Semakin ramai pelajar sekolah dan universiti di Malaysia dijangkiti HIV. Ia disahkan dalam laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Data terkini menunjukkan peningkatan ketara kes HIV dalam kalangan belia berumur 18 hingga 25 tahun.
Antara puncanya? Bukan lagi jarum atau pemindahan darah tetapi hubungan seksual tanpa perlindungan. Dan negeri dengan angka tertinggi? Selangor.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku?
Pertama, mari kita betulkan satu kekeliruan yang masih ramai pegang. HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyerang sistem imun manusia. Bila sistem imun menjadi terlalu lemah, ia menyebabkan AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome).
Jadi AIDS bukan virus, tapi kesan akhir HIV jika tidak dirawat. Dengan rawatan awal dan konsisten, penghidap HIV boleh hidup sihat, berkeluarga, dan tidak semestinya sampai ke tahap AIDS.
Malah, dengan terapi antiretroviral (ART), virus ini boleh ditekan hingga ke tahap tidak dapat dikesan (undetectable). Bila itu berlaku, penghidap HIV tidak lagi menularkan virus kepada pasangan mereka secara seksual. Ini dikenali sebagai konsep “Undetectable = Untransmittable” (U=U), yang disahkan dalam pelbagai kajian antarabangsa termasuk oleh CDC dan WHO.
Dan ya, saintis masih berjuang mencari penawar. Pada tahun 2023, kes kelima pesakit HIV yang sembuh sepenuhnya direkodkan selepas pemindahan sel stem. Namun, ianya adalah rawatan berisiko tinggi, mahal dan belum praktikal untuk semua. Sekurang-kurangnya, ia beri harapan. Syarikat seperti Moderna kini sedang menguji vaksin mRNA untuk mencegah HIV. Harapan itu masih hidup.
Masalah terbesar bukan pada virus sahaja tapi sikap kita. Banyak anak muda terjebak kerana kurang pengetahuan tentang kesihatan seksual, atau malu bertanya. Mereka lebih percayakan TikTok berbanding klinik. Lebih teruk, masih ramai takut untuk buat ujian HIV kerana stigma. Sedangkan ujian kini percuma, sulit, dan mudah didapati di klinik kesihatan kerajaan.
Ibu bapa dan guru pula masih anggap ini “topik malu”. Bila isu seks dibisukan, anak-anak mula cari jawapan di tempat yang salah. Pendidikan seksual bukan mengajar zina. Ia mengajar tanggungjawab, penjagaan diri, dan mengenal risiko. Kalau kita tak ajar mereka, “doktor palsu” akan sekolahkan mereka di media social.
Sudah tiba masanya kita ubah pendekatan. Bukan dengan menakutkan, tapi dengan memaklumkan. Bukan sekadar larang, tapi terang. Kerajaan dan institusi pendidikan perlu rangka program kesedaran yang sistematik, berasaskan sains, dan bukan hanya reaktif bila ada kes.
HIV bukan lagi hukuman mati. Tapi jika kita terus diam, yang membunuh mereka bukan sekadar virus, tapi stigma yang mengekang rawatan.
Jangan tunggu tragedi di depan mata baru mahu buka mata.
Yang perlu kita lawan sekarang bukan HIV semata-mata, tapi sikap malu bertanya, takut tahu dan budaya “biarlah, bukan kena kat aku”.
Zaman sekarang tak sama macam dulu. Maklumat dan pengaruh, baik atau buruk, semuanya di hujung jari. Kita usaha untuk fahamkan anak-anak kita, bantu mereka kenal risiko, harapnya bila mereka faham, mereka tahu jaga diri. Kita ikhtiar sebaik mungkin, selebihnya kita serah pada Allah.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.