Permaidani ajaib adalah satu bentuk pengangkutan yang dapat ditemui terutamanya dalam hikayat-hikayat masyarakat timur.

Permaidani-permaidani ini juga terkenal sebagai permaidani terbang lantaran ianya mengangkut individu yang menaikinya dari suatu tempat ke suatu tempat dengan membelah udara.

Walaupun permaidani ajaib lazim dikaitkan dengan kisah yang terkandung di dalam hikayat Seribu Satu Malam (Thousand and One Nights), hakikatnya permaidani ajaib juga pernah disebutkan di dalam tulisan pelbagai tamadun.

SEBUTAN TENTANG PERMAIDANI TERBANG

Apa yang menarik, berbeza dengan pandangan umum, permaidani ajaib bukanlah ciri utama yang terdapat di dalam hikayat Seribu Satu Malam.

Sebagai contoh, di dalam manuskrip Galland, iaitu manuskrip tertua yang memuatkan 282 buah kisah terawal (dari keseluruhan 1001 kisah), langsung tidak ada sebutan berkenaan permaidani ajaib.

Dalam versi asal ‘Aladdin dan Lampu Ajaib’, babak penculikan Puteri Badroulbadour dan pasangannya pada malam pernikahan mereka berdua tidak berlaku di atas sebuah permaidani ajaib. Akan tetapi, babak ini melibatkan katil pernikahan mereka, yang diterbangkan oleh jin.

Lebih daripada itu, permaidani ajaib sebenarnya muncul buat kali pertama dalam hikayat ini menerusi versi-versinya yang lebih moden, terutama sekali versi Aladdin yang dikeluarkan oleh Walt Disney pada tahun 1992.

Manuskrip Seribu Satu Malam

Walau bagaimanapun, sejarah permaidani ajaib ini boleh dijejak kembali pada zaman yang jauh lebih awal. Figura sejarah terawal yang dikaitkan dengan permaidani ajaib adalah Raja Sulaiman dari Israel, di mana hal ini dapat ditemukan di dalam dua buah versi penceritaan Israiliyyat.

Salah sebuah versi ini dipercayai ditulis oleh seorang ilmuwan Yahudi kurun ke-13 Masehi yang bernama Isaac Ben Sherira. Kisah ini kononnya dihimpunkan daripada dua buah karya purba yang telah hilang sejak sekian lama.

VERSI PENCERITAAN SHERIRA

Dalam versi penceritaan yang dikeluarkan oleh Ben Sherira, Ratu Saba’ mempunyai seorang ahli alkemis diraja yang berupaya membuatkan sebuah permaidani kecil berwarna perang terbang di udara. Beberapa tahun kemudian, ahli alkemis tersebut menyempurnakan kemahirannya.

Tatkala hal tersebut diketahui oleh Ratu Saba’, beliau memerintahkan agar sebuah permaidani ajaib dihasilkan dan dihadiahkan kepada Raja Sulaiman sebagai token cintanya.

Permaidani tersebut dikatakan diperbuat daripada sutera hijau yang disulami emas dan perak serta ditatahkan dengan batu-batu berharga. Lebih daripada itu, permaidani ini dipercayai sangat besar hinggakan rombongan raja yang ramai boleh berdiri di atasnya.

Lukisan yang menggambarkan Ratu Saba

Ketika hadiah permaidani ajaib ini tiba di istananya, Raja Sulaiman dihikayatkan kononnya sedang sibuk dengan kerja-kerja pembinaan Kuil Jerusalem. Kesibukan tersebut menghalangnya menerima hadiah tersebut, yang langsung sahaja diserahkan kepada salah seorang pegawai istananya.

Tatkala berita tentang sikap Raja Sulaiman yang dingin ketika menerima hadiah tersebut sampai ke pengetahuan Ratu Saba’, beliau patah hati dan memutuskan untuk tidak lagi mempedulikan tentang permaidani-permaidani ajaib.

Tanpa naungan diraja, ahli alkemis dan artisan-artisannya tidak lagi dapat menghasilkan permaidani-permaidani terbang sekaligus mengakibatkan ilmu penghasilannya hilang buat selama-lamanya.

Sebagai lanjutan cerita, artisan-artisan yang pernah terlibat dalam penghasilan permaidani ajaib tersebut dipercayai membawa diri dan menetap di Mesopotamia.

Dalam versi penceritaan yang lain, dikisahkan bahawa kononnya Raja Sulaiman menerima permaidani ajaib itu daripada tuhan sendiri dan ia mampu memikul seramai 40 000 orang. Semenjak memiliki permaidani ajaib tersebut, rasa bangga diri raja semakin bertambah.

Lantaran itu, tuhan pun menghukumnya dengan menggoncangkan permaidani ajaib itu ketika ia sedang terbang sekaligus mengakibatkan 40 000 orang pengiring raja terjatuh dan terbvnuh.

Selain menjadi alat pengangkutan, permaidani ajaib juga digambarkan sebagai sejenis senjata yang digunakan dalam pertempvran. Salah sebuah kisah yang memerihalkan gambaran sebegini melibatkan seorang raja Parthia yang memerintah pada lewat kurun ke-2 Sebelum Masehi, iaitu Phraates II.

Pada tahun 130SM, Phraates berp3rang dengan Antiochus VII, pemerintah Empayar Seleucid. Dalam kisah tersebut, Phraates dihikayatkan terbang dari Pergunungan Zagros dengan menaiki sebuah permaidani atau sehelai kain untuk mendepani mvsuh-mvsuhnya, yang beliau t3waskan dengan api dan kilat.

Sekembalinya beliau dari medan per4ng, Phraates diraikan dengan gilang-gemilang sambil terbang di atas rakyat jelatanya dengan menaiki permaidani ajaib.

Dalam sebuah kisah lain, dihikayatkan bahawa pemerintah Sassanid kurun ke-3M, iaitu Shapur turut memiliki permaidani ajaib. Dengan permaidani ajaib itu, beliau memecah masuk ke kem tentera Rom pada suatu malam dan mengejutkan Maharaja Valeria yang sedang tidur, sebelum mencvliknya sebagai tawanan p3rang.

TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (11 Jun 2016). The History of the Magical Flying Carpets. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/history-magical-flying-carpets-006064


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.