Sesiapa yang pernah menonton filem 300 pasti masak dengan plot ini. 300 orang tentera Sparta diketuai Raja Leonidas (Gerard Butler) berdepan bala tentera Parsi di Thermopylae pada 480 SM. Kita tahu pengakhirannya tragis tetapi ia turut menjadi batu asas kepada legasi Leonidas untuk tahun-tahun selepasnya.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Semasa Parsi menggerakkan kempen ketenteraan mereka terhadap Yunani pada abad kelima SM, negara-negara kota Yunani dalam keadaan berpecah. Negara-negara kota ini sentiasa berantakan antara satu sama lain. Hanya selepas Parsi mula mengancam kedudukan mereka menerusi Darius dan seterusnya Xerxes, barulah mereka bersatu.

Leonidas yang ketika itu memerintah Sparta dipilih sebagai panglima perang untuk angkatan perang pakatan negara kota Yunani. Dan seperti dipaparkan dalam 300, baginda bersama askar-askar Yunani lain berlawan habis-habisan di Thermopylae bagi membantu sebahagian tentera Yunani lain berundur untuk berlawan pada hari yang lain.

Gambaran Pertempuran Thermopylae oleh Jacques-Louis David

Cuma bezanya ialah bilangan sebenar yang setia bersama Leonidas bukan 300 tetapi 700 hingga 1,000 orang, menurut catatan sejarawan Yunani Herodotus. Bagi orang Sparta, walaupun diberi peluang untuk meloloskan diri oleh baginda, mereka lebih rela mati bersamanya. Askar-askar Yunani dari negara-negara kota lain turut membuat pilihan sama. Di Thermopylae, saki-baki tentera Yunani yang bertahan mati dibunuh termasuk Leonidas.

Dengan mangkatnya Leonidas, Sparta kehilangan raja mereka yang disegani. Mengikut tradisi negara kota itu, terdapat dua raja yang memerintah dengan kedua-duanya datang dari keluarga Agiad dan Eurypontid. Dengan mitos mengatakan Leonidas merupakan raja berdarah Herakles/Hercules, maka bagi Sparta, hanya satu perkara yang dimahukan mereka dan negara-negara kota Yunani lain: dendam.

Untuk tahun berikutnya, tentera Yunani berjaya mengalahkan tentera Parsi di Salamis (pertempuran tentera laut) dan Plataea (pertempuran darat). Di Plataea, pihak Yunani memulangkan kembali paku buah keras kepada pihak Parsi dengan menyembelih saki-baki tentera mereka di situ.

Menurut Herodotus, di Plataea, orang Parsi menyangka kemenangan berada di pihak mereka selepas pihak Yunani berdepan kesukaran menembusi kem mereka. Ditambah lagi dengan ketiadaan bekalan akibat tindakan pihak Parsi, orang Yunani pura-pura berundur bagi mengumpan lawan mereka keluar.

Gambaran Pertempuran Plataea

Sebaik mereka mengejar saki-baki pihak Yunani, alangkah terkejutnya tentera Parsi apabila bilangan mereka diatasi oleh sekutu-sekutu Yunani. Pertempuran di Plataea berakhir dengan kemenangan pantas pihak Yunani.

Dan sebagai tukaran terhadap apa yang berlaku di Thermopylae, pihak Yunani membunuh semua tentera Parsi di situ. Dan tidak lama selepas itu, tentera Parsi ditewaskan di Mycale. Seperti di Plataea, tentera musuh dibunuh dengan kapal-kapal Parsi yang masih berlabuh dibakar hingga hangus.

Menariknya, operasi dendam Sparta ini dinisbahkan kepada putera Leonidas, Pleistarchus. Tetapi hakikatnya, Pausanias, sebenarnya berperanan sebagai dalang operasi ini. Ini kerana baginda merupakan orang kedua dalam giliran menaiki takhta Sparta dan turut berperanan sebagai penjaga Pleistarchus. Justeru, kekejaman di Plataea dan Mycale berkemungkinan dilakukan atas titah Pausanias.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Kisah Leonidas dan 300 turut menyumbang kepada konsep kenegaraan – satu konsep yang masih asing dalam dunia antikuiti. Tetapi negara-negara kota Yunani berkongsi musuh yang sama dan mahu melindungi tanah air mereka daripada ancaman Parsi. Atas sebab itu, untuk kesekian kalinya, mereka berlawan di bawah panji yang sama.

Selepas Parsi dipaksa kembali ke tanah air mereka, ia memberi keyakinan kepada pihak Sparta untuk sebarang operasi ketenteraan mereka yang seterusnya. Ditambah lagi dengan keangkuhan pihak Athens, ini mendorong Sparta untuk mengakali bekas sekutu mereka dalam Perang Peloponessian bertahun-tahun kemudian.

RUJUKAN

Winters, R. (2018, 21 Februari). After 300: The Posthumous Vengeance of King Leonidas of Sparta. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply