Terkejut juga tengok senarai panjang Indonesia sekat syarikat-syarikat teknologi yang bukan main besar. Sekarang PayPal, Steam dan Yahoo tidak dibenarkan beroperasi di Indonesia. Mula nampak macam langkah tidak bijak, kerana sekatan pasti akan menyebabkan banyak pemain industri lari ke negara lain. Namun apabila tengok balik punca sekatan, baru nampak asbab dan faktor di sebalik tabir. Bukan tiga di atas saja – Wikipedia dan Patreon juga kena lanyak pentadbiran Indonesia.
Tindakan Indonesia sebenarnya berani. Jujur cakap, beraninya kerajaan Indonesia adalah kerana benar. Bukan macam apa yang kerajaan India buat demikian hari. Narendra Modi kena hentam teruk di Twitter. Kerajaan India pula mengugut mahu sumbat pekerja Twitter dalam penjara jika tidak turunkan ciapan-ciapan anti-Modi (Dent, 2021). Sembang berdengar – cepat koyak rupanya.
Indonesia pula membuat permintaan kecil saja. Semua negara ada peraturan dan undang-undang teknologi sendiri. Sekecil-kecil Singapura dan sebesar-besar Rusia. Peraturan ini adalah untuk menjaminkan keselamatan negara. Kerajaan Donald Trump sendiri pernah sembang mahu haramkan TikTok kononnya atas dasar keselamatan (Allyn, 2020). Kegagalan Trump patutnya mengajar semua syarikat pasal hal undang-undang – jangankan di Amerika Syarikat saja, luar negara pun samalah.
Peraturan Yang Sudah Lama Diasaskan
Isu berbangkit selepas kerajaan Indonesia meletakkan tarikh akhir (deadline). Semua syarikat wajib menghantar laporan pendaftaran sebelum tarikh berkenaan. Jadi senang kata, ibarat lambat hantar assignment, pasti fail jawabnya. Padahal tarikh deadline ini bukan baru diumumkan. Entah berapa kali dilanjutkan, kerana undang-undang yang memainkan peranan sudah diwartakan sejak tahun 2020 lagi. Peraturan MR5 namanya.
MR5 melabel semua syarikat teknologi dalam kategori “Pembekal Sistem Elektronik Swasta”. Kategori ini wajib memenuhi segala kriteria dituntut kerajaan supaya tidak dilihat sebagai ancaman awam. Mungkin ada yang sangka kerajaan Indonesia paranoid. Habis Amerika Syarikat ingin benamkan TikTok apa pula? Walaupun pemiliknya ByteDance, struktur TikTok berbeza dengan DouYin di China. Kalau takut China intip, habis Facebook dan Google apa cerita?
Ancaman pada pihak awam adalah kebimbangan berasas. Cuba fikir sejenak – kalau yakin bersih, kenapa syarikat teknologi takut mendaftar? Ada kelompangan dalam sistem keselamatan yang boleh dieksploitasi musuh? Indonesia buat masa ini tiada musuh negara. Namun musuh-musuh kecil seperti penggodam misalnya tentu sekali bersepah. Dan PayPal sebagai institusi kewangan pasti menjadi sasaran setiap masa. Jadi atas alasan apa PayPal enggan daftar? Itu persoalan yang berasas.
Maka selepas gagal berdaftar tepat pada masanya, Indonesia mengambil langkah terakhir – sekatan segera (urgent blocking). Perintah ini wajib dipatuhi pemain industri dalam tempoh empat jam sahaja (Bonifacic, 2022). Hanya PayPal diberi kelonggaran sementara, itupun supaya penduduk Indonesia boleh bergegas keluarkan duit. Dan seperti biasa, pihak Human Rights Watch bising menghentam kerajaan seperti berikut:
“MR5 adalah alat penapisan (censorship tool) yang menghumban bebanan tidak munasabah pada bahu perkhidmatan dan platform digital di Indonesia. Pendekatan ini mengundang risiko serius terhadap privasi, kebebasan bersuara dan akses maklumat pengguna internet Indonesia.”
Seperti yang boleh dibayangkan, ramai pengguna Indonesia bangkit menentang tindakan kerajaan dengan tanda pagar “BlokirKomInfo”. Namun pada dasarnya, syarikat-syarikat ini yang enggan berdaftar tepat pada masanya. Kalau betul kata Human Rights Watch, cuba bayangkan sekejap: Google, Meta dan Amazon sendiri bergegas macam beruk kena cucuh api di punggung untuk daftar sebelum deadline. Big Tech sendiri buat lewa malas cari jamban sampailah najis di hujung urat.
Sudahlah gagal, bising lebih katanya risiko serius bagai. Sebab kenyataan sebeginilah orang-orang Asia semakin menjauhi produk dan platform Barat.
Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF
RUJUKAN:
Allyn, B. (2020, Disember 7). U.S. Judge Halts Trump’s TikTok Ban, The 2nd Court To Fully Block The Action. NPR.
Bonifacic, I. (2022, Julai 30). Indonesia blocks Steam, PayPal and other services over missed regulatory deadline. EnGadget.
Dent, S. (2021, April 2). India’s government threatens to jail Twitter employees unless they block critics. EnGadget.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih