Russia telah membentuk komuniti terbesar orang Slavik hari ini. Walaupun masing-masing bertutur dalam bahasa yang berbeza, orang Ukraine dan Belarus contohnya turut berasal dari etnik Slav yang sama.
Sama seperti perkataan Mamluk, perkataan ‘Slav’ juga merupakan asal usul ‘hamba’ dalam bahasa Inggeris (Slave), dan kumpulan etnik yang berasal dari kawasan hutan dan paya Dnieper di Timur Laut Ukraine ini pernah menjadi hamba kepada suku nomad Hun.
Kemudian, mereka meninggalkan tanah asal mereka, belajar mendayung, menunggang kuda serta cara menggunakan senjata. Mereka bergabung dengan suku-suku Latin, Jermanik dan tidak asing lagi suku-suku Turk dan Mongol.
Para pelaut dari suku Jerman-Goth yang dikenali sebagai kaum Rus’ datang ke negeri-negeri di Rusia sekarang dari Sweden dan memerintah wilayah-wilayah tersebut atas jemputan orang tempatan.
ERA IMPERIALIS
Dinasti Rurik Rusia memaksa orang-orang Slavik yang tinggal di negeri-negeri tinggalan Empayar Khazar yang telah runtuh itu untuk menyesuaikan pentadbiran wilayah mereka dengan kuasa hegemoni berpusat yang baru.
Tiga buah kerajaan Keputeraan – Kiev, Novgorod dan Moscow – yang ditubuhkan oleh dinasti itu menjadi naungan untuk Empayar Golden Horde, sebuah kerajaan campuran Turki dan Mongol.
Memandangkan mereka merupakan negara yang paling primitif di Eropah, masyarakat mereka tidak kehilangan budaya warisan mereka dari Russia, bahkan terus mengukuhkannya, walaupun sedang dipengaruhi oleh budaya Tatar.
Pada tahun 988, Putera Vladimir dan orang-orangnya memeluk agama Kristian dan sebuah negara yang terbentuk berdasarkan pengaruh model bangsa Slavik, Mogul dan Orthodoks mula muncul.
Inilah sebabnya mengapa orang Rusia menyebut diri mereka sebagai ‘bukan barat atau timur, tetapi paling utara.’ Dari negara ini mereka mengangkat tokoh penting seperti Tchaikovsky dan Tolstoy.
PERTEMBUNGAN KUASA DENGAN TURKI
Ketika Tamerlane menggulingkan Empayar Golden Horde, Russia mengambil alih beberapa kerajaan khanate kecil yang didirikan selepas itu dan terbentang luas ke Sungai Volga hingga ke Laut Caspia.
Namun kerajaan Crimean Khanate berjaya melepaskan diri dengan berlindung di bawah sayap Empayar Uthmaniyyah, orang-orang Turki menerima mereka dengan mudah memandangkan mereka didakwa memiliki darah keturunan Genghis Khan.
Walau bagaimanapun, pada waktu itu Moscow terpaksa tunduk kepada Empayar Uthmaniyyah melalui Crimean Khanate. Ketika kutipan cukai ditangguhkan, penceroboh Crimea mula menduduki Moscow. Pada zaman Tsar Ivan The Terrible, mereka bahkan menyer*ng dan menj*rah wilayah Kremlin, menyebabkan Tsar melarikan diri dalam ketakutan.
Sebagai raja pertama yang dinobatkan sebagai ‘tsar,’ Ivan the Terrible (1533-1584) menganggap dirinya pewaris kerajaan Byzantium, kerana neneknya Zoe adalah anak saudara kepada Maharaja Byzantium yang terakhir, ini menjelaskan tentang simbol Helang Byzantine yang berada pada emblem negara Russia.
Patriak Moscow juga mendakwa dirinya sebagai pemimpin untuk semua penganut Ortodoks walaupun patriak sebenar secara rasminya berada di Istanbul. Pada tahun-tahun tersebut, ramai bangsawan suku Turkik dibaptis akibat diancam dan diugut dengan kekasaran. Antaranya ialah novelis Nikolai Gogol dan Ivan Turgenev, komposer Nikolai Rimsky-Korsakov dan Sergei Rachmaninoff dan Jeneral Mihail Kutuzov, panglima yang mengalahkan Napoleon dan Felix Yusufov, saudara ipar tsar yang terakhir.
Oleh kerana Lautan Artik adalah mustahil untuk dilalui, Russia perlu mencari jalan alternatif untuk mencapai Lautan Baltik dan Laut Hitam. Untuk menjayakannya, adalah satu keperluan untuk menundukkan Sweden dan mengalahkan Empayar Uthmaniyyah serta Poland, yang menjadi titik kelemahan dalam halangan dalam melepasi laluan ke Eropah. Strategi ini menjadi polisi utama Russia pada masa akan datang.
Lahir dari dari Dinasti Romanov, Peter the Great, yang digelar ‘Deli Petro’ (Crazy Peter) di kalangan orang-orang Turki, adalah maharaja terhebat Russia. Dia seorang yang berambisi tinggi, tegas dan berani. Dia menubuhkan pusat pemerintahan dan mengumpul kekuatan yang mencukupi untuk mengatasi Poland, Sweden dan Uthmaniyyah.
Secara diam-diam dia pernah pergi ke galangan kapal di Belanda bagi mempelajari cara-cara membina kapal. Para tsar dan tsarina dari keturunannya mengikuti jejak langkahnya dan terus meluaskan tanah jajahan mereka.
Pada tahun 1709, Russia mengalahkan Sweden dan berjaya tiba ke Laut Baltik. Pada tahun 1770, tentera Russia juga mengalahkan angkatan tentera Uthmaniyyah dan sampai ke Laut Hitam. Russia menyer*ng Poland berkali-kali dan merampas Siberia, memperluaskan sempadannya ke Pasifik.
Pada akhir 1700-an, Russia menjadi salah satu kuasa yang terkuat di dunia. Bayangkan, Empayar Uthmaniyyah yang digeruni itu sahaja telah melancarkan per*ng terhadap Russia sebanyak tujuh kali. Empayar Uthmaniyyah menang dalam dua peper*ngan-peper*ngan ini, sementara Russia memperoleh lima kemenangan, itu pun pihak Russia baru hendak pulih sebelum Kerajaan Uthmaniyyah memperoleh kemenangan pertama di Pruth pada tahun 1711.
PER*NG RUSSO-OTTOMAN
Semasa Per*ng Russo-Ottoman tahun 1854, Uthmaniyyah menempa kejayaan sekali lagi, itu pun kerana bangsa Turki disokong oleh Britain, Perancis dan Itali. Lima per*ng Russo-Ottoman yang lain dalam sejarah mengakibatkan bala kekalahan kepada Uthmaniyyah kerana populasi penduduk dan sumber alam semulajadi Russia yang lebih besar serta moral tentera nya yang tinggi.
Selain dari kehilangan banyak wilayah-wilayah Muslim, per*ng-per*ng ini menyebabkan kemerosotan ekonomi. Bangsa Turki kehilangan Crimea pada tahun 1771 dan Caucasus pada tahun 1828.
Russia memainkan peranan sebagai pelindung terhadap komuniti Orthodoks di dalam Empayar Uthmaniyyah. Mereka juga memainkan peranan penting dalam kemerdekaan negara-negara Balkan dari kuasa Turki. Kemenangan Uthmaniyyah dalam Per*ng Crimea 1854, yang sebenarnya berpunca dari hasutan oleh Inggeris adalah lebih banyak merugikan daripada memberi kebaikan kepada orang Turki.
Inggeris mengambil kesempatan di atas keputusan per*ng yang dimanipulasi menjadi keuntungan bagi mereka, Inggeris bertindak menyer*ng India manakala Russia menduduki Caucasus. Disaat pemerintah Uthmaniyyah gagal untuk melunaskan hutang luar negara, kerajaan sebenarnya telah membiayai per*ng untuk pertama kalinya dalam sejarah mereka hingga Uthmaniyyah mula menuju ke arah muflis.
Sultan Abdülaziz dan Wazir Agung, Nedim Pasha, yang digelar ‘Nedimof’ di kalangan orang ramai, menyokong jalinan hubungan damai dengan Kremlin. Namun selepas itu, Russia berjaya mara ke pantai Yeşilköy (San Stefano) Istanbul setelah Per*ng Russo-Ottoman tahun 1877-1878 dan Kerajaan Uthmaniyyah terheret ke kancah per*ng akibat tindakan Mithat Pasha dan rakan-rakannya dari kumpulan Turki Muda.
Akhirnya Uthmaniyyah kehilangan Serbia, Montenegro, Romania, Bosnia, Bulgaria dan kota Kars hari ini. Russia mendirikan monumen di Yeşilköy untuk meraikan kemenangan mereka. Lebih-lebih lagi, mereka turut menyer*ng dan menceroboh seluruh wilayah Turkistan, sekaligus menambahkan jumlah kemenangan mereka.
