2020 bermula dengan beberapa peristiwa tidak baik. Donald Trump dan Hassan Rouhani gayanya nampak macam sudah bersedia. Tetapi Per*ng Dunia Ketiga tidak berlaku pula, walaupun Iran hilang Qassem Soleimani.
Tidak lama kemudian China pula kena ‘selsema kelawar’ (COVID-19) yang sampai sekarang membuatkan semua orang kegusaran. Mujurlah dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini, kes-kes koronavirus terbaru semakin menyusut.
Sejak 21 Februari 2020, kadar penularan COVID-19 tidak mencapai +1% pun. Antara 21 hingga 26 Februari pun, pertambahan kes baru hanya sekitar +3.4% (+0.5% kes sehari). Tetapi COVID-19 masih belum ditemui penyelesaian secara total.
Keberkesanan dari segi pengurusan China yang menyebabkan penurunan pada kadar penularan. Tetapi sekarang, kes-kes terbaru di negara luar China pula yang menggusarkan.
Amerika Syarikat pun nampak gaya macam terngadah juga. Trump telah mengambil tindakan drastik pada tahun 2018. Buat pertama kali dalam sejarah, Amerika Syarikat membatalkan program tindakbalas peny*kit. Jadi bila COVID-19 datang ke Amerika Syarikat, semuanya jadi haru biru sedikit.
Tetapi tiada yang lebih haru biru berbanding Korea Selatan. Lebih mengejutkan, punca penularan utama di sana agak pelik. Kalau dilihat secara mendalam, satu mazhab agama Kristian yang bertanggungjawab dengan krisis kesihatan di Korea Selatan.
Begini ceritanya,
Setiap hari Ahad rakyat Korea yang menganuti agama Kristian mazhab Shincheonji wajib menyertai upacara keagamaan di gereja. Sebarang keuzuran takkan diterima sebagai alasan untuk berkecuali. Kalau terlepas hari Ahad, wajib gantikan pada hari-hari lain.
Bila Wuhan disahkan dalam keadaan kritikal, Gereja Shincheonji Jesus cuba membuat hubungan dengan pengikut-pengikut di sana. Malah ada ahli kumpulan mereka dikuarantin di Wuhan.
Taksub dengan kepercayaan karut mereka bahawa Wuhan ialah “God’s Kingdom”, Shincheonji yang asalnya satu agama minoriti telah menyumbang separuh daripada 1,000 kes COVID-19 di Korea Selatan.
Sampai sekarang Korea Selatan masih bergelut untuk mencari penyelesaian. Banyak pihak telah menghentikan perkhidmatan penerbangan ke Korea Selatan buat masa sekarang.
Malah Korea Utara pun sedang menerima padah juga. Siap ada yang baru disyaki saja terus dijatuhkan h*kuman m*ti.
Jepun selaku negara jiran China tidak terkecuali. Shinzo Abe telah mengisytiharkan penutupan semua sekolah sebagai usaha menghentikan penularan COVID-19. Sehingga tarikh 28 Februari 2020 sahaja, penambahan 15 kes baru dilaporkan di Hokkaido menjadikan jumlah 226 kes di Jepun.
Seorang perempuan Jepun disahkan positif COVID-19 selepas berkongsi bas persiaran dengan pendatang-pendatang dari Wuhan. Selepas bacaan suhu rendah, dia diklasifikasikan sudah sembuh pada 6 Februari, perempuan tersebut pun dibenarkan pulang.
Sakit tekak dan dada pada 21 Februari membawanya kembali ke hospital dimana dia disahkan menghid*p COVID-19 buat kali kedua. Setakat ini perempuan ini sahaja yang menghid*p COVID-19 sebanyak dua kali.
Sebagai langkah persediaan memandangkan dua negara ini (termasuk Itali) sedang kritikal, Arab Saudi telah mengambil langkah paling mengejut. Buat masa sekarang semua ibadah umrah digantung sementara untuk memastikan penularan COVID-19 dapat dihentikan.
Tindakan Raja Salman mempunyai asas yang begitu kukuh, kerana umrah merupakan antara ibadah yang mengumpulkan ribuan malah jutaan orang di dua tempat utama umat Islam iaitu kota suci Mekah dan kota Madinah.
Keputusan ini dibuat susulan pengesahan lebih 220 kes di seluruh Timur Tengah. Dan jika gelombang kedua ini tidak diselesaikan, satu persoalan besar boleh dibuat untuk status ibadah haji yang semakin menghampiri.
Apa-apa pun kita hanya boleh doakan yang terbaik supaya perkara tersebut tidak berlaku
RUJUKAN:
- Coronavirus: Infected sect had gathered in Wuhan to found God’s Kingdom on Earth. – http://www.rfi.fr/en/asia/20200226-coronavirus-infected-sect-gathered-wuhan-found-god-s-kingdom-earth
- How novel coronavirus spread through the Shincheonji religious group in South Korea – https://edition.cnn.com/2020/02/26/asia/shincheonji-south-korea-hnk-intl/index.html
- How religion is playing a role in the spread of coronavirus in Korea. – https://qz.com/1808390/religion-is-at-the-heart-of-koreas-coronavirus-outbreak/
- Trump cuts to national security staff may hurt coronavirus response, former officials say – https://www.nbcnews.com/health/health-news/trump-cuts-national-security-staff-may-hurt-coronavirus-response-say-n1143656
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih