Osom. Atau di sebahagian kawasan dunia, ia dikenali sebagai permainan batu, kertas dan gunting. Permainan sebegini dilihat sebagai cara membuat keputusan tentang sesuatu perkara seperti menentukan giliran atau makan di mana. Tetapi tidak ramai tahu, permainan ini mempunyai sejarah yang panjang.

Sejarah permainan batu, kertas dan gunting dikesan bermula semasa era Dinasti Han. Ia dipanggil shoushiling yang bermaksud tiga benda yang takut antara satu sama lain. Tiga pilihan yang dibuat pemain dalam permainan ini ialah katak, lintah dan ular.

Tetapi semua itu berubah apabila shoushiling dibawa ke Jepun pada abad ke-18. Shoushiling disesuaikan mengikat adat masyarakat setempat dan dikenali sebagai janken. Ini termasuk menukar pilihan pemain iaitu kitsune (musang), ketua kampung dan pemburu. Mengikut turutan, kitsune mengalahkan ketua kampung, ketua kampung mengalahkan pemburu dan pemburu menewaskan kitsune.

Janken banyak digunakan sebagai cara menyelesaikan kebuntuan perselisihan atau membuat keputusan penting dalam sesuatu perkara. Ia dikatakan dibawa oleh imigran Jepun ke pantai barat Amerika Syarikat sekaligus mempengaruhi pengenalan permainan batu, kertas dan gunting yang kita kenali hari ini.

Sebut tentang permainan ini, ia juga menjadi solusi paling aneh kepada satu masalah yang dihadapi seorang ahli perniagaan Jepun pada 2005. Pada tahun itu, Takashi Hashiyama merancang mahu melelong koleksi karya seni yang dimilikinya sekaligus menarik minat dua rumah lelong iaitu Christie’s dan Sotheby. Di sebalik aktiviti melobi dibuat oleh kedua-dua entiti berkenaan, beliau tidak dapat memutuskan siapa yang boleh melelong hasil seninya itu.

Lalu, Hashiyama mencadangkan kepada kedua-dua wakil rumah lelong itu agar bermain permainan batu, kertas dan gunting untuk memilih siapa pemenang. Pada akhirnya, keputusan memihak kepada Christie’s dengan rumah lelong itu meraih komisyen bernilai beberapa juta dolar kerana melelong lukisan-lukisan milik ahli perniagaan Jepun itu. Ini menjadikan permainan itu sebagai permainan batu, kertas dan gunting termahal pernah direkodkan dalam sejarah.

Di sesetengah negara, permainan batu, kertas dan gunting mempunyai variasi berbeza. Di Indonesia, pilihan pemain ialah gajah, manusia dan lelawi. Di AS pula, permainan ini turut dikenali sebagai Rochambeau dan dikaitkan dengan tokoh keten_teraan Perancis yang menyokong perjuangan kemerdekaan AS daripada British iaitu Comte de Rochambeau. Bagaimanapun, tiada bukti sahih yang mengaitkan beliau dengan nama permainan tersebut.

RUJUKAN:

Harris, K. (2019). Rock, Paper, Scissors Goes Back To Ancient China. History Daily.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.