Bilakah Islam Bermula di China? Mengikut rujukan melalui hikayat tradisi Cina Muslim, Islam mula diperkenalkan sekitar 616-18 AD.  Tetapi secara umumnya percaya bahawa Islam diperkenalkan ke China dari Semenanjung Arab ke Guangzhou, Quanzhou pada tahun 651 (tahun Yonghui kedua dinasti Tang).

Menurut “Kitab Tang”, sejak tahun 651 Masehi hingga 798, jumlah utusan Arab yang mengembara ke Tang mencapai 39 kali. Para pedagang Arab dan Parsi yang mengembara ke China adalah diumpamakan seperti aliran air sungai yang tak pernah berhenti.  Kebanyakan mereka tertumpu di pantai tenggara China Guangzhou, Quanzhou, Yangzhou, Hangzhou, Ningbo dan tanah besar Chang’an (Xi’an hari ini), Kaifeng dan sebagainya.

Mereka terlibat dalam perdagangan bahan rempah, gading, perhiasan, ubat-ubatan, tanduk badak, dan lain-lain. Manakala mereka cenderung membawa pulang sutera, teh, porselin dan komoditi lain dari China ke Arab dan Parsi.

Dinasti Tang

Rekod paling jelas mengenai ketibaan Islam ke China secara rasmi adalah semasa Dinasti Tang melalui rombongan utusan yang dipimpin oleh Sa`d ibn Abi Waqqas, bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W.

Maharaja Gaozong, maharaja Tang yang menerima utusan itu kemudian memerintahkan pembinaan masjid pertama di negara itu, sebagai tanda mengingati Nabi Muhammad S.A.W di Canton (kini Guangzhuou).

Semasa Dinasti Tang, pedagang Arab, ahli perniagaan Islam dari Empayar Arab yang tinggal atau menetap di China, mereka juga antara yang bertanggungjawab memperkenalkan Islam ke China. Pihak berkuasa Tang telah melantik orang Islam sebagai pengurus untuk mengurus aktiviti keagamaan seperti perkhidmatan keagamaan, mewujudkan sistem perundangan untuk orang Islam, dan menarik perdagangan asing di China.

Mereka juga menubuhkan masjid dan tanah perkuburan Islam. Hari ini, Masjid Guangzhou Huaisheng, Masjid Yangzhou Xianhe, Masjid Zhenjiao Hangzhou adalah masjid-masjid Islam kuno yang dibina pada zaman Dinasti Tang.  Pada masa ini, Islam di China belum tersebar secara menyeluruh oleh pedagang Arab dan Persia.

Pada 751 Masehi, kerajaan Dinasti Tang telah bertemu dengan Khilafah Abbassiyah dalam Pertempvran Talas di Sungai Talas. Per4ng ini tercetus gara-gara persengketaan dua kerajaan kecil iaitu Ferghana dan Chech di mana Ferghana memohon sokongan dari Dinasti Tang dan Chech meminta bantuan dari Abbasiyah lalu kedua dua kuasa besar ini terheret ke medan tempvr yang menghasilkan kemenangan buat pasukan Abbasiyah.

Dinasti Song

Pada abad ke-9, dalam kitab “Rujukan Kuno Di India dan China”, seorang pedagang Arab bernama Suleiman menyatakan terdapat 120,000 orang Arab, Parsi, Yahudi dan Kristian yang tinggal di Guangzhou pada tempoh akhir dinasti Tang.

Ketika era Dinasti Song, skala perdagangan asing berkembang lagi, dan jumlah orang Arab dan Parsi yang datang ke China meningkat secara mendadak.  Mereka tertumpu di Guangzhou dan Quanzhou, malahan terdapat puluhan ribu di Quanzhou sahaja.  Pihak berkuasa tempatan di China menubuhkan “fan fang” untuk memantau kehidupan seharian mereka dan membenarkan mereka berkahwin dan berasimilasi dengan Cina Han.

Umat Islam telah memainkan peranan penting dalam industri import / eksport.  Sebagai contoh, orang Islam mengetuai jawatan Ketua Pengarah Pengiriman Luar Negara secara konsisten dalam tempoh ini.

Pada 1070, Maharaja Shenzong menjemput 5,300 orang Islam dari Bukhara, untuk menetap di China yang bertujuan untuk mewujudkan zon penampan antara China dan kerajaan Turco-Mongol, Dinasti Liao di timur laut.  Kemudian, masyarakat Islam ini telah menetap di antara ibu kota Kaifeng dan Yenching (sekarang Beijing).

Mereka dipimpin oleh Putera Amir Sayyid “So-fei-er” (nama Cina nya) yang digelar sebagai “Ayah” dalam masyarakat Islam di China.  Sebelum itu, agama Islam dirujuk oleh Tang dan Song sebagai Dashi Fa (“undang-undang orang Arab”). Kemudian dia menamakannya sebagai Huihui Jiao (“Agama Huihui”)

Orang Islam yang datang ke China di Dinasti Tang dan Song memelihara kepercayaan agama dan cara hidup mereka.  Mereka berkahwin dengan penduduk setempat, hidup dan bekerja dengan damai dan harmoni, bahkan melahirkan anak-anak dan cucu-cucu.  Mereka menjadi warga tempatan dan nenek moyang Cina Muslim.

Bilangan orang Islam di China tidak terlalu ramai semasa dinasti Tang dan Song, tetapi kebanyakan pedagang terlibat dalam kegiatan perdagangan di antara pelabuhan perdagangan pantai dan Chang’an, Kaifeng, Beijing dan beberapa bandar besar lain.  Mereka dan keturunan mereka hidup dalam keadaan ramah dengan orang-orang Cina dan mempelajari budaya tradisional Cina.  Mereka adalah utusan pertukaran antara budaya Arab Arab dan budaya Cina.

Dinasti Yuan (Mongol)

Dinasti Yuan adalah tempoh penting perkembangan Islam yang luas dan komprehensif di tanah besar China.  Pada akhir Dinasti Song, pasukan Mongol dari era Genghis Khan dan pewaris-pewarisnya melancarkan tiga ekspedisi barat berskala besar pada tahun 1219 hingga 1260 dan mendirikan Dinasti Yuan.

Pencerobohan dan pen4klukan Mongol di Asia Tengah, Asia Barat, dan lain-lain membuka laluan sesak antara timur dan barat. Sejak itu, pedagang, seniman, pelancong, ahli akademik datang ke China tanpa henti.

Seperti keturunan Arab dan Parsi yang tinggal di China semasa dinasti Tang dan Song, mereka semua adalah Muslim dan dipanggil “Huihui” atau “Musliman” dan menjadi pesaing yang penting kepada kaum Semu yang tinggal sebagai kaum minoriti di Dinasti Yuan.  Mereka masih mengekalkan pegangan dan budaya Islam.

Umat ​​Islam bertebaran ke seluruh dunia ketika itu. Semasa awal kebangkitan Dinasti Yuan, Marco Polo menyebut banyak kali dalam catatan pengembaraan nya bahawa terdapat umat Islam di seluruh wilayah China.

Pada akhir Dinasti Yuan, pengembara terkenal, Ibnu Batutta menulis dalam catatannya : “setiap kota di China mempunyai tempat untuk orang Islam tinggal, dan ada tempat beribadat untuk Muslim di kawasan tertentu bersolat secara berjemaah.”, beliau juga memberikan butiran situasi umat Islam di kota Bayonet (sekarang Quanzhou) dan Hangzhou.

Hampir setengah abad, Mongol telah berturut-turut men4kluk hampir seluruh kerajaan di Asia termasuk negara-negara Islam sekitar Asia Tengah dan Asia Barat.

Semasa ekspedisi barat oleh Mongol, sejumlah besar masyarakat dari Asia Tengah, Parsi, Arab dibawa ke China sebagai tawanan per4ng untuk dikerah secara paksa dalam kempen per4ng Mongolia yang men4kluk dan menyatukan seluruh China.

Di antaranya turut melibatkan golongan ulama, golongan kelas atasan dan bawahan, bekas-bekas tent3ra dari Baghdad, dan lain-lain lagi. Jumlah populasi secara kiraan kasar ketika itu adalah kira-kira seratus ribu.

Namun Mongol amat terkenal dengan sikap toleransi terhadap kebebasan beragama. Setiap tempat yang didiami umat Islam akan di bina masjid.  Skala bangunan dan kuantiti masjid di Dinasti Yuan jauh lebih besar daripada yang sebelumnya. Beijing, Guangzhou, Quanzhou, Yangzhou, Wenzhou, Ningbo, Shanghai, Chang’an (sekarang Xi’an), dan sebagainya adalah tempat berkumpulnya para pedagang Muslim. Masjid-masjid dan infrastruktur Islamik yang lain lebih tertumpu di tempat-tempat ini. Terdapat lebih dari enam atau tujuh rumah ibadat di Quanzhou dalam Dinasti Yuan.

Dalam titah dan penghakiman dinasti Yuan, masjid-masjid dipanggil atau dikenali sebagai Kuil Huihui. Para Imam dipanggil sebagai Imam Huihui atau diberi gelaran Ketua. Hukum Syariah dipanggil Undang-undang Huihui atau Perundangan Asasi Huihui.

Sejak tempoh akhir Dinasti Yuan dan awal permulaan Dinasti Ming, umat Islam telah tersebar di seluruh China;  kepercayaan agama mereka, adat kebudayaan dan amalan mereka boleh dikenali secara meluas sehingga Islam dipanggil “Huihui Jiao” yang telah melekat sehingga ke zaman moden.

Semasa Dinasti Yuan hingga permulaan Dinasti Ming, disebabkan oleh politik, ekonomi dan perkahwinan, sangat ramai orang-orang Cina Han, Mongol, dan Uyghur telah memeluk agama Islam. Secara dasarnya, orang asing datang ke China;  mereka menetap dan hidup dengan identiti bangsa Han, dan berkahwin dengan wanita berbangsa Han.

Namun berbeza jika wanita yang berkahwin dengan orang Hui harus memeluk dan mengamalkan ajaran Islam.  Mereka membuka tanah atau ternakan, atau bekerja dalam dalam bidang perniagaan.

Malahan, pentadbiran tent3ra Yuan pada waktu itu kebanyakannya didominasi oleh para jeneral dan komandan beragama Islam dari etnik Uyghur. Antara tokoh penting dari kaum Uyghur yang pernah disebut adalah Komander Ike Mese, beliau bertanggungjawab memimpin divisyen tent3ra dari pelbagai kaum dalam kempen memer4ngi kerajaan Singhasari di Jawa, namun mereka dihalau keluar dari Kepulauan Jawa oleh Raden Wijaya.

Dinasti Ming

Dinasti Ming adalah tempoh kritikal yang paling cepat dan meluas untuk penyebaran Islam di China. Zhu Yuanzhang, pengasas dinasti Ming, melakukan pember0ntakan dari penempatan Huihui. Beliau memainkan peranan yang sangat penting dalam menyeru orang Islam Huihui untuk menyertai tent3ra.

Di antara orang-orang Muslim ini, Changyuchun, MuYing, Feng Sheng, Lan Yu, Feng Guoyong, Mazhen, Ding Dexing, Hu Dahai, Chang Rong, Mu Jucheng, mereka semua melaksanakan tugas yang cemerlang untuk Dinasti Ming dikepalai Zhu Yuanzhang.

Selepas Zhu Yuanzhang menubuhkan kerajaan, beliau mengamalkan sikap mesra dan toleransi terhadap Islam.  Beliau menulis pujian kepada Islam, melalui Eulogi Seratus Kata. Telah direkodkan bahawa, “Yang Mulia memerintahkan supaya masjid-masjid dibina di Xijing dan Nanjing, dan di selatan Yunnan, Fujian dan Guangdong. Yang Mulia juga secara peribadi menulis Baizizan sebagai pujian terhadap keagungan Nabi Muhammad (S.A.W.)”. Pada masa itu, sejumlah besar Huihui kembali ke ibu kota Dinasti Ming dan menetap di Nanjing.

Laksamana Cheng Ho.

Di samping itu, semasa zaman Maharaja Yongle dan Xuande (1405 hingga 1405 AD), Laksamana Zheng He yang paling terkenal sebagai seorang Cina kelahiran Islam, di amanah kan oleh Maharaja untuk mengetuai tujuh ekspedisi ke Lautan Hindi.

Beliau mengembara di lebih daripada 30 negara Asia dan Afrika, bahkan nama dia juga turut tercatat di dalam arkib sejarah China dan Tanah Melayu di atas kunjungan nya beberapa kali sebagai wakil Maharaja dalam mengukuhkan hubungan antara Dinasti Ming dan Kesultanan Melaka. Beliau juga dilaporkan turut menjalin hubungan dengan beberapa kerajaan Melayu dan lain-lain di Sumatera.

Zheng He, dalam peringkat tertentu, menyumbang kepada pembangunan Islam di dinasti Ming.  Apabila Zheng He dalam pelayaran kedua nya pada tahun 1408, beliau meminta dewan mesyuarat imperial Ming untuk membina semula masjid Jingjue di Nanjing. Zheng He memulakan pelayaran laut dengan melalui Fujian, ke Lingshan Quanzhou, dan melawat Holy Sepulcher.

Terjemahan dari pelayaran Zheng He ke dunia barat, seorang Cina Muslim bernama Mahuan, mencatat rekod mengenai apa yang dilihatnya dan didengar di sepanjang perjalanan, termasuk pengenalan kepada kepercayaan beberapa negara Islam.

Dalam dinasti Ming, perkembangan penting Islam diwujudkan dalam aspek-aspek lain, seperti Pendidikan Masjid, terjemahan klasik Cina Muslim dan pembinaan masjid-masjid.

Pendidikan Masjid, adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam di China. Apa yang dipanggil “Pendidikan Masjid” itu merujuk kepada kaedah pendidikan yang dibuka di masjid yang bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang Islam dan melatih para profesional beragama Islam.

Imam-imam merekrut sejumlah pelajar dan mengajar mereka tentang sejarah Islam, pengajian Al-Quran, serta ilmu sains dan teknologi dari Arab dan Parsi. Kos sara hidup dan pengajian untuk pelajar-pelajar diperoleh melalui sumbangan derma oleh para jemaah.

Semester tidak ditetapkan, dan biasanya mengambil masa kira-kira lima atau enam tahun sehingga Imam berpendapat bahawa mereka telah khatam dan lulus.  Selepas itu, jika ada bengkel pengajar atau sekolah yang memerlukan tenaga pengajar, graduan-graduan ini boleh disewa untuk mengajar.

Untuk terjemahan karya klasik Islam dalam bahasa Cina, dinasti Ming menubuhkan Si Yi Guan. Si Yi Guan bukan sahaja perlu melatih jurubahasa, menerjemahkan dan menyimpan dokumen komunikasi diplomat!k, tetapi juga bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat politik asing dan meneutralkan mereka.

Peringkat terdahulu terjemahan kebanyakannya mengenai doktrinisasi, syariah, institusi, sejarah, falsafah dan sebagainya.  Sebagai tambahan kepada doktrin, sharia, tahap terakhir melibatkan tatabahasa Arab, retorik, geografi, astronomi, kalendar, dan sebagainya, dan mula menterjemahkan Al-Quran.

Selain aspek-aspek yang disebutkan di atas, pertumbuhan pembinaan masjid-masjid di dinasti Ming juga seperti dinasti sebelumnya. Beberapa masjid terkenal dibina pada era ini adalah Masjid Nanjing Jingjue dibina pada zaman Maharaja Hongwu (1368-1398 AD).

Masjid ‘Pasar Bunga’ Beijing dibina pada tahun ke-13 Yongle (1415 AD). Masjid Jinshi Fang Pushou dibina pada awal dinasti Ming. Masjid Dongsi dibina pada tahun ke-20 Zhengtong (1447 AD). Masjid San Li He Yongshou telah dibina pada tahun 1573-1620.

Walau bagaimanapun, semasa Dinasti Ming, imigrasi terbaru ke China dari negara-negara Islam telah dihadkan di wilayah yang semakin terpencil. Umat ​​Islam di China yang berasal dari keturunan terawal mula berasimilasi dengan bertutur bahasa Cina, menggunakan nama Cina dan mengamalkan budaya Cina. Seni bina masjid juga telah mula mengikuti seni bina tradisional Cina.

Namun semasa Dinasti Ming di kemuncak kegemilangannya, hanya agama Islam dan agama Yahudi sahaja selaku ajaran luar yang ketika itu dibenarkan oleh pemerintah Ming untuk diamal, disebar dan diajarkan kepada orang awam. Ini kerana menurut pemerintah, ajaran dalam Islam dan Yahudi bersesuaian dan amat mirip dengan prinsip-prinsip ajaran Confuciusme. Manakala beberapa agama yang lain seperti Kristian Nestorian diharamkan sepenuhnya.

Dinasti Qing (Manchu)

Dinasti Qing (1644-1911) menjatuhkan Dinasti Ming dan menubuhkan kerajaan sendiri. Dinasti Qing adalah pemerintahan berbangsa Manchu namun mereka sendiri adalah kaum minoriti di China. Semasa dinasti Qing mula dibentuk, (Maharaja Kangxi, Yongzheng, Qianlong tiga dinasti), kuasa pemerintahan sangat kuat dan berada dalam keadaan yang makmur dan kaya.

Para penguasa Qing adalah penganut agama Buddha dan amat menghormati ajaran Taoisme. Malah, ketika Qing berjaya memasuki Central Plain China, mereka membuat dasar dan polisi yang berasaskan prinsip Confuciusme.  Berhubung dengan layanan terhadap Islam, mereka lebih banyak melaksanakan pencegahan berbanding mempercayai. Pada waktu ini boleh dikatakan, bermulanya fasa penindasan terhadap umat Islam di China.

Dasar utama penguasa Qing terhadap Islam dan umat Islam adalah dengan melakukan penindasan dan diskriminasi. Pada awal Dinasti Qing, ia hanya bermula dengan beberapa sekatan atau larangan kecil dalam mengamalkan budaya berkaitan Islam. Namun pada masa kemudian nya ia menjadi satu bentuk penindasan terbuka dan kezal!man yang adakalanya membawa kepada pembunvhan beramai-ramai umat Islam.

Dinasti Qing kemudian melakukan proses pembangunan dasar perundangan Islam.  Selepas penguasa Qing memasuki Shanhaiguan Pass, Hong Taiji dan Maharaja Shunzhi mengangkati dasar “keadilan dengan belas kasihan” terhadap kaum minoriti. Polisi ini menjadi prinsip asas dinasti Qing dalam menangani isu etnik.

Rejim yang ditubuhkan pada awal Dinasti Qing adalah sangat tidak stabil, dan tindakan politik paling utama adalah dengan mengh4puskan pember0ntakan di Central Plain.  Pada tahun kelima Shunzhi (1648), orang Hui di wilayah Gansu member0ntak terhadap dinasti Qing di bawah kepimpinan Milayin dan Ding Guodong.  Setelah pertempuran dan rundingan sengit, perjanjian damai dicapai pada tahun 1649. Milayan dan Ding secara nominal bersumpah taat setia kepada Qing dan diberi pangkat sebagai anggota tent3ra Qing.

Selepas tent3ra Qing memasuki Shanhaiguan Pass, aktiviti pember0ntakan orang Islam dari seluruh negeri meninggalkan kesan buruk terhadap pemerintah. Namun begitu, protes-protes tersebut dih4puskan dalam masa yang singkat lalu menyebabkan kumpulan-kumpulan radikal dari etnik Hui tidak lagi menimbulkan banyak ancaman kepada rejim Qing.

Akibatnya, Maharaja Kangxi lebih bersederhana dalam memberi layanan kepada etnik Hui dan orang-orang Islam, dan beliau turut melantik jeneral per4ng dari kalangan orang Hui sendiri untuk mengh4puskan pember0ntakan dan menstabilkan rejimnya. Maharaja Kangxi telah menolak kepercayaan sebelumnya bahawa agama Islam adalah “perosak”.

Maharaja Yongzheng mewarisi prinsip dan dasar itu terhadap kumpulan etnik di perbatasan dan memberi layanan yang sama terhadap kedua orang Hui dan Han.

Tetapi pada masa ini, di kalangan menteri Qing, terdapat prasangka yang prejudis terhadap orang Hui. Menteri-menteri ini memfitnah orang Hui dengan mengatakan bahawa orang Hui cuba menggulingkan kerajaan Qing, dengan harapan kerajaan dapat melarang kepercayaan agama mereka.

Maharaja Yongzheng bukan sahaja menentang segala usul menteri-menteri tersebut, tetapi dia turut menerima tuduhan palsu yang hampir serupa. Yongzheng juga menulis buku “Rasa Keinsafan Yang Besar”, menghuraikan kesaksamaan negara, dan juga mencerminkan sikap asasnya terhadap bangsa Hui dari sisi pandangannya.

Walaupun kedua-dua sikap dan dasar Maharaja Kangxi dan Yongzheng terhadap minoriti Hui adalah bermurah hati dan bertoleransi, disebabkan amalan dan kebiasaan khusus umat Islam, ramai di kalangan para pegawai kerajaan Qing yang berat sebelah dan diskriminasi terhadap rakyat Hui.  Di sektor awam, bias ini berterusan.

Di samping itu, pember0ntakan yang dilakukan oleh orang Hui pada awal pembentukan kerajaan Qing meninggalkan imej buruk terhadap kerajaan. Semua ini menjadi batu loncatan untuk Dinasti Qing pada kemudian waktu dalam melaksanakan hukuman yang amat zal!m kepada umat Islam, terutamanya etnik Uyghur.

Pada zaman pertengahan dan akhir dinasti Qing, kerajaan Qing mula menyekat dan mengh4puskan sebarang kegiatan “konspirasi” atas nama agama.

Pada tahun 1649 ketika kerajaan Qing mencapai perjanjian damai dengan Milayan dan Ding Guodong dan memberi mereka jawatan rasmi yang tinggi dalam pasukan tent3ra. Para loyalis dan pengikut setia Ming di selatan China mengisytiharkan kebangkitan semula dan Qing terpaksa mengeluarkan angkatan pertahanan mereka dari Gansu untuk memer4ngi mereka.

Milayan dan Ding sekali lagi mengangkat senjat4 dan member0ntak terhadap Qing. Kerajaan Qing diprovokasi dengan teruk sekali. Kemudian pengikut Ming beragama Islam dimusn4hkan oleh Qing dengan 100,000 daripadanya, termasuk Milayin, Ding Guodong, dan Turumtay terbunvh dalam peper4ngan.

Dari 1755-1757, Maharaja Qianlong berper4ng dengan saki baki Dzungar Khanate di barat laut dan akhirnya men4kluk Dzungaria.

Pada tahun 1781 dan 1784, para pengikut Hui dan Salar dari aliran Jahriya cuba melakukan pember0ntakan di Gansu kerana perselisihan antara dua aliran Sufi iaitu Kahfiya dan Jahriya di atas sikap salah urus, rasuah, dan sikap anti-Muslim oleh pegawai Qing. Tetapi kerajaan Qing menghentikan mereka dengan mudah hasil bantuan pengikut Khafiya.

Semasa 1820-1828, Kashgaria berjaya membebaskan wilayahnya dari kawalan Qing kerana pencerobohan oleh Jahangir Khoja yang meny3rang dari Kokand. Tetapi Kashgar dan Yarkand telah ditawan kembali oleh Qing pada tahun 1828.

Pada separuh pertama abad ke-19, keturunan Khoja yang tidak sanggup gagal, berturut-turut melancarkan banyak pember0ntakan. Pember0ntakan kali terakhir Khoja adalah pada tahun 1857 di bawah Wali Khan, yang juga merupakan pembunvh peneroka Jerman yang terkenal, Adolf Schlagintweit. Dikatakan bahawa dia sangat k3jam.

Dia bahkan membunvh begitu ramai umat Islam. Kezal!mannya menyebabkan umat Islam tempatan membenci Khoja melebihi kerajaan Qing.  Pada tahun 1759, tent3ra Qing, dengan sokongan dan kerjasama yang kuat dari rakyat semua kumpulan etnik di Xinjiang, bersama-sama mengh4puskan pember0ntakan.

Semasa pertengahan abad kesembilan belas, umat Islam sekali lagi member0ntak terhadap dinasti Qing, terutamanya dalam pember0ntakan Dungan (1862-1877) dan pember0ntakan Panthay 1856-1873) di Yunnan. Satu juta orang mat! dalam pember0ntakan Panthay, dan beberapa juta mat! dalam pember0ntakan Dungan.

Semasa 1855-1873, Pember0ntakan Panthay berlaku di wilayah barat daya Yunnan. Dalam sebahagian besar pertempuran, pasukan Islam dipimpin oleh Du Wenxiu (1823-1872), seorang Muslim dari keluarga asal Cina Han yang telah memeluk Islam. Du Wenxiu mengibar kan panji pember0ntakannya atas seruan menghalau bangsa Manchu keluar dari tanahair orang Cina dan mewujudkan perpaduan antara Han dan Hui.

Para pember0ntak men4kluk kota Dali di Yunnan lalu mengisytiharkan negara baru Pingnan Guo, yang bermaksud “Negara Bangsa Selatan”. Beliau juga mengisytiharkan kerajaannya sebagai Kesultanan, lalu menggunakan nama Sultan Sulayman Ibn Abdul Rahman. Tetapi pember0ntakan berakhir dengan kegagalan dan Sultan Dali ini dikatakan cuba membunvh diri dengan mengambil racun dalam perjalanan ke penyerahan Qing tetapi akhirnya dia sempat dihukum pancung.

Pada tahun 1862, pember0ntakan Dungan dilakukan oleh orang Hui dari wilayah Shaanxi, Gansu, Ningxia dan Xinjiang. Ia berlangsung dari 1862 hingga 1877. Pemimpin Muslim paling terkenal pada saat itu ialah Bai Yanhu. Pada tahun 1864, Jeneral Zuo Zongtang dari kerajaan Qing mengetuai tent3ra Qing untuk memusn4hkan pember0ntakan itu.

Ramai panglima Islam seperti Ma Zhan’ao, Ma Anliang, Dong Fuxiang, Ma Qianling, dan Ma Julung membelot ke pihak dinasti Qing, dan membantu jeneral Zuo Zongtang mengh4puskan pember0ntak Islam.  Jeneral-jeneral Muslim ini adalah pengikut aliran sufi Khafiya, dan mereka membantu pember0ntak Qing mengh4puskan pengikut Jahariyya.

Jeneral Zuo memindahkan penduduk berbangsa Han ke sekitar Hezhou dari kawasan itu dan memberi tanah kepada pengikut Khafiya sebagai ganjaran bagi mereka yang membantu Qing membunvh pember0ntak Islam yang lain. Bai Yanhu gagal dalam pember0ntakan dan akhirnya melarikan diri ke Russia.  Kegagalan pember0ntakan menyebabkan ramai warga Dungan berhijrah ke Empayar Russia.

Walau bagaimanapun, umat Islam di bahagian-bahagian lain China seperti di wilayah timur dan selatan yang tidak member0ntak, tidak terjejas sama sekali oleh pember0ntakan itu, dan tidak menjadi mangsa pembunvhan beramai-ramai, mereka bahkan berusaha untuk tidak terlibat dalam pember0ntakan.

Dilaporkan bahawa kampung-kampung Muslim di wilayah Henan, yang bersebelahan dengan Shaanxi, tidak terjejas sepenuhnya dan hubungan antara Han dan Hui terus berlangsung dengan baik. Penduduk Hui Muslim di Beijing tidak terjejas oleh pember0ntak Muslim ketika pember0ntakan Dungan.

Republik China/Republik Rakyat China

Apabila China memasuki zaman moden, untuk menyesuaikan diri dengan keperluan perkembangan ketamadunan dunia, Islam mempunyai beberapa perubahan baru di kawasan tanah besar dan Xinjiang.

Untuk melawan penindasan dari segi darjat dan diskriminasi etnik oleh Dinasti Qing, kaum muslim Cina bersama-sama dengan orang-orang Cina Han melakukan pember0ntakan yang turut menyumbang kepada kejatuhan Dinasti Qing sekaligus menamatkan pemerintahan monarki di China yang telah mencapai usia kira-kira 3000 tahun lama nya.

Pember0ntakan dan perjuangan ini menghentam hebat Dinasti Qing;  mereka adalah sebahagian dari pencetus perjuangan anti-imperialis dan anti-feudal rakyat China. Tetapi setiap pember0ntakan ditindas dengan k3jam oleh penguasa Dinasti Qing;

Oleh itu, populasi penduduknya berkurangan dengan mendadak, dan sejumlah besar orang Islam telah dibuang ke kawasan sempadan atau tempat yang teruk. Umat ​​Islam bertebaran ke seluruh benua dan kehidupan serta persekitaran sosial mereka mengalami lebih kesukaran.

Pada saat penghujung Dinasti Qing dan permulaan Republik China, kerana perkembangan percanggahan sosial dan konflik sektarian atau mazhab-mazhab, para imam dari Gansu Dongxiang, pembawa ajaran Wahhabi mengasaskan paksi Ikhwan di barat laut Gansu, Qinghai, Daerah Ningxia, kemudian tersebar ke Henan, Shandong, Hebei, Xinjiang dan kawasan-kawasan lain.

Ini adalah pembentukan sempadan perbezaan kedua Cina Muslim sejak persengketaan antara golongan Sufi pada akhir Dinasti Ming dan Dinasti Qing awal. Dari dua perbezaan inilah, bermulanya struktur baharu Islam di China moden.

Selepas tahun 1930an, di semua kawasan populasi Muslim etnik Cina Hui, terdapat setiap jenis sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej.  Pada masa yang sama dalam pendidikan kuliah yang mengikut kaedah lama, kurikulum juga beransur-ansur berubah, dan biasanya mengutamakan kelas seperti bahasa Cina.

Untuk perkembangan pendidikan dan budaya Islam, Komuniti Kebudayaan Dan Pendidikan Cina Muslim juga telah ditubuhkan. Pelbagai jenis organisasi sosial Islam dan institusi akademik kebudayaan bertambah setiap hari; dan aktiviti akademik dijalankan secara meluas.

Dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan masyarakat moden dan pemulihan budaya kebangsaan dan Islam, ramai cendekiawan Islam mewujudkan syarikat penerbitan di China, membentuk penyelidikan budaya akademik baharu Cina Muslim sejak Dinasti Ming dan Dinasti Qing.

Hari ini, dunia menyaksikan penindasan berlaku lagi terhadap umat Islam Uyghur di Xinjiang. Sebelum itu, etnik Uyghur pernah dua kali menubuhkan kerajaan sendiri melalui Republik Turkistan, namun, setelah itu setiap wilayah-wilayah penting Turkistan terpecah kepada beberapa kerajaan berbeza seperti Kazakhstan.

Perpecahan semakin meruncing selepas satu demi satu negara diisytihar merdeka daripada Kesatuan Soviet. Hinggalah meninggalkan etnik Uyghur sebuah wilayah yang dinamakan sebagai Xinjiang oleh kerajaan China.

Penindasan itu masih berterusan sehingga saat ini namun kerajaan China hanya memberikan fokus mereka terhadap etnik Uyghur sahaja, manakala untuk kaum Hui dan lain-lain etnik beragama Islam, hanya beberapa larangan kecil sahaja dikenakan terhadap mereka secara umum, contohnya larangan menggunakan logo Halal dalam tulisan Arab. Ini kerana China sedang melakukan proses ‘sinicize’ iaitu mendaulatkan budaya dan bahasa China terhadap seluruh rakyat dan wilayah di bawah kedaulatan nya.

Hanya etnik Uyghur yang paling lantang dan bertekad menentang tindakan China yang memaksa mereka meninggalkan budaya Uyghur. Tetapi sebenarnya China langsung tidak peduli mereka mengamalkan Islam atau tidak, China hanya mahu semua kaum beradaptasi dengan budaya China sekaligus mengekalkan dominasi mereka ke atas Xinjiang kerana wilayah itu adalah pintu utama Laluan Sutera yang bersejarah.

Hari ini terdapat kira-kira 20 hingga 30 juta populasi penduduk Islam dan kira-kira 30 ribu lebih buah masjid di seluruh China.

RUJUKAN:

  • Top China Travel
  • China Highlights

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.