Semalam, Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan terhadap Internet Explorer setelah 27 tahun berkhidmat kepada umat manusia. Bermakna semalam juga adalah hari terakhir untuk anda melayari Omi melalui Internet Explorer. Tindakan ini membuatkan Internet Explorer menyertai Blackberry dan Palm Pilot sebagai teknologi yang kembali ke alam sebalik mata.

Kenapa Microsoft menamatkan sokongan terhadap Internet Explorer?

Untuk memastikan perniagaan terus berkembang dan maju, anda perlu memastikan apa yang ditawarkan itu sentiasa relevan. Jika tidak, anda akan menghadapi gelombang penolakan sehingga lingkup kerana tidak mampu bertahan.

Sebagai contoh, Samsung pada mulanya hanyalah pemain kecil sahaja dalam pasaran telefon bimbit. Mereka mula bangkit dengan melancarkan telefon pintar dengan sistem operasi android yang mula mendapat tempat dalam pasaran. Manakala Nokia yang merupakan penguasa pasaran terlalu yakin bahawa pelanggan masih setia kerana mereka miliki branding begitu kuat.

Namun lain pula yang jadi apabila Nokia terus merudum kerana tidak mahu menggunakan android. Sementara Samsung terus menjadi pesaing terkuat kepada Apple.

Perkara ini juga menjadi sebab mengapa Microsoft terus menamatkan sokong terhadap Internet Explorer semalam. Sebenarnya Microsoft sudah lama berhasrat untuk menghantar Internet Explorer ke alam sebalik mata tapi mereka perlukan backup plan yang kuat. Untuk itu Microsoft telah melancarkan Microsoft Edge pada 2016 bagi menggantikan Internet Explorer. Dalam tahun yang sama juga, Microsoft telah menghentikan update terbaru untuk Internet Explorer.

Microsoft Edge boleh dikatakan sebagai turning point kepada Microsoft untuk bangkit kembali dalam pasaran search engine setelah Internet Explorer menerima begitu banyak kritikan. Paling ketara sekali adalah Internet Explorer perlahan serupa siput babi. Kalau nak buat laman web yang agak berat, pasti anda perlu menunggu dengan cukup lama. Di tambah lagi, anda bakal terdedah dengan penggodam jika menggunakan Internet Explorer.

Bagi Microsoft Edge pula, Microsoft telah memperbaiki segala kelemahan yang selama ini membelenggu Internet Explorer. Antaranya adalah anda boleh melayari pelbagai laman web dan Microsoft Edge tidak banyak memakan RAM komputer anda. Oleh sebab itu, Microsoft berpendapat sudah tiba masanya untuk Internet Explorer kembali ke alam sebalik mata biarpun pernah menguasai lebih 90% pasaran search engine pada awal era 2000-an. Jika Microsoft tidak mampu berubah, siap sedia sahaja mereka akan ketinggalan jauh dengan Google melalui Chrome.

Tapi macam mana kalau kita terlalu rindu kepada Internet Explorer?

Jangan risau kerana anda boleh mengakses search engine itu melalui mode IE yang terdapat dalam Microsoft. Maka anda tetap juga boleh buat kerja macam biasa menggunakan Internet Explorer tetapi dikuasakan oleh Microsoft Edge.

Apa-apapun terima kasih kepada Internet Explorer kerana pernah mengisi ruang dan masa sebahagian daripada kita suatu ketika dahulu. Moga pengganti iaitu Microsoft Edge mampu mengulangi kembali kegemilangan yang pernah digapai oleh Internet Explorer. Kalau tak mampu lawan Chrome sekalipun, mohon tumpaskan Firefox.

RUJUKAN:

The Star. (2022, Jun 15). So long, Internet Explorer. The browser retires today. Dipetik daripada https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2022/06/15/so-long-internet-explorer-the-browser-retires-today

Times Now. (2022, Jun 12). Microsoft is shutting down Internet Explorer after 27 years; 90s users get nostalgic. Dipetik daripada https://www.timesnownews.com/viral/microsoft-is-shutting-down-internet-explorer-after-27-years-90s-users-get-nostalgic-article-92155226

Mint. (2022, Jun 13). End of an era: Microsoft to shut its oldest browser Internet Explorer after 27 years. See Twitter reactions. Diperik daripada https://www.livemint.com/news/world/end-of-an-era-microsoft-to-shut-its-oldest-browser-internet-explorer-after-27-years-see-twitter-reactions-11655103668992.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply