Bekas pewaris takhta dinasti Uthmaniyah, yang pernah memerintah salah satu empayar Islam terkuat di dunia, pernah menyaksikan kengerian per4ng saudara Syria sejak 2011 di kota asalnya, Damsyik baru sahaja meninggal dunia.

Dündar Abdülkerim Osmanoğlu

Allahyarham Dündar Abdülkerim al-i Osmanoğlu, anggota lelaki tertua dari keluarga Uthmaniyah, beliau mengambil alih ‘takhta’ sebagai ketua keluarga ke-45 setelah ketua sebelumnya Osman Bayezid Osmanoğlu, cucu Sultan Abdülmecid I, meninggal pada usia  92 di New York pada tahun 2017.

“Putera” Dündar Abdülkerim dilahirkan di Damsyik, Syria pada tahun 1930 ketika keluarga Uthmaniyah diusir dari tanahairnya oleh kerajaan Republik Turki selepas kekhalifahan dibubarkan pada 3 Mac 1924,  beberapa bulan selepas Republik Turki ditubuhkan pada 23 Oktober 1923.

Dündar Abdülkerim Osmanoğlu bersama beberapa anggota dinasti yang lain ketika menyambut perayaan Aidiladha beberapa tahun lepas

Kesultanan telah dihapuskan pada 1 November 1922. Datuk kepada Putera Dündar, Putera Mehmet Selim adalah gelombang pertama keluarga Uthmaniyah yang menetap di Damsyik (kemudian di bawah pemerintahan Perancis) dan kemudian di Jounieh Lubnan selepas pengasingan.

Dündar adalah anak kepada Putera Abdülkerim, cucu Sultan Abdülhamid II, dan Puteri Nimet, yang berketurunan Maronit dari Lubnan dan memeluk Islam setelah menikah. Putera Dündar adalah ketua pertama keluarga Uthmaniyah yang ibu bapanya berkahwin ketika hidup di dalam buangan.

Gagal mendapat restu Putera Mehmet Selim atas perkahwinan itu, pasangan tersebut kemudian memilih untuk menetap di Damsyik. Namun, Putera Abdülkerim meninggalkan Damsyik pada tahun 1932 untuk terlibat secara aktif dalam gerakan kemerdekaan bangsa Turkik Uighur di Xinjiang China, yang juga dikenali sebagai Gerakan Kemerdekaan Turkestan Timur pada masa itu.

Sebagai cucu Sultan Abdülhamid II dan anak saudara Khalifah terakhir Abdülmecid II, Abdülkerim dihubungi oleh Jepun untuk mengetuai gerakan kemerdekaan Uighur yang konservatif tetapi lemah. Jepun berusaha meningkatkan penguasaannya di China pada waktu, sementara Kesatuan Soviet, British dan Amerika Syarikat menyokong China untuk mengimbangi cita-cita Jepun.

Putera Abdülkerim Efendi bersama tent3ra Jepun pada tahun 1933

Melihatkan peristiwa di rantau ini juga boleh mempengaruhi penduduk Turki dan Muslim yang besar, kuasa Soviet juga cubs bergerak aktif di wilayah tersebut. Abdülkerim pada mulanya pergi ke Tokyo, tetapi setelah dia tidak mendapat sokongan yang diharapkannya, dia berhijrah ke Turkestan Timur untuk mengatur gerakan menentang pemerintahan China.

Setelah kekalahan pasukannya yang lemah, Abdülkerim bertindak melarikan diri ke India, dan kemudian meminta suaka dari Amerika Syarikat, di mana cabang keluarga yang lain tinggal di New York. Tidak lama kemudian dia ditemui m4ti di sebuah bilik hotel pada tahun 1935 dipercayai kerana membvnuh diri, namun kemudian kes itu didakwa dimanipulasi oleh satu pembvnuhan yang mungkin ada kaitan dengan bekas rakan atau pesaingnya.

Keratan akhbar Amerika yang mendakwa Abdülkerim Efendi m4ti kerana membvnuh diri

Berbeza dengan kehidupan ayahnya yang pendek dan bergelora, Dündar, semasa hayatnya lebih gemar tidak menonjol dan mengamalkan cara hidup yang lebih merendahkan diri. Setelah menamatkan pengajiannya di Syria, dia ditugasman oleh perusahaan milik pemerintah tent3ra, dan akhirnya hidup dengan pencen sederhana bersama isterinya, Yousra di daerah Mouhajrin, Damsyik.

Pihak berkuasa Syria dikatakan bersikap ramah terhadap keluarganya, sumber dari Syria jug menjelaskan, menyatakan bahawa rejim Baath juga tidak mengganggu keluarga mereka tetapi sentiasa mengawasi pergerakan mereka.

Pada tahun 2012, ketika per4ng saudara Syria sedang merebak di seluruh pelosok negara dengan kedudukan rejim Assad yang bertahan lama di Damsyik, cucu generasi keempat Sultan Abdülhamid II, Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu memberitahu media Turki bahawa Putera Dündar berada dalam situasi yang sangat sukar kerana dia tidak dapat meninggalkan rumah walaupun hanya untuk mendapatkan barang keperluan asas keluarganya kerana berada di tengah-tengah medan per4ng.

Sebelum hayatnya berakhir, Putera Dündar menghabiskan sisa hidupnya dengan mengalami beberapa masalah kesihatan termasuklah masalah pendengaran dan penglihatan, sementara isterinya juga hanya mampu terbaring di tempat tidur kerana masalah kesihatannya yang tenat sebelum meninggal dunia pada tahun 2017.

Walaupun tidak pernah mendengar bahasa Turki di rumah ketika membesar di mana ketika itu bapanya tiada kerana sering sibuk dengan urusan rev0lusi, Putera Dündar masih boleh berbahasa Turki dengan baik, bahkan lebih baik daripada orang Turki sendiri. Dia dikatakan sangat dekat dengan negaranya, bahasa, tradisi, dan agamanya walaupun tidak kembali menetap di Turki.

Dündar Abdülkerim al-i Osmanoğlu, pewaris terakhir takhta Kerajaan Uthmaniyah meninggal dunia pada hari Isnin yang lalu di usia 90 tahun.

“Bapa kepada keluarga kami dan dinasti Uthmaniyah, pakcik kami, Putera Dündar Abdülkerim Osmanoğlu meninggal dunia di Damsyik Syria,” kata Orhan Osmanoğlu, cicit kepada Sultan Abdülhamid II melalui hantaran tweetnya. “Semoga rohnya tenang,” tambahnya.

Keturunan dinasti Uthmaniyah terpaksa hidup dalam buangan hingga mereka berpecah dan tersebar di seluruh dunia setelah kejatuhan empayar secara rasmi pada tahun 1924. Pada tahun 1952, anggota wanita dinasti diberikan keizinan untuk kembali ke Turki dan anggota lelaki diizinkan untuk kembali ke Turki pada tahun 1974.

Adik lelaki Dündar Abdülkerim Osmanoğlu, Harun kembali ke Turki pada tahun 1974 dan menetap di Istanbul. Harun Osmanoğlu yang kini berusia 88 tahun akan menjadi ketua keluarga Uthmaniyah yang baru.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Dündar Abdülkerim Osmanoğlu, Aamiin ya rabb al aamiinn.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.