Garisan antara seni dan kebodohan memang halus pemisahnya. Disebabkan itu sebuah unsur seni dipandang bodoh oleh sesetengah pihak; begitu juga sebaliknya, yang mana satu perkara bodoh dianggap seni. Namun tatu mempunyai sudutnya sendiri dalam sejarah manusia. Pertama sekali, terdapat perbezaan ketara antara menginai dan mencacah tatu yang memasukkan pigmen dakwat ke dalam kulit. Disebabkan itu juga tatu dipandang negatif sebagai dosa dalam beberapa agama.

Larangan dalam agama Islam boleh disahkan melalu hadis Nabi Muhammad SAW yang dipetik “Daripada Ibnu Umar R.A., sabda baginda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.’” (Riwayat al-Bukhaari, 5587)

Agama Kristian pula mengesahkan larangannya melalui Kitab Imamat: “Dan sesungguhnya kamu diharamkan memotong daging si mati, mahupun menulis apa-apa pada badan kamu.” – 19:28. Larangan ini berbentuk ekstrim yang memungkinkan pengharaman terhadap menginai pun. Namun terdapat perbezaan pendapat antara fikrah Kristian yang berpendapat Nabi Isa (as) membawa undang-undang baharu, meskipun ada ayat bahawasanya baginda tidak datang untuk menggantikan undang-undang lama.

Memandangkan Kitab Imamat merupakan sebahagian daripada Taurat, maka ia sehabisnya diharamkan bagi agama Yahudi. Untuk tiga agama Ibrahim ini haramkannya, jelas terbukti bahawa sejarah tatu sebenarnya sangat panjang. Tatu didapati diamalkan dalam budaya Eropah Lama yang memumiakan jenazah-jenazah mereka. Pada tahun 2015, sebuah penyelidikan sains menemui dua mumia mempunyai 61 jenis tatu di Alps yang hidup sekitar 3250 S.M.. Di Mesir pun tiada perbezaan juga yang dua mumia ditemui berasal daripada 3351-3017 S.M..

Amalan mencacah ini juga ditemui dalam kalangan orang-orang asli di Taiwan, Asia Tenggara dan Malagasy. Etnik-etnik Austronesia menggunakan teknik mengukir pada ulit daripada duri pokok, tulang ikan atau cangkerang tiram.

Sekitar abad ke-16 pula, pelayar-pelayar Perancis direkodkan menculik seorang wanita Inuit (dan anak perempuannya) dari sebuah tanah di Kanada. Apabila ditayangkan, berduyun-duyun orang datang sehingga semua sanggup membayar pun. Seorang lelaki pun bersuku Inuit diculik seorang lanun Inggeris bernama Sir Martin Frobisher sebelum ditayangkan di London dimana beliau mati kerana penyakit-penyakit di Eropah. Frobisher kemudian menculik sekeluarga lagi untuk tayangan.

Semua dalam kalangan Inuit ini didapati bertatu, mungkin suatu perkara yang janggal dalam kalangan Eropah pada masa itu. Dalam penulisan seorang penjelajah bernama William Dampier pula, seorang hamba dari Mindanao diceritakan sebegini:

“Dia diconteng dari kepala ke dada, bahu dan paha…. Aku tidak boleh mencirikan lukisannya pada mana-mana haiwan. Sebaliknya semua (tatunya) sangat menarik perhatian dengan garisan, ukiran dan bunga-bunga.”

Secara politik pula, kerajaan Jepun dibawah Maharaja Mikado Meiji pernah mengisytiharkan pengharaman yang tidak diubah sehingga 70 tahun lamanaya. Ia merupakan suatu pendekatan sosial oleh Jepun untuk membangunkan sebuah bangsa miripkan barisan konservatif yang tidak dibatasi kegiatan membuang masa. Walaupun pengharaman tersebut dimansuhkan sekitar 1948, bangsa Jepun masih diseragamkan dengan mentaliti tersebut. Semua pekerja di Osaka tidak dibenarkan mentatu (melainkan yang dibuat sebelum perlantikan… yang mesti ditutup dengan kain). Malah pekerja juga disarankan membuang tatu untuk membuat identiti “first impression” yang tiada kaitan dengan yakuza.

Di China pun begitu juga, kerana perbuatan mencacah dipandang negatif hanya untuk banduan sahaja. Dan unsur negatif sebegini turut disaksikan dalam budaya Rom yang mencacah penjenayah dan hamba, suatu perkara yang meresapi dalam budaya-budaya Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Sesiapa yang melarikan diri daripada peperangan akan dicacah dengan tatu. Mungkin disebabkan itu juga, ramai banduan di penjara Amerika misalnya mencacah diri sebagai indikator bilangan tahun dalam penjara.

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.