Pagi semalam, dunia digegarkan dengan kejutan dari langit. Tiga tapak nuklear paling strategik Iran diserang dari udara dan laut. Letupan menggoncang bumi Fordow, Natanz dan Esfahan.
Amerika tak lagi berselindung di sebalik proksi. Operasi yang dinamakan “Midnight Hammer” dilancar terus atas arahan Trump. Objektifnya jelas iaitu untuk lumpuhkan keupayaan nuklear Iran secara langsung.
Bom yang digunakan ialah GBU-57A/B, berat 30,000 paun. Bom ini direka khas untuk hancurkan kubu bawah tanah yang diperkuat konkrit bertingkat.
Sebanyak 12 bom digugurkan ke sasaran. Fordow, loji bawah tanah Iran yang terletak 80 meter dalam gunung, jadi sasaran utama. Letupan pertama direkod jam 3.42 pagi waktu Tehran.
Amerika gerakkan tujuh pesawat pengebom B-2 Spirit. Pesawat siluman ini melintasi ribuan kilometer, masuk tanpa dikesan. Radar Iran langsung tak memberi sebarang isyarat. Tiada siren, tiada jet yang berlepas.
Dalam masa sama, peluru berpandu Tomahawk dilancar dari dua kapal destroyer dan satu kapal selam yang beroperasi di Teluk Parsi. Natanz dan Esfahan turut dihentam serentak.
Imej satelit selepas serangan paparkan enam kawah letupan besar di Fordow. Tiga hentaman paling kritikal kena tepat di zon penapisan uranium. Ini serangan yang sangat terancang.
Jeneral Dan Caine dari Pentagon memuji operasi itu sebagai “incredible and overwhelming success,” dan menyatakan pasukan mereka “performed flawlessly”. Ia satu isyarat betapa yakinnya Amerika dengan kemampuan mereka mengatur serangan tepat, senyap dan terkoordinasi dalam tempoh yang sangat singkat.
Pesawat B2 dipercayai berlepas dari tanah besar Amerika, melintasi Atlantik dan Mediterranean, lalu masuk ke ruang udara Iran dari arah barat tanpa dikesan. Beberapa hari sebelum itu, kapal perang AS dikerah ke arah timur untuk cipta muslihat. Taktik ini berjaya kelirukan Iran daripada jangkaan laluan sebenar serangan.
Trump muncul dalam sidang media khas sejam selepas serangan. Katanya, Iran diberi masa tujuh hari. Jika mereka bertindak balas, AS akan tingkatkan serangan lebih besar.
Di Tehran, Parlimen Iran segera adakan sidang tergempar. Resolusi disepakati untuk menutup Selat Hormuz. Keputusan akhir masih tunggu lampu hijau dari Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran.
Selat Hormuz bukan laluan biasa. Di sinilah 20 peratus minyak dunia bergerak setiap hari. Kalau ia ditutup, harga minyak global mungkin boleh meletup sampai 150 dolar setong. Bersiap sedialah.
Negara Arab terus senyap. China, Rusia dan Turki kecam serangan itu secara terbuka. Tapi belum ada yang berani tampil berdepan Amerika secara langsung.
Iran tidak tunggu lama. Kurang 12 jam selepas letupan di Fordow, lebih 40 hingga 65 misil balistik dilancarkan ke arah Tololvaviv, Haifa dan kawasan sekitar Baitulmaqdis. Antara jenis misil yang digunakan termasuk Shahab-3 dan Sejjil.
Sebahagian misil dipintas sistem Iron Dome. Namun beberapa daripadanya berjaya melepasi pertahanan. Banyak dah laporan dan video menunjukkan kerosakan dan bangunan musnah.
Iran turut gunakan dron Shahed 136 dalam serangan serentak. Ia dilancarkan dari beberapa lokasi dalam negara dan berjaya masuk secara senyap ke beberapa sasaran yang dikenal pasti.
Walaupun Iran tidak memiliki jet pejuang moden, mereka buktikan kekuatan misil darat dan dron mampu menggugat sistem pertahanan paling mahal di dunia.
Ini wajah perang generasi kelima. Yang dihentam bukan sekadar fasiliti, tapi juga persepsi, psikologi, dan kesatuan rakyat. Iran cipta trauma baru di Tololvaviv.
Isrohol aktifkan sidang keselamatan dan gerakkan kesiapsiagaan tentera. Washington pula keluarkan amaran perjalanan tahap tertinggi kepada semua warganya di seluruh Asia Barat.
Seluruh rantau kini masuk fasa berjaga-jaga. Turki dan Pakistan aktifkan saluran diplomatik tertutup. China dilapor tingkatkan pemantauan strategik di Laut China Selatan sebagai langkah berjaga.
Kesan serangan mula terasa di benua lain. Harga emas naik mendadak apabila pelabur beralih ke aset selamat. Pasaran saham Asia alami kejatuhan kecil. Brent Oil pula melonjak sekitar 4 hingga 11 peratus dalam tempoh sehari.
Persoalan utama kini: adakah Iran akan melancarkan gelombang kedua, atau memilih untuk menyusun respons yang lebih strategik dan berskala besar?
Dalam sejarah ketenteraan moden, serangan awal seperti ini sering digunakan untuk mencipta ketidakseimbangan psikologi dan taktikal. Ia berfungsi menguji pertahanan musuh serta menunjukkan dominasi ruang udara oleh pihak penyerang.
Iran jelas memahami corak ini. Namun, langkah balas mereka menunjukkan usaha untuk mengubah naratif kebiasaan. Dunia kini menyaksikan fasa awal sebuah konflik terbuka yang berpotensi berlanjutan.
Amerika Syarikat secara terbuka telah masuk ke medan konfrontasi. Ini bukan lagi permainan proksi. Ia isyarat jelas bahawa Washington tidak bersedia melepaskan cengkamannya terhadap dominasi global.
Serangan ke Iran tak bermula dengan bom. Ia bermula dengan fitnah. Isrohol tuduh Iran bangunkan senjata nuklear secara rahsia, lalu maklumat itu dihantar kepada Washington.
Tapi realitinya, serangan ini bukan soal nuklear semata. Ia lebih dalam. Ia tentang ancaman Iran terhadap sistem petrodollar.
Iran dah lama cuba jual minyak dalam mata wang yuan dan ruble. Kalau percubaan ini berjaya dan merebak, dominasi dolar akan jatuh. Dan Amerika takkan biarkan itu berlaku.
Inilah sebab sebenar bom digugurkan. Ini tindak balas panik terhadap ancaman kewangan global. Ia usaha menyelamatkan sistem lama yang semakin retak.
Kalau Iran tumbang, laluan OBOR dari China ke Eropah akan terganggu. Sebab itu Beijing dan Moscow mula gerakkan diplomasi dan aset ketenteraan secara lebih agresif minggu ini.
Sebab itu Iran sekarang bukan sekadar satu negara. Ia kunci kepada keseimbangan kuasa Eurasia. Kalau ia jatuh, Barat akan kuasai semula rantau penting ini.
Iran juga tahu, sekutu mereka ada. Dari Humus di Gaezhahh sampai Hothree di Yaman. Rangkaian ini luas dan terbukti aktif.
Serangan Iran pagi semalam bukan tindak balas kosong. Ia peringatan bahawa mereka bersedia hadapi perang berskala besar.
Trump cuba ugut dengan serangan kedua jika Iran balas. Tapi Iran dah pun balas. Dan dunia sedang tunggu langkah seterusnya.
Pertempuran ini kini telah jadi pertarungan ideologi dan hegemoni. Blok Barat cuba kekal dominan. Blok Timur mula angkat kepala.
Natanz dan Fordow hanya simbol. Yang sedang dipertaruh ialah masa depan dunia sama ada kekal unipolar atau beralih kepada dunia multipolar.
Amerika main api. Dan api ini sedang merebak. Kalau silap langkah, ia boleh nyalakan konflik global yang jauh lebih besar.
Negara Arab masih teragak-agak. Ada yang normalisasi dengan pendatang haram. Ada yang senyap. Tapi semua tahu, kalau Iran jatuh, giliran mereka mungkin tiba.
China dan Rusia belum masuk gelanggang secara fizikal. Tapi pergerakan mereka menunjukkan sesuatu sedang disusun.
Kalau konflik berlarutan, Asia Tenggara juga bakal terkesan. Laluan minyak di Selat Melaka akan tergugat. Harga tenaga akan melonjak.
Negara-negara kecil akan dipaksa pilih pihak. Dunia sedang pecah dua. Ini bukan lagi isu nuklear atau Timur Tengah semata.
Dunia sedang tengok satu lagi episod angkara kuasa besar yang rakus dan angkuh. Amerika Syarikat dan Isrohol bukan saja langgar undang-undang, mereka langgar kemanusiaan.
Mereka lempar fitnah, cipta naratif palsu, lepas tu serang negara lain ikut suka hati. Semua ikut telunjuk politik kotor dan strategi jahat “divide and rule”.
Yang kononnya pejuang hak asasi, kini diam. Yang kononnya penjaga dunia, kini jadi pelaku jenayah. Dunia hari ini dikawal hipokrasi yang jijik.
Tapi doa orang teraniaya tak pernah padam. Satu hari nanti, kuasa itu akan runtuh dengan kehinaan yang mereka sendiri cipta.
Malaysia perlu belajar dari semua ini. Jangan tunggu musibah baru nak insaf. Pertahanan bukan sekadar jet, tapi kesedaran rakyat.
Kita mesti bebas dari cengkaman media luar. Jangan benarkan naratif palsu racuni minda kita. Kalau kita masih lena, kita yang akan dijajah semula.
Negara kita perlu dasar luar yang tegas. Hormat hanya datang pada negara yang berdikari, bukan yang jadi pak turut kepada penjajah moden.
Ekonomi kena kuat. Pendidikan kena bebas. Jiwa kena merdeka. Rakyat kena tahu siapa musuh sebenar dan bagaimana mereka beroperasi.
Kalau kita gagal kenal musuh, mereka tak perlu serang. Cukup sekadar belah dan runtuhkan kita dari dalam. Seperti yang sedang berlaku di depan mata kita sekarang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.