Beberapa hari lepas, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden diisytiharkan pemenang Pilihan Raya Presiden (PRP) AS selepas berjaya menewaskan penyandang Donald Trump. Kejayaan ini bukan saja mengembalikan Parti Demokrat ke Rumah Putih tetapi membolehkan Kamala Harris bergelar Naib Presiden pertama berdarah campuran (Harris berdarah India-Amerika).

Kejayaan duo Biden-Harris bukan saja meniti di bibir rakyat AS tetapi juga rakyat India terutama di Thulasendrapuram, kampung halaman datuknya. Di situ, sekumpulan penduduk berkumpul di sudut-sudut jalan Thulasendrapuram, membaca akhbar dan berbual sebentar tentang kejayaan duo tersebut pada Ahad lepas sebelum bergerak menuju ke kuil.

Figure 1: Seorang penduduk membawa gambar Harris di Thulasendrapuram. Sumber: https://www.theguardian.com/us-news/2020/nov/08/kamala-harris-south-india-joy-daughter-of-our-village

Manakala seorang wanita menulis kenyataan ini dengan serbuk berwarna di luar rumahnya, “Tahniah Kamala Harris. Kebanggaan kampung kami. Vannakam Amerika.” Kebanyakan mereka sudah melelapkan mata semasa Biden diisytiharkan sebagai pemenang PRP pada Ahad lepas.

Bagi seorang penduduk kampung Kalidas Vamdayar, kejayaan Biden-Harris merupakan satu kegembiraan kepada perkampungan mereka. Dia berkata, “Selama dua atau tiga hari kami berdoa sementara keputusan diputuskan. Sekarang, ia satu saat yang gembira kepada kami. Kami amat menikmatinya.” Vamdayar turut menambah berharap Harris berpeluang melawat Thulasendrapuram sekiranya mengadakan lawatan ke India.

Menteri makanan Tamil Nadu R. Kamraj mengetuai 100 orang untuk upacara sembahyang di Kuil Dharma Sastha selama 20 minit. Dalam upacara sama, patung Ayyanar (salah satu bentuk Dewa Shiva) dicuci dengan susu dan dihiasi oleh bunga-bungaan oleh sami-sami kuil berkenaan. Sami bertugas kemudiannya membaca gita puja selepas menyalakan lampu minyak dengan penganut Hindu yang hadir tunduk sebagai tanda hormat.

Ahli jawatankuasa kampung Aulmozhi Sudhakar menyifatkan Harris seperti anak perempuan kepada perkampungan berkenaan. Dia menambah, “Dari kanak-kanak kepada warga emas, setiap orang menanti hari beliau mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden AS.”

Figure 2: Manisan diagihkan kepada penduduk di Thulasendrapuram. Sumber: https://www.theguardian.com/us-news/2020/nov/08/kamala-harris-south-india-joy-daughter-of-our-village

Dengan kemenangan ini, ia bagaikan satu berita gembira kepada penduduk lebih-lebih lagi dengan sambutan Deepavali dijangka menjelang tidak lama lagi. Penduduk meraikan kemenangan Harris dengan saling bertukar makanan terutama manisan di tempat-tempat berbeza. Sementara kanak-kanak pula membawa placard bersama gambar senator Parti Demokrat itu sekitar kampung berkenaan.

Ibu Harris, Dr Shyamalan Gopalan dilahirkan di Thulansendrapuram, India sebelum kemudiannya berkelana ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian di Universiti California semasa berusia 19 tahun. Beberapa tahun kemudian, beliau berkahwin dengan Dr Donald J. Harris dan nama anak sulung mereka ialah Kamala yang bermaksud bunga teratai.

Selain penduduk India, kerajaan India yang diterajui Perdana Menteri Narendra Modi turut menyambut baik kejayaan Biden-Harris. Beliau menyifatkan kejayaan Harris sebagai kejayaan besar dan kebanggaan yang luar biasa bukan hanya untuk saudara-maranya tetapi juga untuk semua orang India di AS.

“Saya yakin bahawa hubungan India dan AS yang rancak akan semakin kukuh dengan sokongan dan kepimpinan anda,” katanya. Walaupun India dijangka akan meraih keuntungan daripada pengembalian polisi yang dikurangkan semasa era Trump menerusi pentadbiran baru Biden, bapa saudaranya memberi amaran ia bukan semudah itu.

Bapa saudara Harris, G. Balachandran mengingatkan Modi bahawasanya anak saudaranya itu menjunjung isu hak asasi manusia dan hak sivil. Dalam satu temubual telefon bersama akhbar The New York Times dari kediamannya di New Delhi, dia menambah, “Sekiranya beliau merasakan India mencabuli perkara-perkara ini, sudah pasti dia tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan terhadap isu ini.”

Modi ada sebab kukuh merasa bimbang dengan pendirian pentadbiran Biden terhadapnya. Bukan satu rahsia banyak isu hak sivil tercetus seperti perubahan status tanah Kashmir dan penggubalan undang-undang kerakyatan India yang disifatkan sebagai anti-Islam. Tidak seperti Trump yang memandang sepi hal ini, Biden dan Harris sudah pasti akan mengikuti isu-isu ini dengan lebih rapat.

Bagi penduduk Thulansendrapuram pula, ramai berharap dengan kejayaan Harris, ia membuka jalan kepada kemajuan di kampung berkenaan. Ada mengharapkan sebuah kolej dibina di situ bagi memenuhi keperluan pendidikan penduduk. Ada pula berharap jalan baru dibina atau lebih banyak derma kepada kuil kampung berkenaan. Pada mereka, kejayaan Harris ialah tiket perubahan yang diperlukan mereka.

RUJUKAN:

Associated Press. (2020). Kamala Harris: joy in south India at victory for ‘daughter of our village’. The Guardian. https://www.theguardian.com/us-news/2020/nov/08/kamala-harris-south-india-joy-daughter-of-our-village

Gettleman, Jeffrey dan Elumalai, Prakash. (2020). Joy in India as Biden and Harris Win, but Questions, Too. The New York Times. https://www.nytimes.com/2020/11/08/world/asia/kamala-harris-india.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.