“Bangsaku tidak mampu untuk menulis tulisan tersebut walaupun mereka mempunyai tangan, tidak mampu membaca tulisan tersebut walaupun mereka mempunyai mata. Joseon (sebuah Dinasti Korea) memerlukan sistem tulisan yang baru yang sesuai untuk semua bangsaku.” – Raja Sejong Yang Agung

Di atas, ialah quote yang dikongsikan di sebuah muzium di Korea Selatan yang menempatkan tentang sejarah hebat seorang raja agung yang memerintah tamadun Korea, iaitu Sejong The Great. Muzium yang diberi nama sebagai King Sejong Story (세종이야기) yang terletak di bawah tugu baginda di Gwanghwamun, Seoul. Berdekatan Gyeongbokgung Palace memberikan kita sebuah ayat yang sangat besar maknanya pada tamadun Korea.

Daripada quote itu, maka Raja Sejong Agung telah mencadangkan agar Korea mempunyai sistem tulisan mereka tersendiri. Dengan bantuan Jip Hyun Jun atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Hall Of Worthies, ialah sebuah organisasi mirip sebuah akademi, atau mirip Baitul Hikmah yang diasaskan oleh Kerajaan Abbasiyah, yang dimana telah mengumpulkan para cendekiawan dari seluruh Korea untuk menyumbang kepada perkembangan tamadun Korea sendiri.

Projek yang digerakkan oleh Raja Sejong ini bermula pada bulan DIsember 1443, setengah pendapat mengatakan bahawa pada bulan Januari pada 1444 Masihi. Projek mencipta sistem tulisan untuk bangsa Korea dikenali sebagai Hunmin Jeongeum yang bermaksud (The Proper Sounds for the Education of the People), dan dari nama projek inilah nama asal sistem tulisan ini diasaskan sebelum mendapat nama baru pada tahun 1912, iaitu Han Geul yang bermaksud “Tulisan Agung” atau boleh juga diterjemahkan membawa maksud “Tulisan Korea”. Di Korea Utara, nama seperti Choson juga digunakan merujuk kepada sistem tulisan ini selain daripada Uri kulcha yang membawa maksud “tulisan kita”.

Sebelum penciptaan tulisan Hangul, bangsa Korea lebih banyak menggunakan sistem tulisan China Klasik. Namun, penggunaan sistem tulisan China ini agak sukar memandangkan perbezaan bahasa yang ketara antara bahasa China dan Bahasa Korea. Untuk rekod, bahasa China dalam keluarga Sino-Tibetian manakala bahasa Korea ialah sebuah Isolate Language dan bahasanya agak terasing daripada keluarga bahasa utama dunia yang lain.

Sebab itu, Raja Sejong mengasaskan sendiri sistem tulisan ini demi membantunya bangsanya menjadi bangsa yang celik dan tidak lagi buta huruf. Namun, idea asal Raja Sejong ini ditentang oleh banyak cendekiawan ketika itu yang kebanyakkannya ialah Sino-Centrist. Sarjana-sarjana terutama sarjana Confucius Korea menanggap pengenalan sistem tulisan Hangul ini akan menggugat kedudukan mereka yang sebelum ini berkasta kerana hanya golongan tertentu sahaja mampu untuk menggunakan sistem tulisan Hangul. Bayangkan apabila semua golongan mampu membaca, maka mereka takut gelombang ilmu yang akan menyapa orang biasa ini akan menggugat kedudukan merela. Namun sedemikian, pengunaan sistem tulisan Korea ini menyerap masuk ke dalam budaya popular apabila rakyat umum menggunakannya terutama dalam pengunaan karya-karya fiksyen seperti novel.

Namun, sistem tulisan Hangul ini mati untuk beberapa ketika apabila dibawah pemerintahan Raja Yeongsangun, seorang raja yang paranoid mula melarangkan pembelajaran sistem tulisan Hangul dan mengharamkan pengunaannya pada tahun 1504 Masihi sebelum Raja Jungjong dari Dinasti Joseon sendiri membubarkan Kementerian Eonmum yang fungsinya ialah melakukan penyelidikan dalam bidang Hangul sendiri pada tahun 1506 Masihi.

Namun, seperti mati hidup semula, sistem Hangul kembali menjadi popular pada penghujung abad ke-15 apabila sastera-sastera puisi berbentuk gasa dan sijo sedang berkembang. Lalu pada lewat abad ke-17 pula, novel yang menggunakan sistem tulisan Hangul sebagai genre utama menjadi sangat popular.

Ketika lewat abad ke-19, ketika semangat nasionalisme Korea sedang bertiup kencang, barulah Hangul kembali digunakan semula secara rasmi dalam kerajaan Korea. Pada tahun 1894, Hangul digunakan dalam dokumen rasmi kerajaan. Sekolah rendah mula menggunakan Hangul pada tahun 1895 manakala akhbar Dongnip Sinmun mula diasaskan pada tahun 1896, menjadi akhbar pertama Korea menggunakan English dan Hangul dalam pencetakkan mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply