Sukan renang merupakan salah satu sukan utama yang wajib ada di setiap kejohanan besar yang dipertandingan. Walaupun sukan ini kadang kala hanya mendapat sambutan suam suam kuku oleh peminat namun renang mendapat perhatian yang tinggi di pihak pengurusan. Kenapa? Kerana renang menawarkan jumlah pingat yang sangat banyak. Untuk kejohanan besar seperti Sukan Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di Tokyo, Jepun, sukan ini menawarkan sejumlah 35 pingat bagi kedua-dua kategori.

Jika mana mana negara yang menyasarkan diri mereka untuk menjadi johan keseluruhan bagi sesebuah kejohanan, maka mereka memandang sukan renang sebagai sebuah perkara yang sangat serius. Mereka bakal menyuntik dana yang sangat besar kepada pembangunan sukan ini di negara mereka.

Secara  logiknya, kenapa perlu memberikan dana yang besar kepada sukan yang akan hanya memberikan satu pingat. Lebih baik mereka memberikan fokus kepada sukan yang mampu memperbaiki kedudukan negara  tersebut di dalam carta pungutan pingat. Bukan menafikan peranan sukan lain, tetapi penulis ingat membuka mata segelintir pihak yang terlalu meromantis dan menyanjung satu satu sukan tersebut.

Seperti yang semua sedia maklum, sukan ini banyak memberikan kelebihan kepada para pengamalnya. Sukan ini memerlukan seseorang itu menguasai setiap teknik dengan baik agar mereka dapat bergerak dengan lebih pantas. Jika seseorang itu menggunakan teknik yang salah ketika berenang, mereka tetap akan bergerak tetapi dengan kadar yang sangat perlahan serta menggunakan tenaga yang banyak. Perkara ini seterusnya akan membuatkan mereka berasa letih walaupun baru sahaja berenang.

Tidak lupa juga, berenang mampu memberikan kesihatan tubuh badan kepada seseorang tersebut. Bagaimana ia boleh berlaku? Kajian menunjukkan bahawa setiap perenang akan menggunakan otot otot major di tubuh mereka. Sukan renang juga merupakan sebuah sukan yang mempunyai risiko yang sangat rendah untuk cedera serta mampu membakar kalori yang terdapat di badan perenang tersebut. Sukan ini amat sesuai buat semua lapisan masyarakat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan berenang, pembaca boleh mendapatkannya di artikel yang pernah ditulis sebelum ini iaitu ‘Mengapa Kita Kena Belajar Berenang’.

Aktiviti berenang telah lama digunakan semenjak manusia pada zaman dahulu lagi. Mereka menggunakannya untuk menyeberangi sungai serta tasik. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan lukisan manusia berenang pada dinding gua di Mesir. Renang juga terdapat di dalam mitologi masyarakat Greek dahulu.

Sebelum pergi dengan lebih mendalam, penulis merasakan bahawa pembaca perlu mengenali gaya gaya yang terdapat di dalam sukan ini. Secara asasnya, sukan ini mempunyai 4 gaya yang boleh dipertandingan iaitu:

  1. Gaya Bebas (Freestyle)
  2. Kuak Lentang (Backstroke)
  3. Kuak Dada (Breaststroke)
  4. Kuak Kupu Kupu (Butterfly stroke)

Berbalik kembali kepada sejarah sukan ini, ia bermula pada awal abad ke 19 apabila pihak National Swimming Society of Great Britain telah menganjurkan sebuah pertandingan renang. Pertandingan pertama tersebut telah dilaksanakan pada tahun 1837 di sebuah kolam di Kota London. Disebabkan pertandingan tersebut, sukan ini mula meraih populariti serta peminat yang sangat ramai secara mendadak sehingga memacu kepada penubuhan sebuah kolam tertutup yang pertama di dunia pada tahun 1862.

Disebabkan sambutan yang amat mengalakkan terhadap sukan renang ini, sebuah orgnanisasi lain iaitu Ammateur Swimming Association of Great Britain telah ditubuhkan. Organisasi ini telah dianggotai oleh kira kira 300 persatuan renang. Sungguh hebat penangan sukan renang terhadap masyarakat London ketika itu. Dengan penyertaan persatuan persatuan tersebut, lebih banyak pertandingan telah dianjurkan serta lebih banyak kolam telah dibuka di sekitar England. Sebelum terlupa, pada era ini hanya kuak dada sahaja yang dipertandingkan dan dipelajari oleh masyarakat ketika itu.

Dengan penyertaan yang amat mengalakkan terhadap sukan renang, ia seterusnya diiktiraf dan disenaraikan sebagai salah sebuah sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik. Sukan renang disenaraikan bermula dari tahun 1896 dan tidak pernah disingkirkan sehinggalah edisi Sukan Olimpik yang bakal berlangsung pada tahun 2020 ini.

Pada tahun 1896, ia tidak dipertandingkan di dalam kolam tetapi dilaksanakan di Lautan Mediterranean. Perenang akan diisytiharkan sebagai pemenang apabila mereka berjaya sampai ke pesisiran pantai. Pada tahun tersebut, perenang dari Hungary iaitu Alfred Hajos telah berjaya mencipta sejarah memenangi pertandingan tersebut.

Pada edisi selepas itu yang bertempat di Paris, Perancis pada tahun 1900, sukan renang sekali lagi dilaksanakan di tempat terbuka. Tetapi kali ini penganjur memilih untuk melaksanakannya di sungai. River Siene telah dipilih untuk menjadi tempat pertandingan. Pada kali ini, perenang sekali lagi perlu berdepan dengan masalah yang tidak dapat diatasi iaitu arus yang terdapat pada sungai tersebut. Mereka memerlukan skil serta kekuatan yang secukupnya untuk menghabiskan acara mereka.

Tidak cukup dengan dua edisi sebelum ini, sukan renang sekali lagi mengubah tempat pertandingan. Kali ini penganjur iaitu USA telah memilih tasik sebagai lokasi pertandingan. Mereka telah memilih tasik di St. Louis, USA sebagai tempat rasmi yang telah menjadi saksi perenang perenang di dunia pada ketika itu bertanding. Sebelum terlupa, USA merupakan penganjur Sukan Olimpik pada tahun 1904.

Setelah tiga edisi Sukan Olimpik yang menggunakan tempat yang berbeza untuk melaksanakan pertandingan renang (1896: laut),(1900: sungai) dan (1904: tasik), pihak penganjur telah bersetuju untuk melaksanakannya di tempat tertutup iaitu kolam. Sukan Olimpik London 1908 akhirnya menjadi titik tolak kepada penggunaan kolam renang seperti yang ada pada hari ini. Kolam ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan kolam yang diiktiraf sebagai bersaiz olimpik kerana pada ketika itu, kolam tersebut mempunyai panjang sekitar 100m. Ia bersamaan dengan 2 kolam bersaiz olimpik pada hari ini.

Pada tahun 1908, hanya 3 gaya yang dipertandingkan. Untuk pengetahuan pembaca, setiap gaya tersebut akan mempunyai acara yang pelbagai mengikut jarak yang dipertandingkan. 1956, secara rasminya melengkapkan 4 gaya renang yang kekal wujud sehingga ke hari ini dengan menambah Kuak Kupu Kupu. Sukan renang ini juga hanya di pertandingkan untuk kaum lelaki pada awalnya sehingga Sukan Olimpik Stockholm 1912. Sukan Olimpik edisi tersebut telah mencipta sejarah dengan penyertaan daripada golongan wanita.

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan sukan renang dunia, pastinya mereka akan cakna dengan penguasaan USA dalam sukan ini. Tetapi tahukah anda bahawa USA tidak menghantar wakil perenang wanita mereka pada edisi 1912. Perkara ini kerana, negara mereka melarang atlet wanita mereka bertanding atas faktor pakaian. Mereka mewajibkan atlet wanita yang ingin mewakili USA untuk memakai skirt panjang ketika menyertai mana mana acara. Wanita pertama yang telah mencipta sejarah dengan memenangi acara 100m gaya bebas di dalam sukan renang ini merupakan seorang yang berwarganegara Australia iaitu Sarah ‘Fanny’ Durack.

Semenjak dari Sukan Olimpik 1912 itulah, sukan renang telah menjadi antara sukan yang akan diberikan perhatian oleh setiap negara anggota yang menyertai olimpik. Sukan renang ini kekal utuh sehingga ke hari ini dan hanya mengalami sedikit perubahan di dalam peraturannya. Perenang yang bercita cita untuk bermain di Sukan Olimpik pada hari ini perlu melepasi masa yang telah ditetapkan oleh badan yang berautoriti iaitu FINA. Perkara ini bagi menjadikan Sukan Olimpik sebagai tempat yang ekskulsif dan hanya boleh disertai oleh perenang yang benar benar layak. Begitulah bagaimana wujudnya sukan renang seperti yang kita lihat pada harini.

RUJUKAN:

  1. Swimming at the Olympics.
    https://www.topendsports.com/events/summer/sports/swimming.htm
  2. Does Swimming Work Every Muscle, William McCoy, Retrieved: https://livehealthy.chron.com/swimming-work-muscle-3713.html
  3. The History of Swimming – From Ancient Times to Modern Olympic Games, Retrieved: https://www.singaporeswimming.com/2011/07/the-history-of-swimming-from-ancient-times-to-modern-olympic-games/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Jangan hirau warna bendera, Kerana itu penyebab huru hara, Jangan kisah pengikut siapa, Asalkan dia pembela bangsa. Hairul Faizi bin Hairulnizam merupakan seorang anak muda yang berusia 19 tahun. Meminati bidang penulisan yang berkaitan dengan fakta dan sejarah. Berpegang teguh kepada semangat berilmu untuk berjasa digarapkan sekali dengan misi untuk mendidik bangsa. Bercita cita untuk membawa aura penulisan yang lebih menarik untuk menambat hati anak muda . Di barisan hadapan sebagai pembela, Ilmu di dada menabur jasa, Semakin memuncak cita-cita, Semakin tunduk pada yang Esa.

Comments are closed.