Aik? Takkanlah air menitik pun dikata seksa? Seriuslah?
Yep, inilah salah satu seksaan yang pernah wujud. Walaupun nama dia Cina, tapi penyeksaan air Cina ni berkemungkinan besar tak dicipta di Asia.
Ia pertama kali diketahui muncul dalam teks yang ditulis oleh sarjana Itali Hippolytus de Marsiliis sekitar abad ke-15.
Hippolytus tertarik dengan hukuman-hukuman kejam kepada orang ramai kerana beliau pun kaji kekurangan tidur sebagai kaedah penyeksaan.
Dalam tulisannya, beliau terangkan bagaimana kekurangan tidur dan kaedah soal siasat yang agresif dapat mengorek maklumat daripada mangsa dengan berkesan.
Tidak hairanlah orang yang sama ni cipta kaedah yang tujuan utamanya adalah untuk buat seseorang jadi gila.
Tapi cara penyeksaan air dia tak berkesan. Hippolytus sangka titisan air boleh gerudi lubang dalam tengkorak seseorang macam air menitik pada batu.
Walaupun begitu, cara seksaan ini digunakan di hospital gila di Perancis dan Jerman sekitar pertengahan 1800-an. Sebahagian doktor percaya seksaan air ni boleh memulihkan pesakit mental.
Doktor-doktor ni yakin darah yang terkumpul di kepala menyebabkan orang jadi gila. Maka diorang pun guna “mesin titisan” terhadap pesakit mental.
Pesakit biasanya ditutup mata sebelum air sejuk beku dititiskan pada dahi mengikut selang masa yang tetap dari baldi di atas kepala diorang. Doktor-doktor ni percaya ia menyembuhkan sakit kepala dan insomnia walaupun sebenarnya tak berjaya pun.
Jika kaedah penyeksaan air ni berasal dari tulisan seorang sarjana Itali, mengapa ia dipanggil penyeksaan air Cina?
Jawapannya mungkin berkait dengan Harry Houdini. Pada tahun 1911, Harry Houdini ni seorang “penghibur” yang cipta alat yang dikenali sebagai sel penyeksaan air Cina.
Sel tu dibuat daripada kayu dan kaca. Houdini akan ikat dirinya secara terbalik dengan sesuatu yang berat di pergelangan kakinya dan diturunkan ke dalam air di dalam bekas tu. Penonton akan melihat Houdini terjuntai terbalik di dalam air seketika.
Sel penyeksaan air China terus menjadi salah satu helahnya yang paling terkenal dan memukau penonton di seluruh dunia.
Tidak jelas mengapa alat ini dipanggil sel penyeksaan air Cina. Houdini sendiri hanya memanggilnya sebagai “Upside Down.”
Walau bagaimanapun, jelas bahawa istilah “penyeksaan air Cina” sudah terkenal pada tahun 1900-an sejak ia muncul dalam cerpen seawal tahun 1892.
Menariknya, dalam “The Compromiser,” istilah tu digunakan secara metafora untuk menggambarkan sesuatu yang dirasai oleh watak ketika bekerja sebagai peguam.
Ada beberapa lagi bentuk penyeksaan air yang kejam yang memang digunakan selama berabad-abad antaranya ialah waterboarding yang popular semasa pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Oleh: Azizul Farhan
___
Pelik-pelik perangai manusia ni. Tapi memang itulah lumrahnya, nak faham psikologi manusia dengan lebih mendalam? Dapatkan The Human’s Complex segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply