Seorang ahli perbuatan akan menggunakan peralatan khas untuk mendengar bunyi di dalam tubuh pesakit. Sebagai contoh, bunyi pernafasan, degupan jantung dan denyutan nadi, bunyi pergerakan usus dan bunyi dalam saluran darah.

Pada bahagian yang digunakan untuk diletakkan pada tubuh, ada dua jenis pelekap iaitu Bell dan Diafragma. Bell digunakan untuk mendengar bunyi berfrekuensi rendah, dan Diafragma untuk bunyi frekuensi tinggi.

Pada tahun 1816, Dr Rene Laennec telah mereka bentuk satu alat untuk kegunaannya semasa merawat pesakit. Beliau ialah seorang pakar perubatan daripada Perancis.  Beliau adalah seorang sarjana perubatan di Paris dan sempat menjadi murid beberapa tokoh perubatan terkenal seperti Guillaume Dupuytren dan Jean-Nicolas Corvisat.

Pada awal kurun ke-18, para ahli perubatan meletakkan telinga mereka pada dada pesakit untuk memeriksa dan mendengar bunyi jantung pesakit. Dalam satu buku yang ditulis oleh beliau, menceritakan bagaimana idea penciptaan peralatan ini boleh timbul.

Pada tahun 1816, beliau merawat seorang perempuan yang mengadu mengalami sakit dada. Beliau merasakan tidak selesa dengan proses rawatan memandang perbezaan jantina. Jadi dia menggunakan gulungan kertas berbentuk silinder dan meletakkan hujung gulungan kertas itu pada dada pesakit. Tanpa disangka, ianya menjadi satu penyelesaian dalam untuk satu masalah praktis dunia perubatan.

Dr. Laennec sangat kagum dengan hasil percubaannya itu. Disebabkan penggunaan kertas mendapat hasil yang kurang stabil, maka dia membuat satu silinder menggunakan kayu. Silinder kayu berongga berukuran panjang 30cm dan ukur lilit diameter 2cm, dan mempunyai tiga bahagian yang boleh dipisahkan. Ianya lebih baik daripada kertas dan mudah dibawa kemana-mana semasa melakukan rawatan. Beliau menamakan alat ciptaanya itu sebagai stethoscope. Stethos dalam bahasa greek bermaksud dada, manakala Scopos bermaksud rawatan.

Laennec stethoscope yang di pameran di Muzium Sains London

Pada tahun 1840, Dr Golding Bird menambahbaik rekaan stetoskop Dr Laennec. Dia menggunakan satu tiub panjang dan bersambung dengan satu alat pendengaran. Ianya lebih fleksibel dan memudahkan kerja doktor. Ianya diberi nama snake ear trumpet.

Golding Bird dan stetoskop yang telah ditambahbaik pada tahun 1840

Kemudian, Dr. Arthur Leared menambah satu lagi alat pendengaran supaya boleh digunakan pada kedua belah telinga doktor. Inovasinya dipamerkan di Great Exhibition in 1851. Kemudian Dr George Cammann memasarkan peralatan ini secara komersial pada tahun 1852.

*Penghasilkan stetoskop menggunakan tiub getah yang fleksibel dipengaruhi dengan import getah dari Tanah Melayu. Pameran Dr. Arthur Leared dikatalog dengan tajuk “Double stethoscope made of gutta-percha”.

Sekitar tahun 1845, satu rekabentuk satu model stetoskop diperkenalkan dengan dua tiub pelekap. Para doktor boleh menggunakannya untuk mendengar dua bunyi pada masa yang sama. Sebagai contoh, bunyi jantung dan bunyi paru-paru.

Seratus tahun selepas itu, seorang prosefor dari Harvard iaitu David Littmann melakukan inovasi terbaru untuk peralatan ini.  Beliau bekerjasama dengan satu syarikat bernama 3M. Bahan yang digunakan untuk peralatan ini lebih ringan dan memudahkan untuk dibawa. Tiub panjang yang diperbuat daripada getah yang fleksibel menyambungkan tiub telinga dan pelekap. Ianya juga mempunyai dua jenis tempat pelekap di dada pesakit, iaitu bell dan diafragma.

Rekaan ini digunakan sehingga sekarang oleh para ahli perubatan. Malah syarikat ini juga masih beroperasi sehingga hari ini.

Untuk memudahkan kerja para ahli perubatan, peralatan ini terus ditambahbaik. Inovasi hari ini ialah rekaan stetoskop elektronik yang boleh mengawal kekuatan bunyi, mengira degupan jantung dan merekod maklumat itu.

RUJUKAN:

  1. Fred Weinberg (1993) The History Of The Stethoscope, Canadian Family Physician Vol 39 : Oktober 1993
  2. Harbison (2016) ‘The old guessing tube’: 200 years of the stethoscope, QJM: An International Journal of Medicine, Volume 110, Issue 1, January 2017, Pages 9–10, https://doi.org/10.1093/qjmed/hcw108
  3. Hollman A. (2002). An Ear to the Chest: an Illustrated History of the Evolution of the Stethoscope. Journal of the Royal Society of Medicine, 95(12), 626–627.
  4. Marc Barton (2016) The Story Of Rene Laennec And The First Stethoscope, Past Medical History Website.
    https://www.pastmedicalhistory.co.uk/the-story-of-rene-laennec-and-the-first-stethoscope/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.