HUBUNGAN PADA ERA MODEN
Walaupun Inggeris telah menjanjikan pertolongan untuk Empayar Uthmaniyyah, bantuan dari British tidak pernah kunjung tiba. Selain itu, mereka secara diam-diam memprovokasi hasutan per*ng yang akhirnya menyebabkan Inggeris menduduki Mesir, Cyprus dan Aden.
Britain, yang tidak mahu Rusia menjadi lebih kuat, menyokong Uthmaniyyah dalam Perjanjian Berlin yang menandakan berakhirnya Per*ng Russo-Ottoman tahun 1877-1878.
Semasa pemerintahannya selama 30 tahun, Sultan Abdülhamid II menangani Britain dan Russia dengan amat berhati-hati. Dia tidak membenarkan sebarang penerbitan artikel menentang Rusia, serta mengharamkan perkataan seperti ‘Moskof’ dan ‘Rus Ayısı’ (Beruang Rusia) di mana-mana halaman akhbar.
Ketika tsar pergi bercuti ke pondok musim panasnya di Crimea, Sultan Abdulhamid II bertindak sebagai khalifah umat Islam sentiasa mengirim delegasi dari Istanbul untuk menyambut tsar pada setiap tahun.
Sultan Abdülhamid berkata, “Tidak perlu takut kepada Russia; cukuplah untuk menghormati tsar kerana orang-orang Russia melihatnya sebagai penguasa dan dewa. Walau bagaimanapun, orang Britain berbeza; mereka hanya mementingkan kepentingan mereka sendiri.”
Ketika kapal-kapal Jerman yang membawa bendera Uthmaniyyah membedil pelabuhan Russia atas perintah Enver Pasha, bahkan tanpa diketahui oleh pemerintah tertinggi pada tahun 1914, ia mengakibatkan satu bencana terbesar dan terakhir dalam sejarah Turki-Islam berlaku.
Empayar Turki Uthmaniyyah dikalahkan dalam per*ng yang berlangsung selama empat tahun. Tamparan yang paling teruk datang dari ser*ngan Russia, namun, setelah revolusi 1917, Russia menarik diri dari per*ng dan para pendukung tsar yang digulingkan dalam revolusi iaitu Tentera Putih, berlindung di Istanbul beramai-ramai.
Rejim komunis yang baru menyokong pemerintah baru Republik Turki di Ankara. Hubungan kedua-dua kerajaan sentiasa baik semasa awal era Republikan. Selepas tahun 1945, Turki ingin mengambil langkah yang lebih jauh, Turki mendekati Russia untuk menarik perhatian Amerika Syarikat.
Melalui strategi ini, Turki mendesak Amerika untuk membuat konsesi. Namun, kadang-kala, kelicikan Turki seperti dalam kes bekas Perdana Menteri Adnan Menderes dan Süleyman Demirel, berjaya dibongkarkan. Hubungan yang nampak erat antara ahli politik dan tindakan Russia yang mengganggu Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu penyebab rampasan kuasa tentera.
Russia menebus kekalahan dalam Per*ng Dunia Pertama pada zaman Per*ng Dunia II dengan menumpukan fokus kepentingan mereka ke Timur Tengah, didorong oleh matlamat untuk menguasai Laut Mediterranean.
Selain Eropah Timur, Afrika dan Timur Jauh, Algeria, Tunisia, Libya, Mesir, Somalia, Yemen, Syria dan Iraq turut bertidak seolah-olah mereka adalah negara satelit Russia. Selepas 1979, Iran berpihak kepada Russia. Akhirnya apabila rejim komunis Soviet runtuh pada tahun 1990, kerapuhan ekonomi Russia mula difahami dan diperbaiki dari masa ke semasa hingga ke saat ini.
Persaingan antara Russia dan Empayar Uthmaniyyah telah mengheret kedua-dua belah pihak dalam beberapa siri peper*ngan, yang paling ketara telah berlaku antara tahun 1877 dan 1878. Kebangkitan semangat nasionalisme di Balkan adalah punca utama di sebalik Per*ng Russo-Ottoman, per*ng yang membawa banyak perubahan kepada politik dan ekonomi.
RUJUKAN:
Russo-Turkish W*rs : https://www.infoplease.com/encyclopedia/history/asia-africa/turk-ottoman/russoturkish-wars
How The Rivalry Between Russians and Turks Shaped The World : https://www.google.com/amp/s/www.washingtonpost.com/news/worldviews/wp/2015/10/09/how-the-rivalry-between-russians-and-turks-shaped-the-world/%3foutputType=amp
How Did Crimea Become Part Of Russia : https://www.rbth.com/history/331286-how-did-crimea-become-part-of-russia-1783/amp
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih