Umat Islam sudah biasa dengan kegiatan bersalam-salaman. Pertalian persaudaraan membuatkan setiap minggu sekurang-kurangnya ada saja unsur bersalaman walaupun tiada niat untuk sua kenal.

Misalnya semasa solat Jumaat, seramai tiga hingga lima orang akan bersalaman setelah menunaikan ibadah secara berjemaah.

Malah dalam perkahwinan pun begitu juga, dimana kadi akan bersalaman dengan pengantin lelaki untuk melengkapkan lafaz yang memulakan pengembaraan masa dibawah payungan rezeki dan fitrah.

Menjelang Ramadan ini, memang semua orang tahu fitrahnya berbeza. Yang mana telah lama menjadi kebiasaan kini tiada.

Bazar Ramadan dibatalkan di seluruh negara (Akmal, 2020). Malah kecelikan rakyat tentang situasi negara juga mengundang sebuah petisyen supaya pembatalan digegaskan (Veena, 2020).

Semasa Bazar Ramadan pun sudah jadi satu kebiasaan untuk peniaga dan pembeli bersalam-salaman. Malah dalam kalangan pembeli pula, masa itulah akan buat jejak kasih berpeluk-pelukan sampai sesak jadinya.

Tiba-tiba berpeluk pun ada, sampai berempuh. Itulah lambang ukhuwwah dalam kalangan masyarakat Melayu Islam ini.

Dalam setiap bulan puasa, institusi Islam akan mengamanahkan wakil-wakilnya supaya pungutan zakat fitrah boleh dibuat.

Semasa mengutip zakat pun ada yang bersalaman. Memandangkan salam-bersalaman itu satu perkara yang terpaksa dielakkan semasa membendung koronavirus, persoalannya apakah zakat fitrah masih akan dipungut?

Walau apa yang berlaku sekalipun, zakat fitrah mestilah dipungut. Ia merupakan sebahagian daripada kewajiban rukun ke atas semua orang tidak kira jantina, status atau usia terhadap harga gantangan bagi makanan ruji.

Sepertimana yang disebut Dr. Noor Hisham Abdullah iaitu “norma baharu”, itulah apa yang akan berlaku sekarang ini bagi kutipan zakat.

Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat telah menetapkan kaedah pengutipan zakat fitrah dalam talian untuk memudahkan pembayar menunaikan kewajiban dengan lebih pantas dengan selamat.

Mekanisme ini tidak akan menyisihkan golongan yang kurang pengetahuan/akses teknologi, kerana wakil-wakil kutipan zakat tetap ada cuma dikurangkan (Bernama, 2020).

Tetapi individu disahkan positif koronavirus (atau baru sembuh) perlu mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga.

Ini juga termasuk dengan golongan pes4kit dalam siasatan (PUI) dan individu dibawah pengawasan (PUS).

Situasi ini kalau dibayangkan boleh memberikan kesan terhadap ibu bapa yang sudah tua, terutamanya di kampung-kampung apatah lagi zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Maka anak-anak mesti mengambil cakna, walaupun sudah jadi kebiasaan yang ibu bapa bayarkan zakat fitrah.

Anak-anak perlu menelefon untuk memastikan rukun ini dipenuhi.

Dengan stres PKP serta kebarangkalian pendapatan terjejas apatah lagi sungutan hidup kerana terpaksa duduk rumah yang tidak sesuai dengan jiwa orang tertentu, mungkin zakat fitrah boleh terlepas pandang.

Jadi diulangi sekali lagi anak-anak wajib mengambil cakna demi keutamaan semua.

Berikut ialah pautan untuk pembayaran zakat mengikut negeri:

  • Perlis

Kadar Bayaran: RM7

Bayaran Atas Talian: Aplikasi SnapNPay

  • Kedah

Kadar Bayaran: RM5-RM21

Bayaran atas talian: https://jom.zakatkedah.com.my/ atau https://asnafcare.com.my/

  • Pulau Pinang

Kadar Bayaran: RM7-RM16

Bayaran Atas Talian: Aplikasi SnapNPay, jomPAY, FPX

  • Perak

Kadar Bayaran: RM7-RM21

Bayaran Atas Talian: www.maiawp.gov.my melalui FPX

  • Kelantan

Kadar Bayaran: RM7-RM21

Bayaran Atas Talian: https://zakat.e-maik.my/v8/index.php

  • Terengganu

Kadar Bayaran: RM7

Bayaran Atas Talian: http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-kami/online-payment

  • Selangor

Kadar Bayaran: RM7-RM21

Bayaran Atas Talian: https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-fitrah/

  • Pahang

Kadar Bayaran: RM7

Bayaran Atas Talian: https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah

  • Wilayah Persekutuan

Kadar Bayaran: RM5-RM7

Bayaran Atas Talian: https://www.zakat.com.my/

  1. Negeri Sembilan

Kadar Bayaran: RM7

Bayaran Atas Talian: www.zakatns2u.biz/ atau aplikasi ZakatN9

  1. Melaka

Kadar Bayaran: RM7-RM14

Bayaran Atas TAlian: izakat.com/

  1. Johor

Kadar Bayaran: RM7-RM10

Bayaran Atas Talian: https://fitrah.maij.gov.my/

  1. Sarawak

Kadar Bayaran: RM7

Bayaran Atas Talian: Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak/Maybank2U dan SnapNPay

  1. Sabah

Kadar Bayaran: RM6-RM7.50

Bayaran Atas Talian: Aplikasi SnapNPay

(Semua maklumat akan dikemaskinikan kerana ada yang masih tidak dapat dibuka lagi).

RUJUKAN:

Akmal, H. (2020, April 16). This year’s bazar Ramadan is officially canceled. The Rakyat Post. Retrieved from https://www.therakyatpost.com/2020/04/16/this-years-bazar-ramadan-is-officially-canceled/

Bernama. (2020, April 21). Normal baharu: Bayar zakat fitrah secara online – JAWHAR. Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/normal-baharu-bayar-zakat-fitrah-secara-online-jawhar-239321

Veena, B. (2020, April 2). Petition to cancel Ramadan bazaars gains traction. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/580532/petition-cancel-ramadan-bazaars-gains-traction


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.