Pernah tak apabila anda selalu dengar muzik dengan genre sama, anda akan naik muak? Ya, macam tu lah saya dengan muzik pop. Bunyi lebih kurang sama sahaja mengikut saya. Membosankan.

Begitu jugalah dengan masyarakat sekitar penghujung 1960-an. The Beatles contohnya, ingin meneroka cabang muzik terbaru dan bergerak ke arah rock psikadelik. Begitu juga dengan beberapa kumpulan kugiran dan artis lain seperti The Who, Frank Zappa, Bob Dylan dan sebagainya. Malah, Pink Floyd pada asalnya ialah kugiran rock psikadelik sebelum bergerak ke arah rock progresif.

Dipendekkan cerita, genre rock progresif ini meledak setelah kemunculan dua nama besar. King Crimson dan David Bowie. Album debut King Crimson, In The Court of Crimson King telah mendapat perhatian yang kritikal, mendapat pengiktirafan platinum dan emas dan mempengaruhi corak muzik moden. Berbanding King Crimson, David Bowie bukanlah seorang artis prog. Beliau merupakan artis art rock. Pada dasarnya, prog rock dan art rock adalah lebih kurang sama, cuma struktur art rock adalah lebih mainstream berbanding prog rock. Sebagaimana King Crimson, David Bowie juga telah meninggalkan legasi yang besar terhadap dunia muzik. Beliau mempopularkan genre space rock, genre yang kita dapat lihat pada kugiran seperti Muse (juga dikira sebagai prog rock moden), Haken dan pelbagai lagi. Jangan sembang pasal space rock kalau anda tak pernah dengar lagu Space Oddity oleh David Bowie.

Prog rock dan art rock ni mencapai zaman kegemilangannya sekitar zaman 70-an. Nama-nama besar seperti King Crimson, Pink Floyd, YES dan Genesis mendominasi dunia muzik pada zaman tersebut. Dalam saya mecnceritakan sejarah scene prog rock, rasanya lebih elok kalau saya cerita dahulu apa yang menjadikan muzik itu progresif?

STRUKTUR PROG ROCK

Cara paling senang untuk lihat struktur prog ialah melalui rentak masanya. Kebanyakan lagu mainstream menggunanakan rentak 4/4, yakni anda boleh kira rentaknya sebagai 1..2..3..4.. dan diulang 4 kali. Walau bagaimanapun, prog rock tak menggunakan rentak masa mainstream. Kebanyakan daripada artis dan kumpulan prog adalah pelajar muzik klasik. Muzik prog rock, sebagaimana muzik klasik sepert era Beethoven dan Franz Liszt, menggunakan rentak masa aneh. Money oleh Pink Floyd misalnya, menggunakan rentak masa 7/4. Odd time signature. Oleh sebab itulah kebanyakan daripada muzik prog adalah panjang dan kompleks. Sebagai contoh, anda boleh cuba mendengar lagu Close to the Edge oleh YES seperti yang tertera pada playlist Spotify di hujung artikel.

Lagu berdurasi bawah 5 minit adalah bukan standard lagu prog rock. Selalunya satu lagu prog rock berdurasi lebih 8-12 minit. Itu adalah standard. Karya agung prog rock seperti Close to the Edge-YES, Shine On You Crazy Diamond-Pink Floyd dan Supper’s Ready-Genesis mengambil masa lebih 17 minit untuk setiap satu lagu. Oleh sebab inilah kadang kala satu album prog rock hanya mengandungi 5 lagu sahaja, tapi tempoh durasi total mampu mencapai sejam lebih. Kalau anda mahu melihat dengan lebih mendalam berkenaan struktur prog yang kompleks, anda boleh rujuk pada artikel saya berkenaan struktur lagu Lateralu oleh Tool: https://thepatriots.asia/archives/3501

Oleh kerana artis prog rock adalah golongan yang mahu menjadikan muzik lebih berseni, maka kebanyakan daripada sentuhan karya mereka melibatkan tahap kesenian yang tinggi. Sebagai contoh, anda boleh melihat karya kulit album bagi kugiran YES dan Pink Floyd:

Gambar 1: Album Fragile oleh YES
Gambar 2: Album Echoes: The Best of Pink Floyd oleh Pink Floyd

Selain daripada seni kulit album, sisi seni lirik juga diberi perhatian yang cukup tinggi. Sekiranya anda melihat lirik Supper’s Ready oleh Genesis, anda akan perasan liriknya persis hikayat moden. Begitu juga dengan lirik Space Oddity yang agak nihilistik berserta kritikan David Bowie terhadap kerajaan UK mengenai Zaman Angkasa. Dalam bahasa mudah, lirik mereka adalah puitis. Lihat contoh lirik lagu Happy Returns oleh Steven Wilson:

Hey brother, happy returns

It’s been a while now

I bet you thought that I was dead

But I’m still here, nothing’s changed

 

Hey brother, I’d love to tell you

I’ve been busy

But that would be a lie

‘Cause the truth is

The years just pass like trains

I wave but they don’t slow down

Sekarang, saya nak sambung balik tentang sejarah prog rock. Pada penghujung 70-an, genre ni mula kurang mendapat peminat apabila genre punk rock mula mendominasi. Setelah beberapa tahun dalam fasa kemerosotan, kugira dan artis prog rock mula berpecah dan berfragmen lalu mewujudkan subgenre baru seperti prog metal, new wave dan banyak lagi. Dengan fragmentasi ini, genre prog rock masih kekal wujud dan relevan. Hasilnya, kita mempunyai kugiran prog rock moden seperti Steven Wilson, Radiohead dan Muse. Tak kurang juga kumpulan prog metal seperti Dream Theater, Opeth dan Meshuggah. Tahun 2016-2017 saya kira sebagai tahun gemilang prog rock moden dengan munculnya karya agung David Bowie ‘Blackstar’ (yang ditulis sebagai elegi beliau sebelum mati), album To The Bones oleh Steven Wilson dan juga karya terbaik Avenged Sevenfold ‘The Stage’ yang langsung tak disangka akan bergerak ke arah prog.

Demikian itu sahajalah coret ringkas saya berkenaan sejarah rock progresif. Dengan tertulisnya artikel ini, saya akan huraikan lagi sejarah dan legasi kumpulan prog rock terkenal seperti Pink Floyd dan Radiohead satu persatu, sebelum bergerak ke arah prog metal dan legasi album …And Justice for All oleh Metallica pada penulisan berikutnya.

Senarai lagu rock progresif pilihan penulis:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply