Bangsa Eropah masih mengamalkan sistem kesatria, cuma jauh berbeza untuk dibandingkan dengan tatacara dulu. Cuba tengok dalam sistem Empayar British (masih berjalan sampai hari ini).

Titah perkenan daripada Ratu Elizabeth II boleh mengangkat darjat seorang rakyat dibawah naungan baginda (tidak kira England, Scotland, Canada dsb.). Ada lima darjat disediakan untuk rakyat baginda:

  1. Knight (atau Dame) Grand Cross (GBE) – Sir Craig Reedie
  2. Knight (atau Dame) Commander (KBE/DBE) – Helen Mirren
  3. Commander (CBE) – Sir Alex Ferguson
  4. Officer (OBE) – J.K. Rowling
  5. Member (MBE) – Steve Gerrard

Pendarjatan ini juga terbuka kepada rakyat negara lain, seperti Arsene Wenger (OBE) dan Steven Spielberg (KBE).

Katanya dia keluar, Arsenal akan okey. Katanyalah….

Cuba tengok balik nama-nama ini. Berapa ramai benar-benar pernah mengangkat seηjαtα untuk berperαηg pada jalan monarki United Kingdom?

Jawapan paling mudah: seorang (Steven Spielberg tetapi dalam dunia lakonan di sebalik tabir). Kalau zaman dulu, sebahagian besar (entahnya semua) pemegang kesatria ini pernah menghidu bau dαrαh di medan peperαηgαη.

Sistem kesatria ini berasal daripada pengaruh Rom yang diilhamkan Tamadun Yunani. Budaya Yunani terdahulu mengasaskan hippeis dan hoplite, dua unit peperαηgαη yang sangat penting dalam pertahanan negara-bandar (city-state).

Hippeis (berkuda)
Hoplite

Apabila diambil pihak Rom, datang pula unit eques dan centurion. Selepas kejatuhan dua pengaruh ini, budaya-budaya pelapis seperti Visigoth misalnya membuat sistem tersendiri.

Dan masing-masing menempuhi zaman feudal yang sukar. Raja pula pada masa ini bagaikan pemimpin demokrasi.

Untuk kekal sebagai raja, ramai bangsawan perlu disuap. Untuk meramaikan bangsawan, banyak tanah perlu diterokai dan dianugerahkan kepada orang tertentu.

Anugerah knighthood pada dasarnya diserahkan pada pahlawan berkuda dalam tangga kebangsawanan paling rendah (Pedlow, 2014).

Dengan erti kata lain, jasa yang kecil boleh mendapat darjat kesatria. Lama-kelamaan, sistem kesatria ini dikukuhkan dengan semangat kesatriaan (chivalric spirit) dan tingkah laku elok. Semua empayar menggunakannya sebagai ganjaran.

Dan perubahan ini adalah kerana pengaruh agama juga, yakni Kristian kerana pihak kepausan (papacy) mahu hanya individu terbaik sahaja.

Misalnya, untuk menggerakkan jentera perαηg ke Timur Tengah, pihak Paus Urban II tidak membenarkan individu berpasikan duniawi. Ada raja yang selamba ditepis beliau, hanya pilih pahlawan bersih sahaja seperti Baldwin, Bohemond dan Godfrey.

Di sini jelas. Bukan raja saja boleh mengurniakan anugerah ini. Seorang paus pun boleh. Institusi Katolik mewujudkan Order of the Blessed Virgin Mary yang menerima izin Paus Alexander IV pada tahun 1261 (Jagoe, 2013).

Ketika semangat peperαηgan Sαlib membαrα, anugerah kesatria daripada paus adalah segala-galanya untuk anak-anak bangsawan.

Kerelevanan sistem kesatria mula terjejas apabila teknologi peperαηgan mula beralih. Apabila anggota perαηg tidak lagi perlu mengenakan zirah besi, maka fungsi anugerah ini mula bertukar.

Ia lebih menjadi sebahagian daripada kebudayaan, sebagai tanda ganjaran pada golongan tertentu yang berjasa pada negara. Hari ini, banyak “institusi berganjaran” diasaskan dengan menggunakan piagam kesatria.

Malah Amerika Syarikat yang tiada kaitan langsung dengan monarki Eropah turut mengasaskan sistem tersendiri, iaitu Pingat.

Sistem pingat pun berjenis-jenis: Presidential dan Congressional misalnya.

Darjat pingat berpresiden tertinggi adalah Presidential Medal of Freedom with Distinction (pemegang terkini: Joe Biden).

Manakala Congressional Gold Medal (pemegang terkini: Greg LeMond) dikurniakan dengan persetujuan daripada Kongres Amerika Syarikat.

RUJUKAN:

Jagoe, A. (2013). A Layman’s Chronology of Mary. iUniverse. Halaman 50.

Pedlow, G.W. (2014). The Survival of Hessian Nobility, 1770-1870. Princeton University Press. Halaman 18.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.