Sebagai sesebuah Pasukan Keselamatan
Negara, kesiapsiagaan setiap anggota adalah penting dan perlu berada pada tahap
tertinggi.
Dalam situasi ketika berhadapan dengan
musuh, anggota keselamatan terdedah dengan ‘close combat’ yang memerlukan satu
teknik pertempuran jarak dekat tanpa menggunakan senjata bagi menewaskan musuh.
Oleh itu, satu teknik pertempuran jarak
dekat amat penting bagi mengawal situasi ketika berhadapan dengan musuh atau
penjenayah. Jadi, satu sitem pertempuran ini telah lama diwujudkan bagi
memperkukuhkan kesiapsiagaan setiap anggota keselamatan.
Tempur Tanpa Senjata, juga disebut sebagai TTS merupakan salah satu seni beladiri yang dipraktikkan
dengan menggunakan tangan kosong sebagai penangkis serangan dari pihak musuh.
Secara teknikalnya, TTS menerapkan beberapa
elemen mempertahankan diri seperti tangkisan, tumbukan, kuncian dan beberapa
gerakan lagi.
TTS atau dalam bahasa Inggeris ‘Unarmed
Combat atau Hand to Hand Combat’ adalah
salah satu cabang pertempuran jarak dekat (close combat) yang diguna pakai oleh
pasukan tentera dan pasukan khas diseluruh dunia.
Dengan kata lain, TTS berbeza dari Seni Mempertahankan
Diri konvensional. Ini kerana TTS lebih menekankan kepada falsafah gerak
pendek, mudah dan praktikal. Doktrin TTS sangat mudah. ‘Sentuh dan bunuh’ pada
jarak dekat dengan tangan kosong.
Pembelajaran TTS diolah dengan
menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri (‘combined martial arts’) yang
dilatih secara intensif.
Dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kursus
asas TTS dijalankan oleh Cawangan TTS, Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD) manakala
PDRM pula dijalankan oleh PULAPOL (Pusat Latihan Polis & Sekolah Latihan
Peperangan Dihutan).
Secara umumnya kursus asas TTS akan diajar
kepada semua anggota tentera dan polis. Namun, TTS lanjutan yang lebih khusus
terutamanya gerak ‘membunuh’ hanya di ajar kepada pasukan-pasukan khusus dan khas.
Tahukah anda bahawa Silat Seni Gayong telah
diserapkan dalam TTS kepada ATM dan juga Polis Diraja Malaysia? Ia telah
mendapat persetujuan oleh ATM sekitar tahun 1970an.
Sejarah awal TTS di Malaysia bermula pada
tahun 1963. Pada awalnya Taekwondo terlebih dahulu diperkenalkan dalam TTS yang
dipimpin oleh Kolonel Choi daripada kedutaan Republik Korea.
Kemudian Silat Seni Gayong pula diterapkan dalam
TTS tetapi hanya bermula pada awal 1970an.
Pada tahun 1971, Silat Seni Gayong telah
diperkenalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca,
penulis tidak menemui sebarang MOU atau satu perjanjian persefahaman antara
Pertubuhan Silat Seni Gayong dan juga ATM.
Namun ketika sesi pertemuan dengan Waris
Amanah Silat Seni Gayong, Cikgu Sazali di kediamannya yang terletak di Air
Kuning,Taiping, beliau telah berkongsi
satu surat yang telah dikeluarkan oleh ATM kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong
pada ketika itu.
Surat berkenaan merupakan pengiktirafan
dari ATM mengenai modul TTS yang di serap dari Silat Seni Gayong.
Dalam petikan surat berkenaan yang dibuat
oleh Lt. Jen Tan Sri Dato Ungku Nazaruddin selaku Ketua Turus Tentera Darat:
“Di antara kebanyakan seni-seni
mempertahankan diri ini, Angkatan Tentera telah memilih untuk mengakui dengan
rasminya Silat Seni Gayong ini. Ajaran silat tanpa menggunakan senjata ini
adalah difikirkan sangat penting dalam Angkatan Tentera”
Ketika awal intensif berkenaan, seramai 87
orang anggota pelbagai pangkat dari seluruh negara telah berjaya menamatkan
kursus intensif Silat Seni Gayong yang berlangsung selama enam bulan di Kem
Tiga Meriam, Taiping.
Anggota tentera ini kemudiannya ditauliahkan
sebagai jurulatih dan diarahkan mengembangkan Silat Seni Gayong ini ke serata
kem tentera di seluruh negara.
Tidak lama kemudian, pada tahun 1973 Silat
Seni Gayong telah diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia. Seramai 48 orang
anggota polis pangkat rendah telah berjaya menamatkan latihan intensif Silat
Seni Gayong yang berlangsung selama enam bulan.
Anggota- angota Polis berkenaan
ditauliahkan sebagai jurulatih dan diarahkan untuk mengembangkan Silat Seni
Gayong ini ke semua pusat latihan polis di seluruh negara.
Antara salah seorang tokoh Silat Seni Gayong yang terlibat dalam
melatih para anggota ketika itu ialah Cikgu Hj Awang Daud.
Beliau diamanahkan oleh Pemerintah Angkatan
Tentera pada ketika itu untuk melatih Angkatan Tentera Malaysia seni TTS, dan
juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia.
Sehingga kini ‘Gayong Perang’ yang
digunapakai oleh pasukan Komando 69 adalah merupakan hasil didikan Cikgu Hj
Awang Daud yang diperkenalkan ketika awal tahun 1970an.
RUJUKAN:
Vat 69 – Perjuangan Semalam. https://www.facebook.com/403142033068693/photos/a.403147886401441/427241410658755/?type=1&theater
Dato’ Meor Abdul Rahman: Kisah Perjalanan
Silat Seni Gayong. https://maajoomedia.com/2018/12/17/dato-meor-abdul-rahman-kisah-perjalanan-silat-seni-gayong/
Wisma Sendo Perak.
Cikgu Sazali Dato’ Meor Abdul Rahman (Waris
Amanah Silat Seni Gayong)
Bro Rizal (Ahli Silat Seni Gayong)




No comments yet