Al-Andalus merupakan nama yang diberikan kepada Semenanjung Iberia ketika ia berada di bawah pemerintahan Muslim. Islam tiba di rantau itu bersama dengan kehadiran Orang Umat Islam pada kurun ke-8 Masihi, dan mereka berjaya menguasai hampir seluruh semenanjung itu dalam tempoh kurang dari sedekad. Pemerintahan Orang Umat Islam di Sepanyol berpanjangan sehingga tahun 1492 Masihi, tahun di mana negara Muslim terakhir di Semenanjung Iberia, iaitu Emiriyah Granada dit4kluk oleh tentera Kristian.

Pada tempoh permulaan dan penghujung pemerintahan Orang Umat Islam di Semenanjung Iberia, Al-Andalus mengharungi pelbagai perubahan politik; mengubahnya dari sebuah wilayah Kekhalifahan Umayyah kepada sebuah emiriyah merdeka dan kemudian, berpecah menjadi kerajaan-kerajaan kecil yang disebut sebagai taifa.

Zaman pemerintahan Muslim di Semenanjung Iberia sering disebut sebagai La Convivencia (“Kehidupan Bersama), iaitu suatu tempoh di mana kaum Muslim, Kristian dan Yahudi dapat hidup secara aman dan bersama. Namun tentunya, keadaan sebenar jauh lebih rumit dan tidak seringkas itu.

C0NQUISTA ORANG UMAT ISLAM YANG TERSENDIRI

Sebelum kedatangan Islam, Al-Andalus dikenali dengan namanya dalam bahasa Rom, iaitu Hispania. Pada awal kurun ke-5 Masihi, kebanyakan wilayah Semenanjung Iberia dikuasai oleh Visigoth. Hanya wilayah di penghujung barat dan utara semenanjung itu sahaja bebas daripada pemerintahan mereka. Menjelang awal kurun ke-8 Masihi,

Kerajaan Visigoth mengalami kemunduran dan melemah akibat perebutan takhta, pemberontakan dan penentangan terhadap golongan bangsawan. Akibatnya, Visigoth tidak berada dalam kondisinya yang terbaik untuk mempertahankan kerajaan mereka dalam mendepani s3r4ngan tentera Umayyah pada tahun 711 Masihi.

Berbicara tentang sumber primer yang dihasilkan tepat pada waktu s3r4ngan tersebut berlaku, tiada catatan Muslim yang dapat ditemui. Sementara itu, sumber Kristian yang berjudul Chronicle of 754 pula bersifat samar-samar terutama berkenaan peristiwa yang diceritakan. Catatan pada kurun ke-9 yang dihasilkan oleh sejarahwan Muslim, Ibn Abd al-Hakam, memberikan yang agak menarik terutama tentang punca yang membawa kepada s3r4ngan Umayyah.

Menurut Ibn Abd al-Hakam, seorang bangsawan Visigoth yang bernama Count Julian meminta bantuan daripada Tariq ibn Ziyad, seorang komander Umayyah lantaran salah seorang puterinya telah dirogol oleh Roderic, raja Visigoth. Memandangkan Julian tidak berupaya untuk menghukum raja di atas jenayahnya, beliau memutuskan untuk meminta bantuan Umayyah agar meny3rang kerajaan Visigoth. Justeru, Julian pun menyediakan kapal-kapal bagi mengangkut tentera Umayyah merentasi Selat Gibraltar.

Gambaran Raja Roderic, raja terakhir Visigoth di Hispania

Memandangkan Ibn Abd al-Hakam membuat catatan tersebut lebih sekurun setelah berlakunya s3r4ngan sebenar ke atas Semenanjung Iberia, cenderung wujud kemungkinan berlakunya campur-aduk antara fakta dan legenda. Sebilangan sejarahwan menganggap bahawa kisah dendam Count Julian ke atas Roderic ini sebagai legenda. Tambah mereka lagi, kononnya terdapat beberapa legenda lain yang memerihalkan sebab s3r4ngan Kekhalifahan Umayyah.

Antaran lain mereka mengatakan bahawa Umayyah menerima bantuan daripada kaum Yahudi yang hidup di bawah pemerintahan Kerajaan Visigoth. Lantaran dijanjikan kehidupan yang lebih bebas, kaum Yahudi di beberapa buah kota Kristian bersetuju untuk membukakan gerbang kepada tentera Muslim. Kisah ini kemudiannya digunakan oleh pihak Kristian untuk menjatuhkan hukuman ke atas kaum Yahudi lantaran bersubahat dengan kaum Muslim.

Bahkan sehingga kini, sejarahwan mengandaikan bahawa punca atau senario s3r4ngan Umayyah ke atas Semenanjung Iberia pada tahun 711 Masihi masih belum diketahui sepenuhnya dan kebanyakan daripada mereka mengemukakan sejumlah hipotesis. Hipotesis pertama mengandaikan bahawa Umayyah menghantar pasukan tentera ke Semenanjung Iberia bagi membantu salah satu pihak yang terlibat dalam p3rang saudara Visigoth dengan harapan dapat meraih rampasan p3rang dan menjalinkan persekutuan di masa hadapan.

Hipotesis kedua berpendapat Umayyah meniatkan s3r4ngan tersebut bagi menguji kekuatan tentera Visigoth. Pendapat ketiga pula mengatakan bahawa pasukan yang melakukan s3r4ngan tersebut tidak diberikan tugas dan strategi yang khusus. Manakala hipotesis terakhir menyatakan bahawa s3r4ngan tersebut merupakan gelombang pertama yang membawa kepada s3r4ngan berskala-penuh.

Apapun keadaannya, ketika Tariq ibn Ziyad berangkat dari Afrika Utara dan memasuki Semenanjung Iberia, beliau membawa bersama kira-kira 10 000 hingga 15 000 orang tentera – jumlah yang tidaklah besar. Menurut Ibn Abd al-Hakam, pihak Visigoth sama sekali tidak memberikan perhatian kepada pasukan Umayyah ini lantaran mereka mengandaikan kapal-kapal tersebut sebagai kapal-kapal dagang. Pada tahun 711 atau 712 Masihi, pasukan Umayyah ini menimpakan kekalahan yang besar ke atas tentera Visigoth dalam Pertempuran Guadalete.

Raja Roderic berucap di hadapan tentera-tenteranya sebelum berlaku Pertempuran Guadalete, menentang pasukan Moor di Sepanyol

Selain Roderic, ramai bangsawan Visigoth terkorban dalam pertempuran ini. Akibatnya, Kerajaan Visigoth kehilangan pemimpin sekaligus menjejaskan pentadbiran mahupun ketenteraannya. Keadaan ini sangat membantu pasukan Umayyah dalam men4kluki Semenanjung Iberia. Walaupun tahun 711/712 lazim dianggap sebagai tahun ketumbangan Semenanjung Iberia ke tangan Orang Umat Islam, sejarahwan berpendapat bahawa pen4klukan tersebut mengambil masa selama beberapa tahun untuk diselesaikan.

PENEGUHAN KUASA DAN PERLUASAN WILAYAH

Apapun, menjelang tahun 718 Masihi, seluruh Semenanjung Iberia tumbang ke kekuasaan Orang Umat Islam kecuali wilayahnya yang paling utara. Pada titik waktu ini, Al-Andalus dijadikan sebagai sebuah wilayah naungan Kekhalifahan Umayyah, justeru ia berada di bawah pentadbiran gabenor-gabenornya. Sejarahwan mencatatkan bahawa hampir kesemua gabenor yang mentadbir ini memegang jawatan mereka tidak lebih dua tahun.

Walaupun gabenor-gabenor ini dilantik sendiri oleh Gabenor Ifriqiyya atau Khalifah di Damsyik, autoriti mereka pada hakikatnya dijejaskan oleh kehadiran pemerintah tempatan yang kebanyakannya merupakan keturunan pen4kluk awal. Penguasa-penguasa tempatan ini meluaskan pengaruh mereka ke wilayah-wilayah sekitar dan seterusnya hal ini membolehkan mereka untuk menghimpunkan kekayaan. Oleh hal yang demikian, mereka mempunyai sumber yang ampuh untuk menentang gabenor jika keadaan menuntut.

Walaupun gabenor-gabenor Umayyah kurang berjaya dalam meneguhkan autoriti mereka mengatasi penguasa-penguasa tempatan Al-Andalus, mereka berupaya meluaskan pengaruh Umat Islam di luar semenanjung. Misalnya pada tahun 719 Masihi, Al-Samh ibn Malik merentasi Pyrenees dan men4kluki Septimania (di Perancis moden). Orang Umat Islam kekal berada di rantau itu sehingga tahun 759 Masihi.

S3r4ngan Muslim ke atas Eropah Barat berlangsung sehingga tahun 732 Masihi, di mana pada tahun itu, sepasukan tentera Muslim yang dipimpin oleh Abd al-Rahman al-Ghafiqi ditewaskan oleh pasukan Franks pimpinan Charles Martel dalam Pertempuran Tours. Walau bagaimanapun, kemaraan Muslim ke Perancis lebih banyak dijejaskan oleh pemberontakan besar-besaran kaum Berber di Afrika Utara pada tahun 739 Masihi yang kemudiannya turut tersebar ke Al-Andalus.

Gambaran Pertempuran Tours

KETUMBANGAN DINASTI UMAYYAH DAN KEBANGKITAN AL-RAHMAN DI IBERIA

Pada tahun 756 Masihi, status Al-Andalus berubah daripada sebuah wilayah kekhalifahan kepada sebuah emiriyah yang merdeka. Hal ini merupakan rentetan daripada ketumbangan Kekhalifahan Umayyah pada tahun 750 Masihi. Setahun sebelum itu, Abu al-Abbas as-Saffah diangkat menjadi khalifah oleh para penyokongnya sebagai penentangan terhadap kekuasaan khalifah Umayyah, Marwan II. Dalam Pertempuran Sungai Zab yang meletus pada tahun 750 Masihi, Marwan ditewaskan sekaligus Kekhalifahan Abbasiyah pun ditubuhkan.

Folio dari sebuah Tarikhnama (kitab sejarah) oleh Balami, menunjukkan pengisytiharan Abu al-Abbas al-Saffah sebagai khalifah

Abbasiyah dengan kejam memburu dan membvnuh ahli-ahli keluarga Dinasti Umayyah yang masih hidup. Namun, salah seorang daripada mereka, iaitu Abd al-Rahman berjaya melarikan diri ke Al-Andalus. Ketika Abd al-Rahman tiba di sana, wilayah yang sebelumnya dikuasai oleh Umayyah sudah pun terbahagi kepada dua pecahan yang saling berseteru, iaitu Qays dan Yaman. Keadaan ini dilihat oleh Abd al-Rahman sebagai sebuah peluang untuk dimanfaatkan olehnya.

Abd al-Rahman dengan penuh cekap mengemudi politik Al-Andalus, mengubah persekutuannya dari satu pihak ke satu pihak. Selain itu, beliau turut meneguhkan kedudukannya dengan mengupah pasukan tentera yang sanggup berjuang untuknya. Menjelang tahun 755 Masihi, Abd al-Rahman merasakan bahawa kedudukannya sudah cukup kuat lantas bertindak meny3rang Gabenor Al-Andalus. Tindakannya itu meraih keberhasilan, justeru beliau menjadikan Cordoba sebagai ibu kotanya dan menubuhkan Emiriyah Cordoba.

Potret Abd al-Rahman I, salah seorang tokoh Muslim paling signifikan di Sepanyol pada zaman pertengahan

Abd al-Rahman memerintah selama hampir tiga dekad dan sepanjang tempoh itu, beliau perlu mendepani ancaman-ancaman daripada luar seperti pasukan tentera yang dihantar oleh Abbasiyah dan Franks, di samping ancaman dalaman seperti pemberontakan. Apapun, Abd al-Rahman merupakan seorang pemimpin yang cekap dan berupaya mempertahankan kerajaannya.

Para pengganti Abd al-Rahman meneruskan legasi beliau, dan Emiriyah Cordoba mencapai kemuncaknya pada kurun ke-10 Masihi. Pada tahun 929 Masihi, Abd al-Rahman III yang dianggap sebagai pemerintah terhebat Andalus, mengambil gelaran ‘Khalifah’ sekaligus mengubah status Emiriyah Cordoba menjadi Kekhalifahan Cordoba. Abd al-Rahman mewarisi datuknya, Abd Allah sebagai emir pada tahun 912 Masihi ketika beliau baru sahaja berusia 21 tahun.

MUSLIM BERTELAGAH, SEMENTARA KRISTIAN MEREBUT PELUANG

Pada masa-masa tertentu, Emiriyah Cordoba hanya merupakan pemerintah kecil di Al-Andalus dan banyak bergantung pada kesetiaan para penguasa Muslim tempatan. Lantaran itu, kerapkali berlaku penentangan terhadap hegemoni Cordoba.

Abd al-Rahman merupakan seorang ketua tentera yang cekap dan berupaya menjalankan kempen cemerlang ke atas seorang ketua pemberontak, iaitu Umar ibn Hafsun yang dianggap sebagai seteru terbesarnya. Pemberontakan ini tumbang secara ketara sesudah kem4tian Umar ibn Hafsun pada tahun 917 Masihi. Apapun, ibu kotanya yang terletak di Bobastro hanya tumbang ke tangan Abd al-Rahman pada tahun 928 Masihi.

Sebelum memasuki tahun 929 Masihi, Dinasti Umayyah di Al-Andalus sememangnya memperakui autoriti khalifah Abbasiyah sebagai ketua umat Muslim yang sah. Justeru, tatkala Abd al-Rahman menabalkan dirinya sebagai khalifah, ia dianggap sebagai pengisytiharan kemerdekaan dari autoriti Abbasiyah.

Pada masa yang sama, pengisytiharan ini juga merupakan susulan daripada tindakan Fatimiyyah, di mana pemerintahnya juga mengangkat diri sebagai ‘Khalifah’. Walaupun Abbasiyah memahami keadaan ini sebagai satu cabaran terbuka ke atas pemerintahannya, mereka tidak mampu melakukan sebarang tindak-balas.

Akan tetapi, Kekhalifahan Fatimiyyah yang menguasai pantai Afrika Barat dianggap oleh Abd al-Rahman sebagai ancaman terbesar buatnya lantaran mereka menjejaskan pengaruh Umayyah di barat laut Afrika. Abd al-Rahman tidak berupaya meruntuhkan Fatimiyyah, justeru pergelutan antara dua kekhalifahan ini berlanjutan sepanjang kurun ke-10.

Pemerintahan Kekhalifahan Umayyah di Al-Andalus berakhir pada tahun 1031, apabila kekhalifahan itu terbahagi menjadi sejumlah kerajaan kecil atau disebut sebagai taifa. Pada tempoh tersebut, taifa demi taifa memerangi antara satu sama lain dan saling melemahkan kekuatan masing-masing.

Negara-negara Kristian di utara menyedari situasi yang berlaku di Al-Andalus ini, justeru mengambil peluang untuk memperkuatkan kedudukan. Sebahagian taifa kehilangan wilayah di tangan pasukan tentera Kristian-Sepanyol, sambil ada pula yang dipaksa membayar ufti tahunan.

Pada tahun 1085, pen4klukan Toledo yang merupakan kunci masuk ke Al-Andalus oleh pasukan tentera Castile menerbitkan rasa cemas dalam kalangan pemerintah taifa-taifa di sana. Mereka lantas meminta bantuan Al-Murabitun yang berkuasa di barat laut Afrika. Al-Murabitun berupaya menghentikan kemaraan pasukan Kristian, namun mereka bertindak berpaling pihak dari taifa-taifa ini sekaligus menggulingkan para pemerintahnya. Al-Andalus kemudian disatukan di bawah pemerintahan mereka.

Gambaran pen4klukan Alfonso VI ke atas Toledo pada 25 Mei, 1085, di Plaza de Espana di Seville

Namun, Al-Murabitun digulingkan oleh sebuah lagi kuasa baru di barat laut Afrika, iaitu al-Muwahhidun sekitar tahun 1145. Al-Muwahhidun kemudiannya meny3rang Al-Andalus dan berjaya menguasai wilayah tersebut.

Walaupun beberapa buah taifa terbentuk sebagai susulan kejatuhan Al-Murabitun, taifa-taifa ini juga jatuh ke tangan Al-Muwahhidun. Satu-satunya ancaman terbesar buat Al-Muwahhidun adalah negara-negara Kristian yang semakin hari semakin meningkat kekuatannya.

Pada separuh pertama kurun ke-13 Masihi, Al-Muwahhidun secara bertahap tetapi pasti diasak ke selatan semenanjung. Beja tumbang ke tangan Portugal pada tahun 1234, Cordoba jatuh ke tangan Castile pada tahun 1236 dan Seville, ibu kota Al-Muwahhidun dikuasai pada tahun 1248. Seperti kebiasaannya, beberapa orang penguasa tempatan Umat Islam melihat nasib malang yang menimpa Al-Muwahhidun ini sebagai peluang untuk mereka menubuhkan taifa tersendiri. Walau bagaimanapun, mereka juga tidak berupaya melepaskan diri dari kekuasaan Kristian.

Masjid-Katedral Cordoba yang sebelum ini merupakan Masjid Jamek Cordoba. Masjid asal (742), yang lebih besar, dibina di atas tapak ‘Saint Vincent basilica’ (600)

KEJATUHAN UMAT ISLAM-MUSLIM DI SEPANYOL DAN LEGASI MEREKA

Kubu kuat Muslim yang terakhir di Al-Andalus adalah Emiriyah Granada yang diperintah oleh Dinasti Nasri. Emiriyah ini ditubuhkan oleh Muhammad ibn al-Ahmar pada tahun 1238. Memandangkan pihak Kristian tidak memandang Dinasti Nasri sebagai ancaman serius, mereka hanya sekadar mengutip ufti tahunan sahaja daripada mereka dan kadangkala, melakukan s3r4ngan ke atas mereka dari semasa ke semasa. Walaupun Muhammad ibn al-Ahmar merupakan pemerintah bawahan Castile, Dinasti Nasri menjalinkan pakatan dengan Dinasti Marini di barat laut Afrika untuk memerangi Kristian pada kurun ke-14.

Pakatan ini mengalami kekalahan besar di tangan tentera Castile dan Portugis dalam Pertempuran Rio Salado yang berlaku pada tahun 1340. Namun, pasukan tentera Kristian tidak melanjutkan kemaraan mereka lantaran kematian Alfonso XI of Castile pada tahun 1350. Dinasti Nasri mengekalkan kuasanya sehingga tahun 1492, iaitu tahun di mana Granada dit4kluk oleh Ferdinand II of Aragon dan Isabella I of Castile. Peristiwa ini menandakan pengakhiran buat Al-Andalus.

Potret Ferdinand II of Aragon dan Isabella I of Castile yang men4kluki Granada

Pada hari ini, tempoh pemerintahan Orang Umat Islam di Semenanjung Iberia dikenang sebagai La Convivencia, iaitu tempoh di mana kaum Muslim, Kristian dan Yahudi dapat hidup bersama secara harmoni sekaligus menyumbang kepada kemasyhuran Al-Andalus sebagai salah sebuah kawasan yang paling maju di Eropah.

Di bawah pemerintahan Orang Umat Islam, kaum Kristian dan Yahudi tidak dipaksa untuk menukar agama. Sebaliknya, mereka dibenarkan untuk terus menganuti agama masing-masing. Selain itu, mereka juga tidak diperhambakan dan dibenarkan untuk bekerja di sektor awam. Mereka juga tidak dipisahkan dalam kawasan perumahan khusus lagi terpencil yang sesak.

Namun, pada masa yang sama toleransi ini juga mempunyai batas-batas yang tertentu. Sebagai contoh, kaum Yahudi dan Kristian secara langsung mahupun tidak langsung dilayan sebagai warga kelas-kedua. Menyampaikan agama mereka kepada kaum Muslim juga tidak dibenarkan, dan undang-undang yang ketat dikenakan ke atas bangunan-bangunan sinagog dan gereja.

Toleransi yang disebutkan ini juga tidak berlangsung konsisten sepanjang pemerintahan Muslim di sana. Al-Muwahhidun berpegang kepada fahaman fundamental, justeru ramai bukan-Muslim yang berpindah setelah Cordoba dikuasai oleh mereka pada tahun 1148. Apapun, jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada kaum Muslim dan Yahudi oleh pemerintah Kristian sesudah Rec0nquista, pemerintahan Muslim di Sepanyol dilihat jauh lebih baik dan toleran.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (2 Jun 2020). Deciphering the Truth Behind the Moors in Spain. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/moors-spain-0013798


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.