Akhirnya Menteri Wilayah semalam membuat tawaran membeli tanah-tanah rizab Melayu di Kampung Baru bagi tujuan pembangunan bercampur pada kadar RM850 sekaki persegi.

Ia nampak tinggi. Tetapi bagi sebuah rumah biasa dengan keluasan tanah 300m2, nilainya tidak sampai RM2.8juta – sama dengan satu unit rumah 3 bilik di Setia Sky yang berada bersebelahan Kampung Baru.

Saya tak berminat nak berbahas soal nilai tanah. Atau janji bahawa undang-undang sedia ada hanya membenarkan pemilikan kepada orang Melayu. Sebab undang-undang ini boleh diubah dengan mudah di Dewan Rakyat bila keadaan memerlukan. Kuota perumahan bumi/non bumi contohnya boleh diubah dalam mesyuarat EXCO sahaja.

Tapi bagaimana sebenarnya cara jika kita mahu membangunkan Kampung Baru? Jika benar ada menteri malu kampung tersebut terlalu mundur di mata pelancong asing, bagaimana mereka boleh dibangunkan dalam keadaan maruah dan hak Melayu ini terpelihara.

Inilah kisah bagaimana Kampung Baru dibangunkan sebelum ini.

Kampung Baru sememangnya adalah idaman pemaju hartanah sejak dahulu lagi. Pada zaman PM ke 4, beliau sendiri pernah mengeluh bagaimana sukarnya membangunkan Kampung Baru kerana kos pengambilan yang tinggi. Sebarang perjanjian yang mensyaratkan pemilikan tinggi Melayu kepada pembangunan yang akan dibuat telah menyebabkan pemaju tidak berminat. Orang Melayu tidak mempunyai kuasa beli yang besar.

Apabila DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri, beliau melihat bagaimana Kampung Baru ini perlu dikekalkan identiti. Beliau melihat bagaimana Melayu Kampung Baru bukanlah ‘aib’ atau ‘mencacatkan pandangan’ di tengah Kuala Lumpur.

Baginya, Kampung Baru adalah legasi Melayu terakhir kota raya. Legasi Melayu adalah tarikan besar bagi pelancong asing jika kena caranya.

Awal tahun 2010, DSN melakukan walkabout di sekitar Kampung Baru. Ketika inilah beliau berjanji, tidak ada sebarang penglibatan swasta tanpa persetujuan penduduk di atas pemulihan dan pembangunan kampung itu. Semuanya akan ditanggung kerajaan. Malahan penduduk kampung diberikan hak untuk menentukan apakah jenis corak pembangunan yang mereka mahu.

Tak ada pemaju kapitalis yang berorientasikan keuntungan akan terlibat.

Zink berkarat dan bangunan kotor diberi bantuan dan dicat semula. RM2 juta diperuntukkan serta merta bagi membaikpulih luaran flat PKNS yang terlalu usang.

Tahun 2011, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ditubuhkan.

Pada 2012, Masjid Kampung Baru yang usang dinaik taraf semula menjadi bangunan ikonik Kampung Baru. RM20 juta diperuntukkan melalui Yayasan 1MDB bagi menjadikan masjid tersebut pusat masyarakat utama dan pemangkin pembangunan terancang.

RM1.5juta lagi ditambah 4 tahun selepas itu bagi projek pencahayaan masjid saja. Ya, Kampung Baru yang pernah dianggap ‘aib’ kerana zink berkarat oleh kepimpinan lama kini adalah produk pelancongan dalam dan luar negara.

MRT yang asalnya tidak melalui Kampung Baru akhirnya dilencongkan memasuki kawasan penduduk. Kos tambahan, kerajaan tanggung. Saloma Link yang menghubungkan KLCC dan Kampung Baru dirancang, tak termasuk 3 kampung warisan yang akan digazetkan.

Pusat kraftangan dan kesenian Melayu dibina, pintu gerbang yang menjadi identiti didirikan dan jalan- jalan dilebarkan.

Perniagaan Melayu dibesarkan melalui pinjaman dan bantuan kerajaan. Tekun contohnya adalah agensi utama yang berada di barisan hadapan.

Secara keseluruhan, lebih RM100 juta dilabur bagi memperbaiki infrastruktur di kampung tersebut sepanjang 9 tahun pentadbiran PM ke enam

Semua ini dibuat atas satu kepercayaan. Kewujudan orang Melayu di tengah bandaraya mesti dikekalkan. Pembangunan tidak boleh mengorbankan warisan.

Bukannya tidak ada tawaran. Tahun 2015, Gross Development Cost (GDC) bagi Kampung Baru dianggarkan sekitar RM61 bilion. Pemaju beratur menagih cebisan tanah yang boleh dibangunkan, tetapi kerajaan berkeras dengan janji lama – hanya Orang Melayu berhak menentukan sendiri pembangunan apa yang mereka suka.

Hari ini GDC khabarnya cuma sekitar RM10b. Itupun gelabah nak ambil tanah macam burung punai.

Jika anda malu dengan kemunduran Kampung Melayu, maka kerajaan keluarkanlah dana. Biarkan rakyat memperbaiki semula rumah mereka mengikut warisan mereka sedia ada. Mereka lebih kenal asal usul kampung mereka. Kita hanya perlu pantau dan bimbing sahaja.

Jika anda kata di situ banyak jenayah dan tumpuan pendatang, maka kuatkuasakanlah undang-undang. Tambahkan peruntukan untuk keselamatan dan sukarelawan.

Orang putih tak datang negara kita sebab nak tengok shopping complex saudara. Orang datang nak tengok budaya. Orang datang sebab nak alami perkara yang tiada di negara mereka.

Jangan gadaikan anak-anak kerana duit segera


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.