Setiap kali membaca kisah pengembaraan di lautan, ada saja catatan menarik yang menggamit imaginasi kita. Dari situasi pusaran air yang menenggelamkan kapal-kapal hinggalah raksasa yang mengganggu perjalanan mereka, kisah sebegini sebenarnya berdasarkan kisah sebenar. Contoh paling mudah, Kraken.
Kraken ialah sejenis spesies cumi-cumi raksasa yang menghuni kawasan dasar laut yang gelap antara 1,300 hingga 3,000 kaki dan boleh membesar sehingga 40 kaki panjang. Tetapi tidak banyak maklumat yang diketahui tentang spesies ini termasuk cara ia membiak, bagaimana ia bermigrasi dan usia sebenar sotong ini.
Kajian genetik menunjukkan haiwan ini telah wujud sejak 730,000 tahun lalu. Dan menariknya, kisah sotong ini banyak direkodkan dalam cerita-cerita rakyat baik zaman dahulu hingga zaman moden. Sotong ini menjadi inspirasi raksasa Kraken dalam kisah-kisah orang Norse dan novel karangan Jules Verne bertajuk “20,000 Leagues Under the Sea”.
Dalam catatan “The Natural History of Norway” pada tahun 1755, sotong ini digambarkan sebesar beberapa buah pulau kecil. Dan bila ia kembali ke dasar laut, ia menghasilkan pusaran air yang memerangkap sesiapa saja berada di situ. Mungkin ada menganggap sotong sebegini lahir daripada imaginasi liar kelasi yang ketakutan atau mabuk semasa berada di atas kapal.
Tetapi secara perlahan-lahan, orang mengakui kewujudan spesies ini. Bukti paling mudah ditemui pada ikan paus nayan seperti kesan penghisap pada badannya. Selain itu, saintis turut menemui muncung cumi-cumi raksasa ini dalam perut ikan paus nayan. Ini menunjukkan berlakunya pertarungan sengit antara dua spesies ini memandangkan cumi-cumi raksasa merupakan makanan kegemaran ikan paus itu.
Pada pertengahan abad ke-19, cumi-cumi raksasa diperkenalkan dalam komuniti saintifik oleh Japetus Steenstrup, seorang ahli zoologi dari Universiti Copenhagen. Selepas mengkaji muncung sotong yang ditemui sekitar pesisir pantai Denmark, beliau merumuskan haiwan tersebut sememangnya wujud. Sotong itu diberi nama saintifik Architeuthis Dux yang bermaksud sotong yang berkuasa.
16 tahun kemudian, sekumpulan nelayan di Teluk Conception, Newfoundland terserempak dengan sotong ini. Cumi-cumi raksasa itu cuba menenggelamkan kapal mereka tetapi digagalkan oleh nelayan-nelayan berkenaan. Walaupun sotong tersebut berjaya melarikan diri dengan menembak dakwat hitam kepada mereka, satu daripada tentakel-tentakelnya tertinggal pada bot dan berukuran 19 kaki panjang.
Ini menambah lagi bukti sotong sebegini wujud. Menariknya, cumi-cumi raksasa hanya boleh dijumpai apabila ia m4ti dan terdampar di pantai. Justeru, jarang bagi komuniti saintifik mendengar cerita sotong sebegini dalam keadaan hidup kecuali daripada nelayan-nelayan.
Sotong-sotong ini terdampar di pantai bila m4ti kerana kandungan badannya terdiri daripada ion ammonium. Berikutan kandungannya lebih ringan berbanding air laut, ini menyebabkan cumi-cumi raksasa terapung selepas ia m4ti. Pada tahun 1997, pasukan penyelidik National Geographic cuba menggunakan ikan paus nayan untuk menangkap imej cumi-cumi raksasa menerusi kamera yang dipasang pada ikan paus berkenaan tetapi gagal.
Selepas Steenstrup, tidak banyak saintis yang menunjukkan minat mengkaji haiwan akuatik aneh ini. Hanya segelintir saja yang berbuat demikian seperti ahli biologi marin Steve O’Shea. O’Shea merupakan antara saintis yang terkenal dalam usaha penyelidikan ini bermula dari 1996 hingga 2011.
Salah satu matlamat utamanya ialah memberi peluang kepada semua orang terutama orang ramai melihat sendiri cumi-cumi raksasa dalam akuarium berbanding imej kabur di televisyen. Pada tahun 2003, beliau membuat satu eksperimen dengan melepaskan organ seksual sotong yang dikisar ke dalam air dengan harapan cumi-cumi raksasa dapat mengawan dengan kamera di New Zealand. Bagaimanapun, eksperimen tersebut berakhir dengan kegagalan.
Namun begitu, semua itu berubah pada September 2004. Dua ahli biologi marin Jepun iaitu Tsunemi Kubodera and Kyoichi Mori berjaya mengambil imej pertama sotong berkenaan di luar perairan Pulau Chichijima. Cara mereka ialah menurunkan cangkuk bersama kamera dan umpan pada kedalaman 3,000 kaki.
Tidak berapa lama selepas ia diturunkan, seekor cumi-cumi raksasa meny3rang dan menggunakan tentakel untuk memerangkap umpan seperti ular sawa. Tetapi selepas bergelut selama empat jam melepaskan tentakelnya dari umpan, sotong tersebut kemudiannya m4ti. Menurut Kubodera, ia mengubah persepsi bahawa cumi-cumi raksasa bukan pem4ngsa pasif tetapi pem4ngsa yang aktif memburu.
Beliau tidak berhenti di situ saja. Dua tahun kemudian, pasukannya berjaya mengeluarkan rakaman video cumi-cumi raksasa yang masih hidup. Kalau ikut skala cumi-cumi raksasa, sotong ini agak kecil dengan ukuran 11 kaki panjang dan berat 110 paun. Tetapi itu masih tidak menafikan bahawa itu rakaman pertama membabitkan cumi-cumi raksasa.
Setahun selepas itu, cumi-cumi raksasa seberat 550 paun dan 6.5 kaki panjang ditemui terdampar di Tasmania. Hasil pemeriksaan kurator Muzium Tasmania mendapati cumi-cumi raksasa tersebut merupakan yang terbesar dalam spesies berkenaan dengan tentakelnya berukuran 26 kaki panjang – sama dengan sebuah bas.
Lima tahun kemudian, para saintis berjaya merakam cumi-cumi raksasa di habitat semulajadinya buat kali pertama. Ia berjaya dilakukan oleh sekumpulan saintis diketuai Edith Widder menerusi kamera yang hanya memancarkan cahaya berwarna biru. Sotong yang ditangkap dalam rakaman tersebut memerangkap kamera tersebut dengan tentakel-tentakel sekaligus mengesahkan ia memang pem4ngsa aktif.
Widder turut menjelaskan berikutan kehadiran manusia di lautan, kelibat cumi-cumi raksasa ini jarang kelihatan. Oleh sebab itu, beliau mereka sebuah kamera yang boleh bergerak senyap dalam air dan satu-satunya sumber cahaya ialah lampu berwarna merah. Lampu ini menjadi pilihan kerana ia membantu kamera tersebut halimunan di mata haiwan-haiwan akuatik yang hidup di dasar laut.
Pada tahun 2016, seekor cumi-cumi raksasa betina seberat 231 paun ditemui m4ti terdampar di Semenanjung Bares, Sepanyol. Di perairan utara Sepanyol, diet sotong ini ialah ikan whiting yang memerlukan mereka untuk berenang berhampiran permukaan air. Sotong ini dikatakan berebut makanan dengan seekor sotong lain semasa kembali ke dasar laut sebelum makanan tersebut dicuri.
Selepas kalah dalam pertarungan tersebut, sotong itu kembali terapung ke permukaan air yang lebih panas dan mengurangkan aliran darah dalam sotong tersebut. Ini mengakibatkan sotong tersebut mengalami keadaan seperti asfiksia sekaligus tidak berupaya melawan arus dan terdampar di pantai.
Dan pada Jun tahun lepas, kelibat cumi-cumi raksasa dilihat buat kali pertama di perairan Amerika Syarikat. Menariknya, rakaman sotong terbabit berlaku di salah satu pelantar minyak terbesar di dunia di Teluk Mexico. Penemuan ini dianggap penemuan penting kerana menepis tanggapan cumi-cumi raksasa hanya beroperasi di kawasan dasar laut.
Ketika ini, cumi-cumi raksasa terbesar yang pernah direkodkan ialah berukuran 43 kaki panjang. Tetapi para saintis merasakan sotong ini boleh membesar sehingga 66 kaki panjang, melebihi sotong gergasi yang berukuran 45 kaki panjang. Kedua-dua jenis sotong mempunyai mata terbesar di dunia berukuran 12 inci lebar. Saiz mata besar ini diperlukan untuk melihat awan biopendarcahaya, penanda ketibaan ikan paus nayan.
Muncung tajam yang terletak di tengah-tengah lengannya akan mencarik m4ngsanya dalam bentuk ketulan-ketulan kecil sebelum dikisar oleh organ seperti lidah yang diliputi dengan gigi. Dalam satu rakaman 2014, cumi-cumi raksasa tidak mengoyak umpan seperti disangka tetapi dalam gigitan-gigitan kecil agar ia tidak tercekik.
Cumi-cumi raksasa mempunyai lapan tentakel dengan dua daripadanya digunakan untuk menangkap m4ngsa. Tetapi tentakel ini tidak mempunyai otot untuk menc3kik mangsa. Justeru, bila ia terlihat haiwan yang lebih besar seperti ikan paus nayan, satu-satunya pilihan ialah membuat langkah seribu. Di sebalik itu, mana-mana haiwan yang terperangkap dengan tentakel cumi-cumi ini tidak berpeluang melepaskan diri.
Memandangkan bilangan cumi-cumi raksasa yang banyak di lautan-lautan dunia, ia bukan saja cukup untuk menampung diet ikan paus nayan. Malah, ia juga dilihat sebagai penanda sama ada sesebuah lautan itu sihat atau tidak. Tetapi disebabkan aktiviti perikanan melampau dan perubahan iklim, secara perlahan-lahan ia mula membvnvh populasi haiwan akuatik berkenaan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih