Anda pernah tak terfikir macam mana genetik menentukan jantina anda? Macam mana manusia dijadikan lelaki atau perempuan menurut sains biologi? Pada masa yang sama, pernah tak anda mendengar bahawa ada golongan yang selalu bising bahawa binatang tak dicipta menjadi homoseksual?

Sekiranya persoalan di atas menarik perhatian anda, maka teruskan membaca. Saya akan menceritakan macam mana sistem seks kromosom berfungsi dan kenapa ayat “binatang tu tak homoseksual” tu salah. Saya akan terangkan kenapa sistem biologi ni sangatlah rumit.

Sekiranya kita bercakap tentang kromosom seks manusia, rata-rata daripada kita akan tahu bahawa lelaki mempunyai kromosom XY dan perempuan mempunyai kromosom XX. XY dan XX ni pula merujuk kepada kromosom ke-46 yang wujud dalam DNA manusia. Yang menentukan hasil persenyawaan tu lelaki atau perempuan ialah kromosom yang dibawa oleh sperma bapa. Ovum ibu mengandungi 22+X kromosom (23 kromosom) dan sperma bapa mengandungi 22+X atau 22+Y kromosom (23 kromosom kesemuanya).

Oleh sebab itulah, sperma bapa yang menentukan jantina anak sebab kelainan kromosom yang dibawa. Kromosom Y ni dipanggil sebegitu kerana ia adalah kromosom yang cacat sebab pendek. Campuran 23 kromosom daripada kedua-dua belah pihak akan mewujudkan anak dengan jumlah kromosom sebanyak 46, yakni jumlah kromosom manusia. Setiap hidupan ada jumlah kromosom yang berlainan. Lalat buah misalnya, ada kromosom berjumlah 8 dan chimpanzee berjumlah 48. Kebanyakan jumlah kromosom adalah dalam nombor genap. Mod seks bagi sistem ini ialah lygaeous.

Gambar 1: Kromosom manusia bagi perempuan (XX) dan juga lelaki (XY)

Namun, tak kesemua hidupan menggunakan sistem jantina dan seks seperti manusia. Kebanyakan daripada hidupan-hidupan dunia bukan jenis binary jantan betina, tapi khunsa. Kita ambil contoh cacing gelang C. elegans. Cacing gelang spesis ni mempunyai dua jantina yakni sama ada jantan atau khunsa (ada kedua-dua organ seks jantan betina). Kita tengok jauh sikit ke keluarga jauh mereka, siput dan cacing tanah. Mereka semua adalah khunsa dan apabila tiba musim mengawan, masing-masing akan bertukar ke jantina mengikut pilihan masing-masing. Untuk kes yang lebih ekstrem, lintah bulan jenis ‘banana slug’ kadang kala mempunyai masalah ‘zakar’ tersangkut pada organ betina banana slug. Bagi mengatasi masalah ini, banana slug ‘betina’ akan menggigit putus ‘zakar’ berkenaan. Sekalipun ‘zakar jantan’ banana slug terputus, dia masih boleh membiak pada musim lain tapi hanya sebagai banana slug ‘betina’. Barangkali inilah trait survival bagi banana slug dalam membiak.

Kita pergi jauh pada filum kordata, spesis ikan badut selalunya akan menetas sebagai ikan jantan. Namun, apabila jumlah ikan badut betina menjadi sedikit, sesetengah daripada ikan badut jantan akan bertukar jantina menjadi betina. Dalam satu kes, penangkapan ikan badut betina bagi kegiatan haiwan peliharan sahaja sudah cukup untuk membuatkan ikan badut jantan bertukar menjadi betina.

Ada sesetengah spesis serangga mempunyai sistem mod seks yang pelik. Berbanding manusia yang menggunakan sistem XX/XY, serangga ni mengguna pakai sistem XX/XO. Dalam sistem ni, jantina jantan ditentukan dengan ketiadaan satu kromosom, menjadikan jumlah kromosom mereka ganjil. Nama mod seks ini ialah protenor. Sebagai contoh, jumlah kromosom belalang betina ialah 24 (22+XX), tapi bagi belalang jantan, jumlah tersebut ialah 23 (22+X).

Sekarang, kita tengok sistem yang lebih pelik yakni ZZ/ZW. Terma kromosom sistem ini adalah berlainan kerana sistem yang tak sama. Kebanyakan hidupan yang mengguna pakai sistem ini ialah unggas dan reptilia. Apa yang membuatkan sistem ni aneh ialah penentuan jantina. Berbanding sistem-sistem di atas, hidupan seperti ayam jantan mempunyai kromosom ZZ sebagai kromosom jantina.

Yang betina mempunyai kromosom ZW. ZW ni bermaksud kromosom W ialah kromosom cacat. Ini adalah pelik, kerana hanya jantina jantan sahaja yang sepatutnya berkromosom cacat seperti XY dan XO! Kenapa ayam mengguna pakai sistem yang lain? Sekarang ni, secara teknikalnya, ayam jantan ialah betina dan ayam betina ialah jantan menurut perspektif jantina manusia.Ini adalah persoalan yang sampai sekarang saintis-saintis pun pening.

Pada mulanya, saya berhipotesis jantina jantan mempunyai kromosom cacat sebab kita tak serumit jantina betina yang mempunyai lebih banyak hormon dan fungsi biologi yang lain. Tapi, bila saya mendapat tahu tentang kes ZZ/ZW, saya naik pening. Jadi, apa fungsi sebenar kromosom cacat seperti XY, XO dan ZW ni? Saya tinggalkan persoalan ni untuk anda semua.

Okay, sekarang saya nak cerita tentang penyakit kromosom seks. Macam mana manusia boleh jadi khunsa? Kalau kita maklumat di atas, khunsa manusia ni wujud sebab sama kita terlbeih kromosom, atau terkurang kromosom. Sindrom Klinefelter sebagai contoh, mempunyai 47 kromosom (44+XXY). Penyakit ni hanya boleh terkena pada lelaki sahaja. Dengan lebih kromosom XX, lelaki tersebut akan mempunyai ciri-ciri keperempuanan seperti dada dan pinggang yang besar. Sindrom Turner pula hanya untuk perempuan. Mereka mempunyai masalah kekurangan kromosom dengan jumlah 45 (44+X).

Disebabkan kekurangan kromosom, mereka ni selalunya cacat dan juga mandul. Ada juga penyakit terlebih kromosom yang menyebabkan kita menjadi terlebih jantan atau terlebih betina (ni bukan kata maki ya). Trisomy X mempunyai jumlah kromosom 47 (44+XXX), yakni terlebih perempuan dan sindrom Jacob menyebabkan terlebih jantan dengan jumlah kromosom 47 (44+XYY).

Antara sifat terlebih jantan yang ada pada sindrom Jacob ialah ketinggian mereka selalunya mencapai 1.8 meter. Disebabkan kesemua daripada penyakit ni melibatkan jumlah kromosom yang tak normal, maka mereka semua adalah mandul.

Sebenarnya, ada banyak lagi misteri dan keanehan tentang jantina, gender dan seks bagi haiwan. Binatang seperti dubuk sebagai contoh, kesemua daripada mereka mempunyai zakar, termasuk yang betina. Jadi, apabila si betina nak beranak, anak tu akan keluar pada ‘zakar’ mereka (Aduh, saya yang tulis benda ni pun dah terasa perit). Monyet bonobo juga adalah spesis yang aneh kerana mereka ni memang diketahui sebagai spesis homoseksual.

Point saya di sini ialah, ayat ‘binatang itu dicipta bukan sebagai homoseks’ adalah salah. Perlakuan homoseks ni memang boleh dijumpai dalam dunia haiwan. Hujah ini akan memakan kita yang menentang LGBT. Sebab tu lah saya cakap, persoalan homoseksualiti sebenarnya lebih kepada permasalahan falsafah dan permasalahan agama bukan permasalahan biologi.

Saya sendiri menolak perlakuan homoseksual di atas prinsip seorang Muslim sejati dan juga falsafah ‘pandora box’. Akhir kata, betulkan hujah kita sebelum berhadapan dengan golongan seperti ini kerana sesungguhnya hujah “haiwan pun tidak homoseksual” secara peribadi adalah memakan diri kita semula.

P/S: Ada sesetengah spesis cacing rata akan ‘berlawan pedang’ untuk mengawan (penis fencing). Mungkin tu kot asal usul ‘lawan pedang’.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.