Sebut saja nama Wonder Woman, pasti ramai bersiul melihat kelibat p4hlawan-p4hlawan wanita Amazon yang jelita tetapi handal bertarung dalam filem Wonder Woman. Mungkin ada menganggap kelibat mereka hanya wujud dalam dunia fiksyen komik dan filem semata-mata. Hakikatnya, kisah mereka sebenarnya diinspirasikan daripada p4hlawan-p4hlawan wanita Eurasia silam yang digeruni di kawasan sekitar Laut Hitam.

Jadi, siapa itu puak Amazon? Mengikut mitos Yunani, mereka merupakan puteri-puteri dewa p3rang Ares. Wanita merupakan majoriti utama dalam puak berkenaan dan lelaki hanya dialu-alukan untuk tujuan mendapatkan zuriat. Bagi memastikan kedudukan mereka tidak tercabar, semua bayi lelaki yang dilahirkan akan dibvnvh.

Puak Amazon dikatakan menetap di pinggir kawasan bertamadun atau lebih tepat kawasan-kawasan di selatan perairan Laut Hitam. Negara kota Themiskyra merupakan kota utama yang dihuni puak berkenaan dengan Ephesus pula berperanan sebagai lokasi acara ritual seperti peng0rbanan dan tarian p3rang. Puak Amazon dikatakan bertanggungjawab mengasaskan kota-kota seperti Cyme, Sinope, Priene, Myrina dan Smyrna.

Dalam catatan Herodotus, pada satu ketika, berlaku pertemuan antara pahlawan-pahlawan Amazon dengan orang Scythia. Dalam pertemuan tersebut, orang Scythia mengusulkan mereka membentuk sebuah kerajaan yang baru bersama-sama. Kumpulan Amazon bersetuju dengan gagasan tersebut tetapi dengan syarat mereka dan keturunan mereka tidak mengubah gaya hidup mereka.

Gabungan dua kumpulan ini dikatakan sebagai nenek moyang bangsa Sarmatia di selatan Rusia. Bangsa ini dikenali bukan saja kerana berupaya menunggang kuda dengan baik tetapi kerana keg4n4san mereka di medan p3rang.

Memandangkan budaya mereka sebagai p4hlawan, golongan Amazon dikatakan membuang payu dara kanan mereka dengan tujuan menyenangkan penggunaan busur atau membaling l3mbing. Malah, terma a-mazon itu sendiri dipopularkan sebagai tiada payu dara padahal maksud sebenarnya ialah satu buah dada atau tidak menyusu.

Ada pula berpandangan nama Amazon itu berasal dari Parsi yang bermaksud p4hlawan. Ada pula yang melihat nama Amazon berasal dari Armenia yang bermaksud dewi bulan. Nama ini berkemungkinan merujuk kepada pendeta-pendeta wanita di kawasan selatan Laut Hitam yang kadangkala mengangkat s3njata apabila situasi memerlukan.

Dalam kebanyakan hasil seni Yunani sama ada ukiran atau patung, orang Amazon digambarkan memakai perisai hoplite atau menunggang kuda. Senjata yang biasa ditampilkan dalam ukiran ialah busur dan anak p4nah tetapi ada juga ukiran menunjukkan p4hlawan Amazon membawa k4pak p3rang. P4hlawan Amazon bukan saja mahir dalam pert3mpuran konvensional tetapi juga bijak mengatur s3rangan hendap.

Mengikut mitos Yunani, terdapat beberapa pertembungan menarik antara orang Yunani dengan puak Amazon. Pertama, pertemuan Hercules dengan Ratu Hippolyte. Pada satu ketika, Raja Eurystheus yang memerintah Mycenae, Tiryns dan Argos menugaskan putera Dewa Zeus itu mendapatkan tali pinggang pemerintah Amazon itu. Ini kerana tali pinggang tersebut merupakan pemberian Dewa Ares kepada Hippolyte.

Terdapat banyak versi bagaimana Hercules berjaya mendapatkan tali pinggang tersebut. Satu versi menyatakan Hippolyte bersetuju menyerahkan tali pinggang tersebut kepada beliau. Satu versi lain mendakwa bonda tiri Hercules, Hera menghasut orang Amazon melawannya tetapi gagal sebelum tali pinggang tersebut diserahkan kepadanya.

Yang pasti, wujud versi pertarungan tersebut dalam bentuk ukiran Andromeda, seorang p4hlawan Amazon melawan Hercules. Dalam satu versi lain, salah seorang pahlawan yang mengikut Hercules, Theseus jatuh cinta dengan p4hlawan Amazon bernama Antiope dan membawanya pulang ke Athens. Tindakan ini membawa kepada pertembungan kedua dua puak berkenaan.

Tidak lama selepas peristiwa tersebut, Theseus diangkat sebagai pemerintah Athens dan Antiope menjadi permaisurinya. Bagi orang Amazon, peristiwa penculikan Antiope tidak pernah dilupakan dan mereka mahu membawanya pulang. Justeru, satu ketumbukan besar dihantar ke Athens untuk merealisasikan matlamat tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Theseus melihat kehadiran mereka meng4ncam kedudukannya sebagai pemerintah Athens. Pert3mpuran tercetus antara kedua-dua pihak yang menyaksikan pihak Athens memperoleh kemenangan dan pihak Amazon diusir keluar. Tetapi Theseus terpaksa membayar harga yang mahal apabila kehilangan Antiope dalam pert3mpuran tersebut.

Dalam konteks dunia sebenar, Amazon dianggap sebagai puak gasar yang meng4ncam keamanan dan keselamatan Yunani. Justeru, tidak hairanlah dalam sesetengah ukiran atau lukisan tembikar yang memaparkan pertarungan sengit Yunani-Parsi seperti Pert3mpuran Marathon, orang Amazon dipakaikan pakaian Parsi. Ia bertindak sebagai mesej bahawa pemimpin-pemimpin Yunani berjaya mempertahankan Athens dari 4ncaman asing.

Dari segi arkeologi, pelbagai penemuan arkeologi menarik membabitkan orang Sarmatia di banyak kawasan termasuk Kazakhstan. Sesetengah penemuan ini dikatakan sama dengan rekod yang dicatatkan Herodotus iaitu sesetengah wanita merupakan pahlawan ketika itu. Ini berdasarkan penemuan rangka-rangka wanita bersama s3njata, perisai dan kec3deraan yang biasa dilihat dalam pep3rangan.

Satu kubur Scythia menarik ditemui berhampiran bandar lama Tyras. Dalam kubur tersebut, pasukan arkeologi menemui rangka seorang wanita dengan kecederaan di bahagian tengkorak (berkemungkinan dipvkvl dengan kapak p3rang) dan ditvsvk anak p4nah di bahagian lutut. Turut ditemui dua l3mbing besi, 20 anak p4nah dengan kepala yang diperbuat daripada gangsa, sebilah pisau gangsa dan serpihan-serpihan perisai.

Analisis rangka dan objek yang ditemui bersama oleh para saintis membabitkan 1,000 kubur p4hlawan puak gasar dari Turki ke Rusia turut mendedahkan satu keputusan menarik. Daripada 1,000 kubur tersebut, 37% milik p4hlawan wanita dan mereka mengalami kec3deraan atau m4ti semasa bert3mpur.

Kebanyakan kubur ini dikatakan bertarikh abad kelima hingga keempat SM. Dan seperti p4hlawan-p4hlawan wanita Amazon, mereka m4ti pada usia muda antara 16 hingga 30 tahun. Dengan keputusan ini, ia jelas menunjukkan Amazon yang digambarkan artisan, sejarawan dan penglipur lara Yunani bukan imaginasi tetapi bersandarkan kepada realiti dunia ketika itu.

RUJUKAN:

Cartwright, Mark. (2019). Amazon Women. Ancient.eu.

Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.