Sejak empayar Turki Uthmaniyah meluas dari Anatolia ke Eropah, bala tentera Eropah Kristian amat berusaha untuk menghentikan kemaraan tentera Uthmaniyah yang sukar dikawal. Apa yang jadikan empayar Islam ini mampu menggugat kekuatan tentera Eropah ialah wujudnya pasukan tentera elit bernama Janissari.

Janissari ditubuhkan pada tahun 1326 semasa pemerintahan sultan Orhan Bey. Pada awalnya pasukan ini merupakan pengawal peribadi pilihan sultan yang sangat setia. Tapi kemahiran tentera ini seperti ketangkasan, strategi perang mereka jauh lebih hebat dari tentera biasa.

Kehebatan tentera Janissari ini terbukti dalam peperangan melawan tentera Eropah seperti Pertempuran Kosovo (1389), Nikopolis (1396) dan Konstantinopel (1453). Kekuatan dan semangat juang Janissari yang berjihad menegakkan dunia Islam begitu menggerunkan sehingga apabila seorang tentera Eropah melihat tentera serban putih, bulunya tiba-tiba meremang dan datang keraguan untuk melawan tentera elit Uthmaniyah ini.

Tapi muncul kesilapan yang sultan lakukan sehingga tentera Janissari ini ‘naik kepala’ melawan sultan mereka sendiri, iaitu memasuki tentera elit dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran melalui perlantikan sebagai orang penting kerajaan. Gara-gara perlantikan ini, Janissari mula menguasai tampuk pemerintahan dengan melantik dan turunkan sultan sesuka hati mereka, melaksanakan dasar negara, dan membunuh sultan yang tiddak mahu mengikut kehendak mereka.

Sultan Osman II (1618-1622) adalah sultan pertama yang dibunuh oleh Janissari sendiri kerana terhidu rancangan sultan ini untuk tukarkan pasukan tentera ini dengan merekrut tentera dari Asia. Padahal niat sultan Osman II hanya tukarkan mana-mana ahli pasukan Janissari yang bermasalah. Tentera Janissari juga sanggup menindas rakyat Uthmaniyah dengan merompak harta dan bernacam jenis jenayah lain kerana pada zaman pemerintahan Murad III (1574-1595) yang mencapai keamanan, Fasa keamanan inilah menyebabkan Janissari merasa rugi jika tidak berperang untuk dapatkan harta rampasan.

Masuk pemerintahan sultan Mahmud II (1808-1839), barulah baginda mengorak langkah bubarkan tentera Janissari selamanya dengan perancangan selama dua dekad. Bermula dengan pertempuran dahsyat antara Janissari dan Sipahi (kor tentera sultan yang berdendam dengan Janissari), sultan Mahmud II ambil kesempatan hancurkan berek tentera Janissari dengan tembakan peluru meriam, sehingga terbunuhnya 4,000 orang tentera Janissari. Saki-baki tentera Janissari telah ditangkap dan dihukum bunuh.

Dengan bubarnya tentera Janissari dengan mengantikan tentera elit baru bernama Tentera Kemenangan Muhammad, berakhirnya zaman penguasaan Janissari selama 500 tahun dalam tampuk pemerintahan Uthmaniyah. Begitulah kisah tentera elit yang menjadi parasit kepada sultan yang terlalu percaya.


Kalau korang peminat sejarah Turki, mari dapatkan UTHMANIYAH DI HUJUNG JARI ni. Kami berikan diskaun yang lumayan sempana tarikh 11.11 di Shopee! Jom beli sekarang: https://bit.ly/uthmaniyah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply