Mari kita mengambil kesempatan pada hari Jumaat ini untuk mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin yang akan bangkit memprotes perpindahan kedutaan US dari Tel Aviv ke Jerusalem pada Isnin depan, 14 Mei 2018. Papan tanda jalan dah siap. Bangunan akan dirasmikan oleh Jared Kushner, menantu Trump yang berketurunan Yahudi.
Perpindahan ini bagai menyapu garam di atas luka rakyat Palestin yang bakal mengenang Hari Nakba ke-70 pada 15 Mei.
Adat resam diplomasi, kedutaan didirikan di ibu kota sesebuah negara. Tindakan US bermaksud ia menghalalkan pendudukan Israel ke atas Jerusalem Barat sejak 1948, dan Jerusalem Timur (tempat terletaknya Masjid Al-Aqsa) sejak 1967.
Selepas itu pada tahun 1980, Israel mengisytiharkan kedua-dua Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur sebagai ibu kota Israel yang “bersatu dan tidak boleh diceraikan” (united and undivided).
Di kalangan kuasa-kuasa besar, Rusia dan China membantah pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur. Jerusalem perlu diceraikan, yang barat hak Israel, yang timur hak Palestin. UK dan Perancis pula terikat dengan Resolusi Majlis Keselamatan UN No. 194 (tahun 1947) untuk menjadikan Jerusalem sebagai “corpus separatum” atau kota antarabangsa di bawah jagaan antarabangsa.
Tapi bagi Israel, tak lengkap perjuangan mereka sekiranya tak dapat menguasai Jerusalem sepenuhnya. Sebab nama “Zionist” tu pun merujuk kepada Jerusalem, atau dikenali sebagai Zion dalam kitab orang Yahudi. Maka boleh faham kenapa Israel begitu degil dalam isu Jerusalem.
Walaupun US telah mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel sejak tahun 1995 menerusi Jerusalem Embassy Act, semua presiden US dari Clinton, Bush hingga Obama telah menangguhkan perpindahan kedutaan untuk mengelakkan mencetuskan ketegangan yang boleh membawa kepada penyahstabilan serantau.
Tapi untuk memenangkan pilihanraya tahun 2016, Trump menabur janji berani untuk memindahkan kedutaan serta merta demi meraih undi pelobi pro-Israel (seperti Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel – AIPAC) yang cenderung untuk mengundi calon Parti Demokratik. Memandangkan US mengadakan pilihanraya Kongres (Mid-Term Election) 2 tahun sekali, Trump boleh hilang majoriti Kongres sekiranya tidak mengotakan janjinya sebelum pilihanraya pada 6 November 2018.
Maka selepas menyambung penangguhan perpindahan pada Disember 2017 yang lepas (presiden perlu menandatangani “waiver” setiap 6 bulan untuk menangguh perpindahan tersebut atas alasan keselamatan negara), akhirnya Trump mengambil keputusan untuk tidak lagi menangguhkan perpindahan tersebut. Timing pula cantik tepat pada 14 Mei 2018 yang merupakan ulangtahun ke-70 pendirian Israel dan penjalinan hubungan antara US dan Israel.
The damage is done. Proses perdamaian Israel-Palestin bakal menemu jalan buntu, atau US akan hilang peranannya sebagai penimbangtara (“mediator”). Ada benda yang Trump buat itu bagus (seperti cara dia menangani krisis Korea Utara), tapi dalam hal ini Trump betul-betul tidak berfikir panjang seperti presiden-presiden sebelumnya. Dasar populis untuk political mileage.
Kepada Allah kita serah.
(ada sebab saya guna istilah “Jerusalem” berbanding “Baitul Muqaddis”. Baitul Muqaddis atau al-Quds lebih tepat merujuk kepada Al-Haram Al-Syarif, tempat terletaknya Masjid al-Aqsa, dalam Bahasa Hebrew pun “Beit haMikdash” digunakan. Manakala Jerusalem itu kawasan kota yang lebih luas)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih