Keenakan buah kurma dari Timur Tengah seringkali diselitkan dengan bisikan mencairkan di lidah. Kelazatannya dikatakan tiada tandingan dalam kalangan kategori Safia, Wasem, Safina dan sebagainya.
Dalam bahasa Arab, buah kurma dikenali sebagai tamar yang tumbuh daripada sebuah pohon setinggi 21-23 meter.
Dan sudah ribuan tahun kurma menjadi makanan ruji bagi masyarakat-masyarakat dari Timur Tengah ke Lembah Indus. Bukti fosil meninggalkan jejak evolusi bahawa kurma telah mula tumbuh sejak 50 juta tahun dahulu selepas zaman dinosor (Russo, 2007).
Terdapat juga bukti arkeologi yang mengesahkan penanaman kurma sekitar 7,000 S.M.. .
Kurma sebenarnya mempunyai perkaitan menarik dalam budaya Barat atas perhubungan kebudayaan bersama Rom dan Ibrani (Yahudi).
Kaum Ibrani telah biasa menggunakan kurma untuk dijadikan alk0hol sepertimana pernah diamalkan di Mesir Purba. Minuman ini akan disajikan bersama cuka, kek dan roti.
Rom pula menggunakan pelepah kurma dalam apa-apa jua majlis untuk menyambut kemenangan.
Pohon kurma ialah pokok yang sangat popular dalam taman-taman Rom, walaupun tidak mampu berbuah di Itali (Farrar, 1998).
Baka Yang Sesuai
Walaupun terdapat ratusan jenis kurma, hanya dua sahaja yang biasanya ditanam di Amerika Syarikat. Deglet Nour ialah kurma dinamakan pada dasar keindahannya.
Biasanya disebut ratu kpada segala kurma, baka Algeria ini mempunyai permukaan lembut dan warna agak jelas. Rasanya mirip madu, satu ciri yang tidak didapati dalam baka-baka lain.
Imperialisme dan kolonialisme telah memperkenalkan deglet nour kepada penjelajah-penjelajah Perancis.
Félix Falck dan Jean-Henri Fabre pernah menulis tentangnya dalam buku mereka. Pierre Munier pula menulis pada abad ke-12.
Mengambil kira faktor sejarah dan kenikmatannya, Kementerian Pertanian Algeria mengambil langkah untuk melabelkan Deglet Nour kepada “Kurma Algeria”.
Politik Kurma
Tetapi Deglet Nour sekarang ini sedang terancam di bumi Tunisia disebabkan kenaikan suhu, sekaligus merisaukan petani-petani tempatan (Johnstone, 2020). Namun ia subur di Amerika Syarikat bersama baka Majhūl.
Antara baka sangat popular, majhūl atau medjool, medoul dan majhool ialah jenis besar dan manis daripada Morocco.
Tetapi ia biasa ditanam di Iran, Arab Saudi, Jordan, Palestin dan Israel. Baka ini boleh didapati dengan harga berpatutan, oleh kerana kemudahan untuk mengeluarkannya.
Teknologi air kumbahan yang serba canggih membolehkan Israel menguasai pasaran medjoul, dimana 60% daripada pengeluaran global berpusat daripada lembah-lembahnya termasuk Moshav Naama menerusi organisasi kerjasama iaitu Hadiklaim (Ackerman, 2013).
Walaupun mendominasi pasaran, kurma Israel menghadapi kesukaran untuk menembusi pengguna utamanya iaitu umat Islam.
Dan pengharaman di peringkat global ini ialah fitrah dialami Israel sebelum penubuhannya. Sekitar 1930-an, seorang peneroka bernama Ben-Zion Israeli melihat peluang perniagaan dalam bidang kurma.
Beliau menyeludup secara haram banyak baka kurma dari Iraq, Parsi dan Mesir (yang tidak membenarkan pengeksportan).
Baka-baka seludup ini ditanam di lembah-lembah Israel menggunakan kaedah keratan. Projek-projek penanaman tersebut berkembang sehingga hari ini di atas tanah-tanah rampasan daripada Tebing Barat (Hatuqa, 2013).
Tidak cukup mengambil tanah Palestin, Israel turut menggunakan buruh paksa tempatan untuk bekerja dengan gaji rendah dengan risiko tangga dan suhu panas. Tiada jaminan kesihatan pun diberikan, andainya pitam dan jatuh.
Atas perbuatan sebegini, Israel berdepan kesukaran besar untuk diterima oleh seluruh Timur Tengah.
Malah gerakan-gerakan Islam di Amerika Syarikat pun menyuarakan bantahan dan pemboikotan atas dasar hak asasi manusia, satu perkara yang tidak dapat dibidas sesiapa (Herzallah & Khaill, 2020).
RUJUKAN:
Ackerman, G. (2013, November 21). Medjool dates from Israel wastewater proving favorite of foodies. Bloomberg. Retrieved from https://www.bloomberg.com/news/articles/2013-11-20/medjool-dates-from-israel-wastewater-proving-favorite-of-foodies
Farrar, L. (1998). Ancient Rome Gardens. Pp. 141.
Hatuqa, D. (n.d.). EU trade sustains Israeli settlements in West Bank. Al Monitor. Retrieved from https://www.al-monitor.com/pulse/iw/originals/2013/01/eu-trade-israeli-settlements.html
Herzallah, T., & Khaill, T. (2020, April 24). Boycotting Israeli dates is working and we need to keep going. Al-Jazeera. Retrieved from https://www.aljazeera.com/indepth/opinion/boycotting-israeli-dates-working-200423103555231.html
Johnstone, H. (2020, Januari 14). ‘The dates are drying’: profits shrivel for farmers as the heat rises in Tunisia. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/global-development/2020/jan/14/the-dates-are-drying-profits-shrivel-for-farmers-as-the-heat-rises-in-tunisia
Russo, S. (2007, Oktober 17). Medjool: A Date to Remember. NPR. Retrieved from https://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=15282847
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih