Sekarang ni ada trend, masa berpaut kat Kaabah tu lah nak berselfie. Salah ke? Niat di hati tu, Allah saja yang tahu. Tapi, sama-sama la kita ingat apa tujuan umrah ke Tanah Haram.
Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Makki pernah tanya muridnya, “Kenapa tiada seorang pun pemain bola sepak yang membawa handphone mereka masuk padang ketika perlawanan?” Takde siapa jawab. Maka, syeikh mengatakan, “Kerana tiada kepentingan, mereka hanya perlu fokus pada permainan mereka.”
Begitu pula kita, fokus pada ibadah.
Jangan sampai kita ke sana dengan gaya pelancong, nak suasano jah. Bukan pula untuk berniaga, sebab agama bukan untuk diniagakan. Bukan juga untuk dipandang orang, bimbang amalan kita sia-sia.
Kita ke Tanah Suci demi beribadah kepada Allah. Ia sebuah perhambaan. Jadi, jagalah adab-adabnya. Kalau masuk majlis istiadat diraja, boleh tak kita nak sakan berselfie? Kalau di Baitullah, lebih-lebih lagilah kita kena beradab.
Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang pergi haji, umrah dan berjihad. Beruntunglah korang yang dah jejak kaki ke Tanah Haram. Dalam masa sama, jangan lupa ‘tuan rumah’ di Baitullah adalah Allah. Kalau tetamu datang rumah korang, tapi diorang buat acuh tak acuh, siap main phone lagi, apa perasaan korang?
Ada satu kisah tentang imam Mekah.
Imam Masjidil Haram, Syeikh al-Sudais pernah terganggu dengan bunyi ringtone dari sorang jemaah yang solat di belakangnya. Apa kata syeikh? “Aku belum pernah mendengar muzik di rumahku, tetapi hari ini kumendengar muzik di Baitullah!”
Bukan salah nak berselfie, seban Salah pun selfie. Tapi, ikut keadaan la, common sense. Jangan sampai kita kehilangan momen bermunajat dengan khusyuk kepada Allah, semata-mata demi mengejar liker dan follower. Tak berbaloi tu. Banyak content lain kita boleh buat. Peluang di Tanah Haram, tak selalu datang. Jadikanlah ia eksklusif untuk kita berdoa dan memohon keampunan-Nya.
Sebenarnya, nak bergambar dengan Kaabah tu tak mengapa. Tetapi, jagalah adab-adabnya. Jangan sampai kelakuan kita mendatangkan fitnah atau mengganggu orang lain yang sedang khusyuk beribadah. Paling penting, pastikan kita sudah sempurnakan rukun-rukun umrah atau haji. Barulah kita balik tu tak kosong.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Islam mencapai zaman kegemilangan dengan adab yang tinggi. Jelajahi zaman keemasan Islam dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Klik: https://shp.ee/dxxo35e
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih