Saya pasti ramai yang akan terbayang bola sepak apabila perkataan sukan bola disebut. Bola merupakan sejenis alat yang banyak digunakan dalam permainan atau sukan. Banyak sukan yang boleh dikaitkan dengan bola ini. Antaranya pastilah bola sepak, bola keranjang, bola tampar dan sebagainya. Namun, sukan yang saya hendak ceritakan ini menggunakan bola dengan bukanlah cara yang baru tetapi mempunyai keunikan yang tersendiri. Bola Baling atau Handball namanya.

Cara memainkannya agak unik kerana sukan ini merupakan gabungan antara bola jaring, bola sepak dan bola keranjang. Oleh itu, ia memerlukan 7 orang dalam satu pasukan termasuk penjaga gol. Jika bola sepak bermain menggunakan kaki, sukan ini bermain menggunakan tangan dengan sebarang hantaran atau jaringan dibuat menggunakan tangan melalui balingan.

Sejarah bola baling dapat dikesan seawal zaman rom purba. Ketika itu, kaum wanita yang dikesan bermain versi bola baling dipanggil sebagai expulsim ludere. Manakala, kaum lelaki lebih gemar bermain bola yang dikenali sebagai Hapastum iaitu sukan yang rabgi. Terdapat juga rekod yang mengatakan bahawa Alexander The Great yang mempopularkan permainan ini.

Selain itu, bola baling turut dimainkan pada zaman Mersi Purba. Hal ini apabila lukisan yang menggambarkan orang seakan-akan bermain permainan seperti bola baling ditemui di Saqqara, Memphis.

Sukan ini juga popular ketika zaman pertengahan Perancis dengan dimainkan oleh semua golongan masyarakat ketika itu tidak kira darjat. Tidak seperti permainan polo yang hanya boleh dimainkan oleh golongan bangsawan. Dikenali sebagai Jeux de Paume (Palm play).

Pada abad ke-19, bola baling mempunyai kedudukan yang kukuh kepada masyarakat di Denmark, Jerman, dan Ukraine. Sehinggalah pada akhir abad ke-19, bola baling akhirnya melalui zaman pemodenan apabila mula dimainkan dengan serius di Jerman dan Scandivania. Holger Nielsen, seorang ahli sukan dikatakan telah menulis peraturan yang pertama bagi bola baling.

Peraturan ini kemudiannya di tambah baik oleh Mark Heiser, karl Schelenz dan Erich konigh pada 1917. Akhir sekali, peraturan ini disempurna oleh Karl Schelenz yang digelar sebagai “Bapa Bola Baling Moden”. Peraturan ini akhirnya diguna pakai secara rasmi pada 1925 di perlawanan antarabangsa lelaki antara Belgium dan Jerman, dan pada perlawanan antarabangsa wanita antara Jerman dan Austria pada 1930.

RUJUKAN:

  1. All You Want to Know About Handball, from:- https://sportycious.com/want-know-handball-91339
  2. Handball equipment and history, from:- https://www.olympic.org/handball-equipment-and-history
  3. The Anient Origins of Handball and Its Popularity in Modern France, from:- https://theculturetrip.com/europe/france/articles/the-ancient-origins-of-handball-and-its-popularity-in-modern-france/
  4. Handball One Oldest Known Games Played Ball, from:- https://www.thevintagenews.com/2017/04/24/handball-one-oldest-known-games-played-ball/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Sufi Imran Bin Arrizal. Seorang mahasiswa di Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Perhubungan Antarabangsa dan Strategik. Seorang yang suka membaca dan cintakan ilmu. Suka berfalsafah di kala kesunyian. Mempunyai tabiat berangan di siang hari dan berfikir benda yang berat di malam hari sehinggalah susah hendak tidur.

Comments are closed.