Jika ditanya orang Malaysia tentang Leonardo, hanya dua nama yang terpacul: Leonardo DiCaprio dan Leonardo da Vinci. Mereka mengenali da Vinci sebagai pencipta beberapa mahakarya terkenal seperti Monalisa, The Last Supper dan Lady with an Ermine. Walaupun meninggal dunia pada 2 Mei 1519 tanpa meninggalkan sebarang waris, hakikatnya terdapat 14 waris lelaki da Vinci yang masih hidup selepas saintis meneliti sejarah keluarganya selama 690 tahun atau 21 generasi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dua orang sejarawan iaitu Profesor Alessandro Vezzosi dan Agnese Sabato menghabiskan selama 10 tahun meneliti rekod kekeluargaan da Vinci untuk menyusun jurai keturunan lelaki keluarga da Vinci. Mereka memulakan semakan dengan menggunakan moyang Leonardo, Michele (lahir pada 1331) merangkumi lima cabang keluarga termasuk keluarga yang melahirkan Leonardo (lahir pada 1452).

\Profesor Alessandro Vezzosi dan Agnese Sabato

Hasil kerja mereka berdua dijangka dapat membetulkan dan mengisi kekosongan tentang kajian keturunan da Vinci serta sebagai sumber rujukan kajian DNA Leonardo pada masa akan datang. 14 waris beliau yang hidup hari ini termasuk kanak-kanak, seorang pekerja pejabat, seorang artisan dan seorang penjual barang porselin. Bila kajian ini didedahkan kepada mereka, mereka merasa bangga kerana ada kaitan dengan polimath Itali Zaman Renaissance itu.

Kebanyakan waris da Vinci yang masih hidup tidak lagi tinggal di Vinci, kampung halaman Leonardo di Tuscan. Bagaimanapun, mereka menetap sekitar kawasan perbandaran Tuscan lain dari Montelupo Fiorentino ke Lastra a Signa dan Versilia. Mereka turut menggugurkan da pada nama keluarga mereka dan kini menggunakan nama Vinci sebagai nama keluarga.

Bagi Paulo Vinci, 85, berita bahawa dia merupakan salah seorang keturunan Leonardo sememangnya satu kejutan yang baik dan bangga dengan berita berkenaan. Sebelum ini, Paulo ada mendengar khabar angin kaitan keluarganya dengan polimath Itali itu tetapi ia berakhir di situ tanpa sebarang kajian. Dia hanya mengetahui kaitannya dengan Leonardo selepas melihat pembentangan yang dibuat Prof Vezzosi dan Sabato. Paulo menambah kisah ini akan diteruskan oleh dua anak lelaki dan empat cucunya.

Lukisan Monalisa yang dilukis oleh Da Vinci.

Geovanni Vinci, 62, pula bekerja sebagai artisan tetapi merasakan dirinya dan Leonardo ibarat langit dengan bumi. Ini kerana walaupun kedua-duanya merupakan artisan, Geovanni melihat dirinya lebih kepada seorang juruteknik. Begitupun, dia berharap Leonardo merasa bangga dengan karya-karya yang dihasilkannya.

Jurai keturunannya berasal dari abang Leonardo, Domenico yang memilih tinggal di kawasan pedalaman Tuscan dan terlibat dengan aktiviti pertanian. Tambah Geovanni, perihal Domenico hampir sama dengan bapanya, Otello yang sukakan kehidupan sederhana dan kerjayanya sebagai pembuat kaca.

Lukisan ini barangkali melukiskan wajah sebenar Da Vinci.

Kajian yang dibuat Prof Vezzosi dan Sabato merupakan penambahbaikan daripada kajian sama yang dibuat pada 2016. Dalam kajian tersebut yang memfokuskan satu cabang keluarga da Vinci, dua keturunan lelaki dan ramai individu yang berpangkat saudara secara tidak langsung dengan keluarga berkenaan. Mereka termasuk seorang anggota polis, seorang chef pastri dan seorang akauntan.

Salah seorang individu yang mempunyai kaitan tidak langsung dengan Leonardo ialah pengarah filem Itali Franco Zeffirelli. Zeffirelli terkenal dengan filem Romeo and Juliet (1968), Hamlet (1990) yang menampilkan Mel Gibson dan Jane Eyre (1996). Pengarah filem yang pernah memenangi kategori filem asing BAFTA itu meninggal dunia di Rome pada Jun 2019 semasa berusia 96 tahun.

Franco Zeffirelli

Kerja yang dibuat Prof Vezzosi dan Sabato dibuat seiring dengan projek penyelidikan antarabangsa DNA Leonardo da Vinci. Projek ini bertujuan membina semula DNA beliau sekaligus membolehkan mereka menyingkap pelbagai rahsia tentang pencipta The Vitruvian Man itu. Ini termasuk kebijaksanaannya sebagai polimath, keupayaan fizikal dan kecenderungannya sebagai seorang yang kidal.

Kajian ini memberi fokus kepada kromosom Y yang diturunkan dari satu keturunan lelaki kepada keturunan lelaki lain. Para saintis percaya kromosom Y tidak akan berubah sekurang-kurangnya untuk 25 generasi. Dengan memberi fokus kepada ini, ini membolehkan mereka membina data genetik yang mengesahkan kromosom Y Leonardo.

Selain membantu mengenalpasti jurai keturunan menerusi analisis DNA yang diambil dari kubur-kubur lama, ia turut membantu menyediakan data perbandingan DNA. Data ini boleh digunakan bagi mengesahkan mana-mana karya seni yang dikatakan dihasilkan oleh Leonardo atau sebaliknya.

RUJUKAN:

Randall, Ian. (2021). Leonardo da Vinci’s family tree: Historians trace the Italian polymath’s descendants across 690 years and 21 generations – and find 14 living male relations. Daily Mail. Diambil dari


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.