Masyarakat India sentiasa dibesarkan dengan cerita-cerita rakyat, beberapa cerita mitologi India menunjukkan peristiwa pert3mpuran kononnya menggunakan s3njata ‘ajaib/berkuasa’.

Bahkan kisah p3rang Kurukshetra dalam epik Mahabharata antara Pandawa dan Korawa dan cerita p3rang antara Lord Rama dengan Raja Asura dalam epik Ramayana juga dimasukkan elemen yang serupa.

Kisah ini membuatkan pendengar dan pembaca terpesona dengan peristiwa  pep3rangan dan kegagahan pahlawan tersebut.

Walau bagaimanapun ia hanyalah kisah-kisah berunsur mitos di mana penulis telah menambah lapisan fantasi pada struktur jalan cerita sedia ada. Cerita sebenar pep3rang epik ini tidak kurang hebatnya, sudah tentu tanpa unsur mitos s3njata ‘ajaib’ seperti yang digambarkan dalam karya sastera epik.

Tamadun India Purba Yang Aman

India mempunyai sejarah tamadun yang panjang. Asal-usulnya terletak pada Tamadun Lembah Indus Harappa dan Mohenjo-Daro yang meliputi kawasan yang luas di Barat Laut benua India masakini.

Tamadun Indus bermula jauh lebih lama dahulu namun kemajuan baru mencapai waktu kemuncaknya sekitar 3000 SM semasa zaman gangsa dan tembaga.

Runtuhan arkeologi tamadun ini telah mengajar kita bahawa ia adalah penempatan yang sangat maju dan mempunyai perancangan pelan grid bandar yang tersusun, hal ini termasuklah sistem pembetungan yang canggih, tempat mandi awam, pasar dan dsb.

Istilah pep3rangan sebenarnya hampir tidak wujud dalam ‘kamus’ hidup masyarakat Tamadun Indus disebabkan mungkin tak pernah berlaku pep3rangan di zaman mereka, walaupun terdapat beberapa jenis s3njata zaman gangsa dan tembaga telah dijumpai di tapak ekskavasi, tapi ia adalah s3njata untuk pengawal dan bukan dicipta untuk bert3mpur.

Tapak Ekskavasi Indus Valley

Oleh itu, tamadun Indus awalnya dianggap ‘aman’ dalam sejarah India oleh kerana masyarakat di situ dilihat lebih berminat menjalankan aktiviti perdagangan berbanding berebut meluaskan wilayah.

Namun dalam beberapa tempoh, tamadun ini beransur-ansur merosot mungkin disebabkan oleh faktor perubahan corak cuaca dan perubahan tanah menjadi tandus, tidak sesuai untuk bercucuk tanam.

Perkembangan Seni P3per.angan India

Dalam perkembangan sejarah, banyak penghijrahan dari luar berlaku di India, sekitar 1500 SM sekumpulan bangsa dari Asia Tengah telah mengembara ke Selatan dan mereka mendiami dataran India Utara.

Kumpulan inilah bertanggungjawab menghasilkan Veda dan akhirnya membawa kepada pembentukan ajaran Hinduism, oleh itu tamadun Veda India mungkin bermula dalam tempoh itu.

Rig Veda iaitu teks Veda terawal ada menyebut tentang pert3mpuran tapi dalam banyak-banyak konflik yang disebutkan, salah satunya menarik perhatian. Di mana konflik itu disebut sebagai ‘Dasarajna Yuddha’ atau Pert3mpuran Sepuluh Raja.

Dalam pert3mpuran itu, seorang raja bernama Sudas dari suku Bharata berp3rang dan mengalahkan gabungan sepuluh suku yang lain.

Penggunaan kuda dalam pep3rangan telah pun memasuki kawasan India dan s3njata pert3mpuran itu dikatakan diperbuat daripada gangsa dan tembaga.

Zaman Besi India mungkin bermula selepas 1500 SM tetapi sebelum 1000 SM iaitu semasa karya epik yang telah disebutkan di atas diubah dari teks terawalnya.

Seni pert3mpuran tentera India purba menggunakan bentuk formasi yang dipanggil ‘Chaturanga’ – empat bahagian yang terdiri daripada unit infantri, pasukan berkuda, kereta kuda dan gajah. Bagaimanapun amat sukar untuk ditentukan sekarang bilakah pembentukan ini sebenarnya bermula.

Puak-puak Veda lebih banyak menggunakan kuda dan kereta kuda(horse-drawn chariots) berbanding gajah kerana gajah sebenarnya adalah ‘unit tambahan’ dalam pep3rangan dan akan dikerahkan jika diperlukan.

Angkatan Bergajah

Ditulis dalam karya Mahabharata bahawa keempat-empat bahagian dan formasi ini pernah diaplikasikan dalam P3rang Kurukshetra. Walaupun peristiwa yang diilhamkan dari Mahabharata sebenarnya telah dihiasi dengan penambahan cerita selama berabad-abad lamanya.

Empayar Maurya Menyatukan Tanah India

Angkatan bers3njata di benua kecil India menjadi lebih teratur dan berkuasa semasa Tanah India di bawah kekuasaan Dinasti Maurya sekitar 322 dan 185 SM.

Lebih tepat ketika Dinasti Maurya di bawah Raja Ashoka di mana beliau telah memerintah sebuah empayar yang merangkumi keluasan India zaman moden termasuk beberapa negara jirannya.

Ashoka melancarkan s3rangan berdarah ke atas Dinasti Kalinga (wilayah Odisha di India), menyaksikan pertumpahan d4rah yang belum pernah berlaku dalam mana-mana sejarah ketamadunan India.

Askar Mauryas ketika itu kebanyakannya terdiri daripada pasukan infantri, pasukan berkuda dan gajah. Unit kereta berkuda semakin tidak relevan digunakan dalam beberapa keadaan, mungkin atas faktor permukaan bumi yang tidak sesuai.

Raja Ashoka

Evolusi s3njata menjadi semakin canggih dengan pelbagai inovasi dihasilkan pada jenis s3njata seperti pedang Khanda, busur panjang dan lain-lain.

Selain daripada itu, Struktur perintah askar menjadi lebih lancar dengan beberapa bahagian diwujudkan mengikut keperluan.

Empayar Chola

Selepas kehadiran Maurya, pelbagai kerajaan dan empayar muncul di sekitar India seperti Satavahana, Gupta dan beberapa lagi kerajaan India dari Selatan seperti Chola dan Pandya.

Seni pep3rangan di lautan dilihat amat penting untuk dikuasai yang sebelum ini tidak ada kerajaan benua India yang mahir di lautan walaupun askar laut pernah diwujud di zaman Maurya namun seni pep3rangan laut mereka tidak begitu cekap berbanding angkatan laut Chola yang semakin pesat membina kekuatan secara berperingkat.

Semasa pemerintahan Empayar Chola di India Selatan di bawah Raja Rajaraja I (sehingga 1014 AD) dan Raja Rajendra Chola I (sehingga 1044 AD), pep3rangan laut semakin kerap berlaku.

Tugu Rajendra Chola I

Chola menjarah banyak kerajaan di Asia Tenggara termasuk wilayah-wilayah kecil di Lautan Hindi(Sri Lanka, Maldives), dengan itu menjadikan Empayar Chola sebagai kuasa ket3nteraan, ekonomi dan budaya di India.

Banyak empayar dan kerajaan India purba telah tunduk kepada pencerobohan luar, bukan disebabkan kurang kemahiran pasukan t3mpur atau kelengkapan s3njata yang tidak mencukupi, tetapi disebabkan oleh kekurangan disiplin dan strategi pert3mpuran yang inovatif.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.