Tidak ramai yang faham kepentingan sejarah. Asal kami tulis pasal sejarah saja, mesti datang puak yang cakap, “asyik-asyik imbau kenangan lama.” Golongan yang mempersoal tentang sejarah harus lihat Rusia hari ini. Betapa besarnya negara ini tetapi bangsanya tidak pernah menyisihkan sejarah. Kalau tidak percaya, cuba tengok bandar Suzdal yang terletak dalam Vladimir Oblast (Zon Vladimir). Dua nama ini merupakan identiti utama Rusia, yang berasal daripada sebuah negeri dipanggil Vladimir-Suzdal.
Sampai hari ini Rusia mengekalkan identiti sejarah bandar Suzdal. Sesiapa saja yang mengunjungi bandar ini akan berpatah balik masa ke zaman 1,000 tahun lalu, apabila negeri silam Vladimir-Suzdal menjadi wilayah naungan Mongol. Tidak perlu belek buku sejarah. Tidak perlu buka manuskrip lama. Cukup tengok saja seni bina bandar. Pasti akan sampai titik terawal penubuhan Persekutuan Rusia.
Kenangan Pahit Di Suzdal
Untuk mendapatkan perspektif, cuba tengok Pulau Perhentian. Saiznya dalam lingkungan 15 kilometer persegi saja. Itulah saiz bandar Suzdal, serba kecil tetapi dengan 30 buah gereja. Ertinya kalau berjalan setiap kilometer, pasti akan jumpa dua buah gereja. Suzdal dianggap bandar kaya gereja kerana 1) rakyatnya patuh pada agama Kristian Ortodoks dan 2) sejarah pahit di sebalik setiap gereja.
Sebelum kita cakap pasal Vladimir the Great, apa kata kita bincang sekejap tentang Vladimir Putin? Beliau telah menubuhkan sebuah ’empayar baharu’ selepas teruk dirobek kroni-kroni Boris Yeltsin pada era pasca-Soviet. Teruk Putin kena untuk sampai pada tahap sekarang. Jadi kalian dipelawa membeli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA yang dah ada di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320?
Apabila Vladimir the Great membuka negaranya pada tahun 980, seluruh wilayah di kawasan tersebut menjadi penting. Ada banyak bandar dalam wilayah tersebut – Novgorod, Vladimir-Suzdal, Yaroslavl antaranya (Nikolaeva, 2022). Ini kira zaman pra-Moscow apabila putera-putera berbangsa Rusia gemar tanding-menandingi antara satu sama lain. Jadi pemerintah Vladimir-Suzdal mempunyai ilham luar kotak.
Mereka membina rumah dan kedai yang diperbuat daripada kayu. Walau bagaimanapun, mereka mewajibkan gereja dibina dengan menggunakan batu kapur. Bukan main susah batu kapur perlu diangkut daripada kuari yang terletak 400 kilometer jauh. Tidak cukup dengan bahan, struktur juga wajib kuat. Gereja dibina begitu kukuh untuk menampung kekuatan teknologi pada masa itu.
Zaman sekarang, sebatang misil sudah cukup untuk meratakan bangunan. Namun pada zaman itu, jentera perang lebih berfizikal. Anak panah perlu tepat. Menara kepung (siege tower) pula untuk menumbangkan pertahanan. Tiada siapa cukup gila untuk meratakan sebuah bangunan. Jadi pada mata pemerintah Vladimir-Suzdal, inilah peluang untuk menyelamatkan rakyat. Mereka mewajibkan gereja-gereja dibina begitu kuat dan kukuh supaya boleh menjadi kubu ketika dikepung.
Tidak pasti jika semua gereja berhubung antara satu sama lain melalui jalan bawah tanah. Tetapi gereja-gereja dibina kerajaan Vladimir-Suzdal berjaya menyelamatkan ribuan nyawa pada ketika bandar mereka dikepung musuh (Dingfelder, 2013). Maka gereja-gereja di Suzdal jika ada mata dan mulut pasti boleh bercerita tentang kematian barisan pertahanan. Berapa ramai yang pergi buat selamanya untuk mengekalkan kota ini….
Sejarah Dipelihara Sampai Sekarang
Kebijaksanaan pemerintah Vladimir-Suzdal mencapai telinga pemerintah-pemerintah lain. Mereka mula melihat ilham gereja sebagai langkah keselamatan. Banyak pihak membina gereja dengan batu, supaya boleh meniru keberkesanan gereja-gereja Vladimir-Suzdal. Walau bagaimanapun, bandar-bandar ini kemudian menjadi mangsa kerakusan Kesatuan Soviet yang mengimarahkan ajaran komunisme.
Begitu gigih Soviet bertindak menghapuskan agama dan mencabut akar Kristian daripada rahim bangsa. Namun budaya Suzdal menghunus jari tengah terhadap kekafiran Soviet. Mereka berpegang teguh pada prinsip keagamaan dan selama 70 tahun itulah mereka bertahan asakan Vladimir Lenin, Joseph Stalin, Nikita Khrushchev, Leonid Brezhnev dan Mikhail Gorbachev.
Tahan punya tahan, Kesatuan Soviet terburai dengan legasinya dipijak. Suzdal pula dijulang sebagai identiti negara. Di sini jelas – sejarah menjadi saksi kehebatan sebuah bangsa. Apabila sejarah dicabut daripada akarnya, tinggal hanya rangka terurai dibuai dorongan lain.
Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF
RUJUKAN:
Dingfelder, S. (2013, Jun 6). Suzdal, Russia, holds on to its sacred sites. The Washington Post.
Nikolaeva, K. (2022). Suzdal. The Golden Ring of Russia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih