri mereka kebal.
Jadi bila kita lihat Yesbiol merayu di billboard, itu kerana mereka tahu senjata sendiri dah tak cukup. Mereka perlukan bala tentera Washington untuk terus bertahan.
Tapi campur tangan AS juga bermakna risiko global meningkat. Bila tentera Amerika masuk, Rusia dan China takkan duduk diam. Ini mungkin titik mula kepada perang yang lebih besar.
Rusia dah beri amaran terbuka, dunia kini berada “milimeter dari malapetaka nuklear”. China pula dah mulakan langkah awal dengan bantuan logistik senyap. Korea Utara pun mula keluarkan kenyataan keras sejak serangan ke atas fasiliti nuklear Iran minggu lalu.
Peta perang mungkin melebar. Proksi seperti Hitzbula, Hottree, m***tan di Syria dan Iraq akan aktif serentak. Dan kalau Rusia atau China mula beri akses satelit, sistem gangguan, atau persenjataan tertentu secara terbuka, peperangan ini boleh bertukar jadi medan pertembungan dua blok dunia.
Saat itu, api yang bermula dari Tololviv dan Tehran akan menjilat sampai ke sempadan Eropah dan Asia Tenggara.
Malaysia dan rantau kita juga akan terasa. Bila Selat Hormuz terganggu, harga minyak dan dagangan semua akan goyang. Bila kuasa besar mula serang, dunia akan terhenti sekejap.
Jangan anggap ini jauh. Kalau sistem satelit dan internet diganggu, kita pun terkesan. Perang moden tak perlu peluru sampai depan rumah. Cukup putus talian, lumpuh ekonomi.
Umat Islam perlu bersedia. Bila Yesbiol dan AS bersatu, mereka takkan peduli siapa jadi mangsa. Mereka hanya nampak kuasa, bukan nyawa.
Kita perlu peka. Jangan terpedaya dengan naratif mereka. Dan jangan harap siapa-siapa selamatkan kita bila perang dah bermula. Siapa yang sedia dari awal, dia yang akan terus tegak.
Dunia sedang berdiri atas api. Tapi ramai masih leka, masih berharap pada musuh untuk beri perlindungan. Sedangkan musuh itu sedang siapkan pedang di belakang.
Nota: Spesifikasi senjata seperti peluru berpandu, dron dan sistem pertahanan dalam artikel ini diambil dari sumber terbuka, kenyataan rasmi dan laporan ketenteraan yang ada akses umum. Banyak maklumat bersifat sulit, jadi jarak, kos, kelajuan atau keupayaan sebenar mungkin berbeza ikut versi, situasi operasi atau info yang belum dibocorkan. Kalau ada yang rasa data ni tak tepat, itu normal dalam dunia ketenteraan. Yang penting, kita bincang berdasarkan apa yang boleh dicapai, bukan apa yang disorok.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.