Setelah kejatuhan Uthmaniyah, wilayah Syam diagih-agihkan kepada British & Perancis. Melalui perjanjian sulit Sykes-Picot pada tahun 1916, Syria & Lubnan diagihkan kepada Perancis manakala Palestin & Jordan diperintah oleh British.

Di Syria, seorang ulama sufi lulusan Universiti Al Azhar yang bernama Syeikh Izzuddin Al Qassam bangkit menentang penjajahan Perancis dengan senjata. Syeikh Izzuddin Al Qassam yang merupakan seorang mursyid tarekat Syadziliyah di sebuah zawiyah di Jilah Al Adhamiyah, Syria membentuk sepasukan tentera dari kalangan anak-anak muridnya.

Amalan-amalan zikir, doa & bacaan hizib-hizbib yang telah diterapkan kepada anak-anak muridnya memberikan mereka semangat & keberanian yang luar biasa untuk menentang Perancis walaupun kelengkapan senjata mereka serba kekurangan. Serangan demi serangan secara gerila yang dilakukan oleh mereka sangat digeruni Perancis sehinggakan Perancis menganggap Syeikh Izzuddin Al Qassam & anak-anak muridnya sebagai ancaman yang besar.

Namun tali barut Perancis yang bernama Ibrahim Hanano merencatkan perjuangan Al Qassam. Ramai anak-anak muridnya ditangkap & dibunuh setelah maklumat sulit mereka sampai ke pengetahuan Perancis. Maka Mufti Palestin iaitu Syeikh Amin menjemput Syeikh Izzuddin Al Qassam bersama 6 orang muridnya ke Haifa, Palestin untuk menggembleng semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin bagi melawan British.

Di Palestin, Syeikh Izzuddin Al Qassam bersama anak-anak muridnya melatih petani-petani di kampung & buruh-buruh di bandar di Palestin untuk berjihad melawan British. Mereka bukan sahaja dilatih dengan ilmu ketenteraan, tetapi turut dilatih & dititik beratkan amalan-amalan kerohanian. Kini Syeikh Izzuddin Al Qassam & para pengikutnya menjadi ancaman besar buat British pula. Pada tahun 1934, Syeikh Izzuddin Al Qassam syahid dibunuh Inggeris.

Kini, perjuangan Syeikh Izzuddin Al Qassam diteruskan oleh Briged (Kataib) Al Qassam, satu sayap tentera di bawah Hamas. Briged Al Qassam juga meneruskan kaedah yang diterapkan oleh Syeikh Izzuddin Al Qassam yang mana amalan kerohanian sangat dititik beratkan. Sebab itu untuk menjadi ahli briged Al Qassam mesti menjaga solat fardu, solat tahajut & hafalan Al Qur’an.

Ini menyebabkan hati mereka sangat lembut dengan orang lain tetapi sangat garang dengan musuh yang nyata. Mereka juga menolak penglibatan orang luar supaya dapat menjaga kesucian perjuangan mereka. Matlamat perjuangan mereka juga jelas. Ini sangat berbeza dengan ISIS yang berhati buas & mudah mengkafirkan umat Islam.

Lebih parah, pemimpin-pemimpin ISIS mula menyebarkan kebencian terhadap Briged Al Qassam dengan mengkafirkan mereka. Dari Al Qassam & ISIS, kita akan mengenali mana jihad yang betul & mana jihad yang palsu. Sebab itu juga, Briged Al Qassam adalah tentera yang paling digeruni Israel

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Leave A Reply