Sparta meraih kemasyhuran yang tersendiri sebagai sebuah negara-kota yang mencurahkan sepenuh perhatian terhadap bidang ket3nter4an. Hal-hal yang di luar ruang lingkup pep3r4ngan dan politik kesemuanya diserahkan kepada golongan hamba. Hal ini supaya warga lelaki Sparta dapat menumpu sepenuhnya pada latihan ket3nter4an.

Kebiasaannya, mereka akan mula menyertai progam latihan fizikal yang lasak pada usia tujuh tahun. Kemudian sesudah mencapai usia 20 tahun, mereka akan diserap masuk ke dalam unit Hoplite dan terlibat secara langsung dalam pep4r4ngan.

Cuma, apa yang menjadi pokok persoalan dalam artikel kali ini adalah sejak bila dan bagaimana kota ini mula mengamalkan tradisi sebegini? Apakah yang mendorong warga Sparta untuk membentuk salah sebuah pasukan t3nt3ra paling berdisiplin di rantau Yunani purba? Segala persoalan ini membawa kita kepada satu sosok yang bernama Lycurgus, di samping sejarah penghambaan warga-warga jiran Sparta.

KEHIDUPAN TENT3RA DI SPARTA

Di kota Sparta, kesemua warga lelaki yang berusia bawah 60 tahun dianggap sebagai t3nt3ra. Kaum lelaki Sparta memulakan kehidupan mereka dalam bidang ketenteraan sejak usia awal. Ketika berumur tujuh tahun, kanak-kanak Sparta akan dimasukkan ke dalam sebuah institusi yang dikenali sebagai agoge.

Di sana, mereka akan menjalani latihan fizikal yang lasak. Mereka juga diajar membaca dan menulis, selain turut didedahkan kepada sastera puisi dan hal-ehwal politik. Apapun secara keseluruhan, pendidikan di Sparta merangkumi latihan fizikal yang bertujuan meningkatkan ketahanan fizikal dan mental, serta kemahiran mandiri.

Kanak-kanak ini juga sengaja kurang diberi makan sehingga mereka terpaksa membentuk kemahiran mencuri makanan tanpa tertangkap. Sekiranya tertangkap, mereka akan dikenakan hukuman yang berat. Lebih daripada itu, mereka juga kerap dipukul dan dicambuk demi meningkatkan ketahanan mental. Sebaik mencapai usia dewasa, iaitu sekitar 18 atau 19 tahun, mereka akan diberikan latihan ket3nt3raan yang rasmi sebelum diserap ke dalam pasukan t3nt3ra Sparta pada usia 20 tahun.

Mereka akan menetap di barak bersama rakan-rakan komrad dan lazimnya akan diberi makan secara berjemaah di dewan-dewan yang dipanggil sebagai syssition. Memandangkan mereka dituntut supaya menumpu pada latihan ket3nt3raan dan menghindari sebarang bentuk gangguan, maka mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin apalagi mengumpul kekayaan. Plutarch di dalam karyanya memerihalkan bahawa di dalam kem t3nt3ra Sparta, mereka tidak dihiburkan dengan penyanyi mahupun penari wanita.

Sebaliknya, mereka menghabiskan masa-masa senggang dengan berlatih dan mengasah kemahiran tempur. Mereka hanya dibenarkan untuk berkahwin sesudah mencapai usia 30 tahun. Bermula pada usia itu juga mereka akan dibolehkan untuk menyandang lebih banyak tanggungjawab. Namun, mereka tidak diizinkan untuk bersara kecuali pada usia 60 tahun.

Tugu memperingati Raja Leonidas di Sparta moden


LYCURGUS

Sejarawan purba mengembalikan akar penerapan nilai-nilai kesederhanaan dan kecergasan t3nt3ra dalam kalangan warga Sparta kepada seorang negarawan ulung mereka yang bernama Lycurgus. Plutarch mencatatkan bahawa beliau hidup sebelum tahun 772 Sebelum Masehi. Menurut Herodotus pula, Lycurgus adalah saudara kepada raja Sparta dan semasa bertugas sebagai pengasuh anak buahnya, beliau berkelana ke Pulau Crete dan mempelajari kaedah-kaedah yang sesuai untuk membentuk masyarakat Sparta berasaskan nilai disiplin, kesederhanaan, dan kesiapsiagaan t3nt3ra.

Sebelum itu, kata Herodotus, masyarakat Sparta merupakan masyarakat ‘yang paling tidak terurus jika dibandingkan dengan masyarakat-masyarakat Yunani yang lain’. Herodotus juga menukilkan satu penceritaan yang mendakwa kononnya Lycurgus menerima perundangan Sparta daripada Ramalan Delphi (Oracle of Delphi). Beliau juga didakwa pernah mengunjungi Mesir yang sekian lama dikenali sebagai pusat keilmuan.

Lycurgus

Sehingga kini, sejarahwan tidak memberikan kata putus sama ada Lycurgus ini benar-benar seorang tokoh sejarah atau sekadar watak mitos. Namun apa yang pasti, beliau bertanggungjawab mengasaskan institusi agoge di Sparta yang berperanan melatih pemuda-pemuda kota menjadi t3nt3ra yang dig3runi.

Lycurgus jugalah yang diberikan kredit atas penubuhan Gerousia, iaitu sebuah badan pentadbiran Sparta yang dianggotai oleh warga yang berusia lebih 60 tahun. Sebagai simbol penghormatan yang tinggi terhadap Lycurgus, sebuah kuil dibina bagi memperingati kematiannya.

GOLONGAN HELOT

Satu lagi pengaruh besar yang mendorong Sparta untuk menerapkan budaya ket3nteraan yang jitu adalah ancaman daripada golongan hamba. Thucydides mencatatkan bahawa pada kurun ke-8 Sebelum Masehi, Sparta men4klvk Massenia dan memperhambakan kebanyakan warganya.

Keturunan hamba Massenia ini kemudian membentuk Helot. Bilangan Helot jauh lebih besar berbanding warga Sparta dan mereka hidup dalam kalangan keluarga dan masyarakat yang tersendiri sekaligus hal ini membolehkan mereka membentuk kesatuan yang lebih jitu berbanding golongan hamba di negara-negara kota Yunani yang lain yang lazimnya diasingkan daripada sanak-saudara.

Kesatuan yang mantap dan bilangan yang ramai ini membuatkan warga Sparta sentiasa berawas kalau-kalau mereka bangun memberontak. Hal ini menuntut mereka untuk sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan makanya, mereka banyak menumpu pada latihan ket3nt3raan.

TERJEMAHAN:

Caleb Strom. (12 November 2016). Sparta: An Ancient City of F!erce and Courageous Citizen Soldiers. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history/sparta-ancient-city-f!erce-and-courageous-citizen-soldiers-007001


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.